Takwim Akademik Sem 1 Sesi 2012/13 – Boleh Dimuaturun Sekarang


Kepada pelajar-pelajar KU/UiTM sila muaturun takwim berikut di pautan yang diberikan di bawah :

Takwim Pelajar Lama Dalaman KU Sem 1 Sesi 2012/13

Takwim Pelajar Baru Dalaman KU Sem 1 Sesi 2012/13

Takwim Pelajar UiTM Sem 1 Sesi 2012/13

Advertisements

Finalis Solehah Kini Pensyarah UNITI


Sekali imbas ramai yang tidak mengenali wajah di dalam foto di sebelah ini. Individu ini kelihatan hanyalah seorang gadis biasa sehinggalah beliau menyertai program realiti popular terbitan TV al Hijrah iaitu Solehah pada Sept. – Dis. 2011 lalu.

Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Nor Shazni Tuan Muda. Penyertaan gadis kelahiran Paka Dungun, Terengganu ini dalam rancangan Solehah telah menjadikan beliau seakan ustazah selebriti untuk seketika. Namun untuk menjadi glamor dan popular adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di hatinya.

Pengalaman menjadi finalis Solehah hingga ke pentas akhir telah menjadikan Tuan Nor Shazni atau lebih mesra dengan panggilan Noni sebagai seorang yang lebih berani, berkeyakinan tinggi dan mantap jati dirinya.

Latihan dan ujian selama 3 bulan dalam madrasah Solehah mengukuhkan lagi ilmu agama dan kemahiran dakwah yang telah ditimba di Universiti Islam Antarangbangsa sebelum itu.

Sebagai graduan UIA dalam disiplin Usuludin, madrasah Solehah merupakan lapangan yang telah memberi peluang kepada Ustazah Noni menterjemahkan ilmu agama yang telah dipelajari di bilik kuliah menjadi satu bidang yang praktikal bagi menyelesaikan masalah kehidupan, baik dari sudut intelektual, mental, fizikal dan rohani. Continue reading