Program Aprentis Keusahawanan (EAP) Kolej UNITI 2012


Program julung-julung kalinya ini akan dilancarkan secara rasminya esok, 11 Januari 2012 oleh Presiden Kolej UNITI, Tuan Hj. Jamal Mohd. Amin di Dewan Pelbagai Guna (MPH) UV. Dengan kerjasama daripada 6 usahawan, ia menawarkan peluang pelajar menceburi suatu bidang perniagaan di mana ilmu dikutip di luar bilik kuliah.

Pelajar semester 5 dan 6 dari semua program akademik diwajibkan hadir. Pendaftaran pelajar akan bermula seawal jam 8.30 pagi.

Kepada semua pensyarah dijemput hadir.

 

 

Poster di atas menampilkan tokoh dan ikon usahawan Melayu-Islam tersohor negara iaitu Tan Seri Syed Bukhari untuk diteladani bakal usahawan dari kalangan pelajar Kolej UNITI.

Advertisements

Jawatan Kosong Guru Tadika di Shah Alam


Satu lagi jawatan kosong untuk graduan DPS yang masih mencari-cari peluang pekerjaan. Iklan ini datangnya dari Pn Izma , pengusaha Tadika Islam di Shah Alam.

Berikut adalah ‘iklan’ beliau.

————————–

Assalamualaikum,

Saya merupakan pengusaha tadika (islamic kindergarten) di Shah Alam. Saya ingin membuka peluang pekerjaan kepada pelajar KU sebagai guru tadika di pusat pendidikan kami dan cawangannya. Pengambilan bermula Jan 2012. Gaji berpatutan,elaun tambahan, OT, tempat tinggal disediakan.

Kepada yang berminat boleh menghubungi saya Puan Izma (0124647452).