SYAFIQAH ‘TERBANG’ SOLO DARI KK KE KU PD


Selamat datang Syafiqah Sahinin dan tahniah kerana telah rasmi menjadi siswa baru Kolej UNITI PD untuk ambilan MAC Sesi 2017/18.

Pelajar yang berasal dari¬†Kampung Meninipir Keningau, Sabah ini telah ‘terbang’ bersendirian dari Kota Kinabalu dan mendarat di KLIA pada 14 Mac lalu berbekalkan semangat dan harapan ibu ayah di kampung.

Dengan perasaan bercampur-campur antara takut dan gembira Syafiqah tekad memulakan langkah berani untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah  (DPISR) di kampus Uniti PD, satu daerah yang asing buatnya.

Kami doakan Syafiqah berjaya mengejar cita-citanya dalam bidang yang diminatinya ini. Semoga rahmat beserta taufiq dan hidayah Nya melimpahi kehidupan Syafiqah selama 3 tahun pengajiannya di sini. Amiin