Bahasa Kebangsaan A MPW1123



NOTIS PENTING UNTUK PELAJAR DIPLOMA KOLEJ UNITI

 

Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar yang perlu mengambil subjek BAHASA KEBANGSAAN (SPM BM hanya lulus sahaja/tidak kredit).

Anda perlu mendaftar segera untuk subjek itu bagi membolehkan anda graduat.

Sila berjumpa dengan,

1-    En Muhammad Afdal  Kamal (UV) 017-298 4718 @

2-    Cik Syazwani Abd Jalani (DPS Sem 6)  012 2234231@

3-    Cik Faridah Mohd Tap (KU)- 013 711 4247

Bermula 31 Disember 2012 (Isnin) hingga 3 Januari 2013 ( Khamis) pada waktu pejabat.

Keutamaan diberikan kepada pelajar Sem 6. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

Sekian. Terima kasih atas kerjasama.

 

Yang benar,

CIK FARIDAH BINTI MOHD TAP

Ketua Jabatan Pengajian Umum dan Kuantitatif,

Kolej UNITI.

 

Advertisements

Tiada Cuti Panjang Sempena Krismas dan Tahun Baru 2013


Pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) Kolej UNITI dengan ini menegaskan bahawa tiada cuti panjang diberikan kepada pelajar sempena perayaan Krismas nanti atau sambutan tahun baru masihi 2013.

Cuti yang diberikan adalah mengikut cuti yang diperuntukkan oleh kerajaan iaitu 1 (satu) hari sahaja, masing-masing untuk Krismas 25 Dis (Isnin) dan 1 Januari 2013 (Selasa).

Selain dari tarikh-tarikh tersebut, jadual kuliah berjalan seperti yang telah ditetapkan dalam takwim akademik. Justeru, pelajar diingatkan agar tidak balik semula ke rumah selepas hari pendaftaran bagi menyambung cuti melainkan telah diisytiharkan cuti oleh pihak akademik pad hari-hari berkenaan.

Pelajar diminta merujuk kepada Dekan fakuti masing-masing jika ada kemusykilan, termasuk bagi program usahama UiTM – DBS/DIA (Dekan : Puan Anim Sani) dan UPM – DKTM (Dekan : En Roslan Kamari).

Kepatuhan ini penting bagi menjamin kelicinan perjalanan 14 minggu kuliah akademik sebagaimana yang telah ditetapkan.

Sekian, harap maklum.

 

En Azhar Zunaidak,
Pen. Pendaftar Akademik
Kolej UNITI

MoU antara KU dengan ISID Gontor


Satu Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kolej UNITI PD dengan Institut Studi Islam Darussalam (ISID), Gontor telah ditandatangani pada hari ini di Pejabat Pentadbiran Uniti Village.

Kolej UNITI PD diwakili oleh CEO KU iaitu En Amir Hamzah Md Isa, manakala ISID pula diwakili oleh Rektornya iaitu Profesor Amal Fathullah Zarkasyi.

DSC_4132_resize-hdr

Perjanjian ini akan melebarkan lagi kerjasama dan jaringan dalam komuniti pendidikan tinggi antara KU dengan ISID, sekaligus mengeratkan ukhuwah antara para pendidik kedua-dua buah negara.

ISID adalah IPT yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam pendidikan tinggi peringkat ijazah dan pasca ijazah dalam ilmu Islam dan kajian oksidental (iaitu kajian ke atas budaya Barat). Manakala pesantren moden di GONTOR pula masyhur sebagai pusat pendidikan bahasa Arab di Indonesia.

DSC_4135_resize-tuned

 

 

KU bergabung dengan BondaMama


Kolej UNITI (KU) maju setapak lagi apabila mengorak langkah strategik – bergabung dengan BondaMama bagi memperkukuh penglibatan kedua-dua institusi ini dalam industri pendidikan awal kanak-kanak tanah air.

Majlis tandatangan Ku dan Bondamama antara Dekan Fakulti Pembangunan Manusia dan Pengarah Bondamama

Penjanjian antara kedua-dua institusi ini telah dimeterai secara rasmi di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan pada Jumaat lalu, tanggal 30 November. Pak Utih selaku Dekan Fakulti Pembangunan Manusia mewakili KU, manakala BondaMama pula diwakili oleh Pengarah BondaMama sendiri. Continue reading