JAWATAN KOSONG : Pembantu Taska & Guru Tadika


BondaMama Kids Centre adalah rangkaian taska dan tadika bumiputera di seluruh negara yang kini mempunyai lebih 70 cawangan dan terus berkembang dengan pesatnya.

Kami menawarkan jawatan kosong di seluruh negara untuk diisi seperti berikut:

PEMBANTU TASKA (20 kekosongan)
Latihan akan diberikan termasuk kursus KAAK
(Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak)
GURU TADIKA (10 kekosongan)
Latihan perguruan akan diberikan

LATIHAN AKAN DIBERIKAN | TEMPAT TINGGAL & MAKAN MINUM DISEDIAKAN

Emailkan kepada resume/cv anda kepada perjawatan@bondamama.com – Atau hubungi terus melalui telefon cawangan-cawangan BondaMama di seluruh negara.

Sila rujuk senarai di laman web www.bondamama.com.

Tarikh tutup permohonan adalah pada  30 NOVEMBER 2012.

Kerja Kosong Untuk Graduan DPS di Shah Alam


Kepada graduan DPS yang masih mencari-cari kerja kosong sebagai guru tadika dipersilakan memohon dengan menghubungi saya dengan kadar segera. Hanya yang berminat sahaja akan saya berikan nombor telefon pengusaha tadika yang mengiklankan jawatan kosong ini.

Saya dimaklumkan oleh seorang pengusaha tadika di Shah Alam bahawa terdapat banyak kekosongan untuk diisi di tadika-tadika Shah Alam milik kawan beliau.

Kekosongan ini perlu diisi dengan segera.

Cikgu Bad
Administrator Blog

Penafian (Disclaimer) daripada Administrator


Saya banyak dihujani soalan dari pembaca blog ini samada pelajar KU atau pengunjung luar yang memohon nasihat dan pandangan berhubung dengan prospek, hala tuju masa depan, laluan kerjaya dan seumpamanya.

Sebahagian besar soalan itu dihantar di laman ‘Aduan dan Komen Pelajar’.

Alhamdulillah kerana ini menunjukkan semakin ramai dari khalayak pengunjung blog ini tahu menyalurkan kemusykilan mereka bagi menyelesaikan masalah akademik dan masa depan kerjaya mereka.

Namun, biar pun saya sentiasa sudi dan berusaha untuk membantu, saya juga harus jujur dengan semua pengunjung blog ini bahawa saya bukanlah perunding atau konsultan akademik. Saya hanya seorang pensyarah yang mempunyai kira-kira 16 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan, bermula di sekolah menengah kerajaan hinggalah menjadi tenaga akademik di Kolej UNITI sehingga sekarang.

Justeru, semua respons saya merupakan pandangan hasil dari maklumat, ilmu dan pengalaman saya selama ini. Oleh itu ia tidak boleh dianggap sebagai satu nasihat pakar yang mempunyai wibawa (autoriti). Saya tidak pernah diiktiraf begitu oleh mana-mana pihak atau lembaga akademik samada di dalam kolej atau di luar kolej ini.

Nasihat saya terimalah respons saya dengan penelitian lanjut dan rujuklah pula dengan pihak lain yang berkaitan bagi mengukuhkan pendirian, pemahaman atau keputusan yang bakal diambil berhubung dengan perkara yang diajukan.

Terima kasih kerana semua yang telah mengemukakan soalan. Saya sentiasa berbesar hati untuk memberi respons kepada sdr/i yang sudi bertanya di laman Aduan dan Komen Pelajar.

“Sampaikan dariku (Muhammad s.a.w.) walau pun satu ayat”

 

Badrul Hisham Ithnin aka cikgubad
Administrator Blog KU

MARCH 2013 MUET EXAMINATION


THE REGISTRATION FOR THE ABOVE-MENTIONED EXAMINATION IS NOW OPEN UNTIL 14/11/2012. THOSE WHO ARE INTERESTED NEED TO DO THE FOLLOWING:

  • BUY AN MEC PIN (COSTS RM100) AT BANK SIMPANAN NASIONAL AND KEEP THE BANK SLIP
  • MAKE COPIES OF YOUR IC AND BANK SLIP
  • WRITE YOUR HANDPHONE NUMBER AND ENGLISH GRADE IN SPM ON THE PAPER
  • GIVE THE REGUIRED ITEMS ABOVE TO EN AZHAR/EN KHUZAIMI (AT KU) AND MS SABRINA (AT UV)

 

THE WRITTEN TEST WILL BE HELD ON 2 MARCH 2013 AND THE SPEAKING TESTS ARE ON 18, 19, 20, 25, 26 & 27 FEBRUARY 2013.

IF YOU HAVE ANY QUESTION, KINDLY CALL EN AZHAR AT 019-6815102, EN KHUZAIMI AT 019-2676133 OR MS SABRINA AT 013-3536605.