KU bergabung dengan BondaMama


Kolej UNITI (KU) maju setapak lagi apabila mengorak langkah strategik – bergabung dengan BondaMama bagi memperkukuh penglibatan kedua-dua institusi ini dalam industri pendidikan awal kanak-kanak tanah air.

Majlis tandatangan Ku dan Bondamama antara Dekan Fakulti Pembangunan Manusia dan Pengarah Bondamama

Penjanjian antara kedua-dua institusi ini telah dimeterai secara rasmi di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan pada Jumaat lalu, tanggal 30 November. Pak Utih selaku Dekan Fakulti Pembangunan Manusia mewakili KU, manakala BondaMama pula diwakili oleh Pengarah BondaMama sendiri.

Penggabungan ini mewujudkan satu sinergi yang bakal menghasilkan impak besar dalam industri pendidikan awal kanak-kanak atau pra sekolah negara ini. Dijangkakan sinergi ini akan melonjakkan lagi pengaruh dan meluaskan lagi jenama BondaMama di tanahair hasil daripada sentuhan konsep ‘Helping Boys and Nurturing Girls’ yang dipelopori oleh Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia KU.

Pada masa sama, jalinan strategik ini akan membantu usaha KU melahirkan lebih ramai lagi usahawan rangkaian tadika swasta di kalangan graduan KU dengan memilih jenama BondaMama. Justeru, langkah ini bakal menyediakan peluang keusahawanan kepada graduan Diploma Pendidikan PraSekolah untuk membuka cawangan BondaMama melalui sistem francais yang akan diperkenalkan mulai tahun 2014.

Juga, antara manfaat lain yang utama ialah BondaMama melalui 70 cawangan taska dan tadikanya di seluruh tanah air sebagai tempat latihan praktikal pelajar sekaligus menyediakan peluang pekerjaaan kepada graduan Kolej UNITI kelak.

LATARBELAKANG BONDAMAMA

1.         BondaMama ditubuhkan dalamtahun 2008 bagi membantu usahawan-usahawan baru yang berminat dalam bidang perkhidmatan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak memulakan taska dan tadika mereka sendiri.

2.         Memperkenalkan jenama BondaMama Kids Centre version 1.0 sebagai satu konsep baru dalam perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara one stop centre yang merangkumi pusat jagaan, taska , tadika, pusat transit, kelas iqra ,  kelas muzik dan lain-lain perkhidmatan berkaitan kanak-kanak.

3.         Bondamama SdnBhd sebagai pemegang utama lesen BondaMama Kids Center menyediakan khidmat nasihat, latihan,  modul dan pemasaran.

4.         Secara asasnya, BondaMama Kids Center menjalankan perniagaan secara licensing yang akan diperbaharui setiap selepas 1 tahun. Melalui konsep ini BondaMama berpendapat ;

a.         Mengurangkan kos modal kepada bakal Pengusaha.

b.         Jangkamasa perjanjian yang lebih fleksibel.

c.         Menambahkan pendapatan paling maksimum menerusi yuran perjanjian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s