Finalis Solehah Kini Pensyarah UNITI


Sekali imbas ramai yang tidak mengenali wajah di dalam foto di sebelah ini. Individu ini kelihatan hanyalah seorang gadis biasa sehinggalah beliau menyertai program realiti popular terbitan TV al Hijrah iaitu Solehah pada Sept. – Dis. 2011 lalu.

Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Nor Shazni Tuan Muda. Penyertaan gadis kelahiran Paka Dungun, Terengganu ini dalam rancangan Solehah telah menjadikan beliau seakan ustazah selebriti untuk seketika. Namun untuk menjadi glamor dan popular adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di hatinya.

Pengalaman menjadi finalis Solehah hingga ke pentas akhir telah menjadikan Tuan Nor Shazni atau lebih mesra dengan panggilan Noni sebagai seorang yang lebih berani, berkeyakinan tinggi dan mantap jati dirinya.

Latihan dan ujian selama 3 bulan dalam madrasah Solehah mengukuhkan lagi ilmu agama dan kemahiran dakwah yang telah ditimba di Universiti Islam Antarangbangsa sebelum itu.

Sebagai graduan UIA dalam disiplin Usuludin, madrasah Solehah merupakan lapangan yang telah memberi peluang kepada Ustazah Noni menterjemahkan ilmu agama yang telah dipelajari di bilik kuliah menjadi satu bidang yang praktikal bagi menyelesaikan masalah kehidupan, baik dari sudut intelektual, mental, fizikal dan rohani.

Ijtahid wala taksal‘ atau ‘Berusaha jangan malas’ adalah motto yang sentiasa memotivasikan Noni dalam mengharungi cabaran kehidupan. Ustazah ini terus kuat mendepani cabaran zamannya.

Berpijak di alam realiti, selepas berakhirnya Solehah, Noni memilih untuk meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah dan kaunselor.

Akhirnya, setelah lulus temuduga dengan panel penemuduga ustazah muda ini telah ditawarkan menjadi pensyarah di Kolej UNITI. Allah telah mentakdirkan graduan UIA dan pendakwah muda ini untuk berkhidmat di Kolej UNITI.

Pihak kolej berasa bertuah kerana Ustazah Noni telah bersetuju menerima tawaran sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Pengajian Islam, Kolej UNITI dan mula berkhidmat pada 14 Februari 2012 lalu.

Besar harapan Kolej UNITI agar Ustazah Noni akan dapat merancakkan lagi program tarbiyah dan kelimuan di kalangan siswa/i Kolej UNITI melalui ilmu dan pengalaman yang telah ditimba dalam Solehah, selain pengalaman silam sebagai aktivis siswi di UIA.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemikiran dan pandangannya tentang kehidupan, sila layari blognya di sini.

Kepada para siswa/i Kolej UNITI, jadikanlah ikon Solehah ini sebagai guru anda – bukan sahaja untuk ilmu diniahnya, tetapi juga untuk kemahiran insaniahnya seperti kebolehan berpidato , bakat kepimpinan dan kecintaan serta iltizamnya kepada ilmu dan dakwah.

Semoga Allah memakbulkan cita-cita Ustazah Noni untuk menubuhkan tadika tahfiz sains satu hari nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s