Konvokesyen Kolej UNITI ke-11 – Pemberitahuan Awal


Diisytiharkan bahawa Jawatankuasa Konvokesyen Kolej UNITI ke-11 telah memutuskan bahawa Konvokesyen edisi ke-11 tahun ini akan diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada 30 Ogos 2012 (Khamis).

Surat jemputan kepada semua bakal graduan akan dikirim setelah senarai yang telah diluluskan oleh Senat Kolej UNITI diperolehi.

Advertisements

KEPERLUAN SEGERA : PENSYARAH REKABENTUK DAN GRAFIK


Tawaran ini dibuka kepada calon-calon yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang rekabentuk dan grafik (graphic and design) dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf kerajaan untuk mengisi jawatan pensyarah di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan untuk semester Julai Sesi 2012/13 akan datang.

Kepada sdr/i yang berkelayakan dan mempunyai dedikasi serta komitmen yang tinggi Kolej Uniti mengalu-alukan sdr/i menyertai barisan tenaga pensyarah kami. Sila emailkan resume anda ke : zuraini@uniti.edu.my untuk memohon secara rasmi dengan kadar segera.

Pn Zuraini Yasin
Ketua Jabatan
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan
Kolej UNITI

Temuramah Aprentis EAP Walit World – Siri 1


Program Aprentis Keusahawanan (EAP) telah dilancarkan pada semester 11 Januari 2012 lalu sebagai menyahut seruan kerajaan agar siswa IPT digalakkan menceburi dalam bidang keusahawanan.

Unit EAP di bawah Fakulti Bahasa dan Pengajian Umum, selaku pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mengurus program ini, kini sedang berusaha menerbitkan video mengenai EAP untuk menyebarluaskan lagi kepentingan dan manfaat program ini kepada siswa/i Kolej UNITI..

Video pertama yang telah diterbitkan ialah hasil temuramah dengan aprentis Walit iaitu saudari Nor Haidah bte Husin, bakal graduan DPS.

Ikuti temuramah berikut yang telah pun diupload ke Youtube baru-baru ini.