BORANG ADUAN/KOMEN/PERTANYAAN (TERKINI)

Laman ini dibuka untuk pelajar menyalurkan sebarang ketidak puashatian atau aduan samada mengenai akademik, kemudahan prasarana di kampus dan asrama, hal ehwal pelajar, kewangan dan sebagainya.

Ia juga dibuka untuk sebarang pertanyaan daripada mana-mana pihak termasuk pihak luar mengenai apa sahaja perkara berkaitan Kolej UNITI.

Semua aduan dan komen yang disiarkan insyaALlah akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan kolej atau pihak lain yang berkenaan untuk penelitian lanjut dan tindakan yang sewajarnya.

Aduan hendaklah disertakan dgn maklumat asas seperti nama pengadu, matrik, program, jenis aduan, atau jika melibatkan kejadian tertentu hendaklah disertakan tarikh, masa dan tempat kejadian.

Pengadu tidak perlu risau akan terdedahnya identitinya kerana moderator akan ‘menyembunyikan’ semua butiran peribadi pengadu dan hanya menyiarkan kandungan aduan sahaja untuk tatapan khalayak pembaca blog ini.

Manfaatkanlah laman ini untuk meningkatkan keberkesanan sistem pemyampaian dan perkhidmatan Uniti kepada para pelajar.

Namun segala aduan atau komen atau juga pandangan mestilah disampaikan dengan penuh etika dan menjaga adab interaksi sesuai dengan status pelajar sebagai ahli kepada sebuah komuniti akademik yang sarat ilmu, iman dan amal.

Pihak moderator berhak menapis semua aduan pelajar agar menepati maksud tujuan laman ini diwujudkan.

Bagi memenuhi prosedur perkhidmatan pelanggan, semua pengadu diminta mengisi borang rasmi aduan di bawah.

Identiti pengadu – sebagaimana dinyatakan di atas – akan dirahsiakan.

——————————————————————————-

235 comments on “BORANG ADUAN/KOMEN/PERTANYAAN (TERKINI)

  1. salam..cikgu bad sya nk bertanye..sye terlewat hntr borng dftr subjek 1 ari.dan saya disaman 20 ringgt..bole tk harga saman itu dikurangkan.kmi nie bkn ank org kya…nk byr sman smpi 20 rnggit gara2 terlewat hntr borg dftr subjek..

    • Salam Mel a Rose,

      Cikgu difahamkan agak ramai jg pelajar yang kena denda lewat (istilah saman tidak betul – hanya guna resit saman HEP). Sebenarnya peraturan ini memang telah ada dalam Peraturan Akademik KU.

      Cuma selama ini ia tidak dikuatkuasakan secara tegas dan menyeluruh hingga mengakibatkan sebahagian pelajar ambil ringan dan tidak peduli kepada peraturan akademik. Akhirnya ia menyusahkan pngurusan pihak HEA dan pelajar juga di kemudian hari nanti.

      Sepatutnya pelajar kena peka dengan tarikh2 penting pendaftaran, penambahan dan pguguran kursus yang telah lama diletakkan dalam notis HEA.

      Jika sdr tidak tahu ini bermakna sdr tidak peka atau tidak perasan tentang peraturan dan arahan HEA tentang tarikh2 tersebut. Di IPT, sudah menjadi lumrah pelajar merujuk kepada notis2 HEA dan HEP bg mengikuti sebarang perkembangan semasa berkaitan pengajian mereka.

      Pada semesteri ini, melalui penguatkuasaan peraturan sedemikian, diharap pelajar lebih peka dengan notis HEA berhubung dgn tatacara dan tarikh2 pendaftaran, penambahan dan pengguguran kursus yg ditetapkan HEA.

      Jika peraturan ini gagal dipatuhi, pelajar akan berhadapan dgn tindakan pihak HEA berupa denda lewat.

      Sama ada kadar denda itu boleh dkurangkan atau tidak ia perlu kpd keputusan HEA. Mungkin sdr bolh mbuat rayuan kpd HEA utk diberi ‘diskaun’.

  2. assalamualaikum
    cik bad, sy igin mengadu ttng prebet sapu yg x dbnarkan masuk, dan hnya dbnarkan melatakkn pelajar di pondik jaga…
    knape boleh jadik mcm tu ek?

    wassalam…

    • Salam Orange,

      Isu ini dah bnyak kali berbangkit. Tetapi agak rumit utk diperjelaskan dlm blog ini. Cuma ringkasnya peraturan baru ini dibuat atas dasar menjaga kemaslahatan dan keselamatan pelajar terutamanya pelajar perempuan.

      Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk HEP.

    • Salam Orange,

      Isu ini dah bnyak kali berbangkit. Tetapi agak rumit utk diperjelaskan dlm blog ini. Cuma ringkasnya peraturan baru ini dibuat atas dasar menjaga kemaslahatan dan keselamatan pelajar terutamanya pelajar perempuan.

      Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk HEP.

  3. salam..

    sy cme ingin tanya knapa keluar “you have log-in..access denied” ble masukan user id dan password??

    sedangkn sy bru jew gne..masalah ini bkn sy seorng jew yg hadapi malahan beberapa orng rakan saya turut mengalami situasi yg sama..

    sy ingin memohon maaf andai ada tersalah kata..

    sekian

    • Salam sdr Just want to know,

      Masalah yg dibangkitkan adalah isu teknikal yg saya tidak perjelaskan di sini. Saya akan panjangkan kpd bhgian IT utk mendapatkan respons.

      Apa yg mungkin berlaku ialah – jika sdr pelajar baru – mngkin sdr tidak lagi diberi kata laluan utk akses kpd kemudahan wifi kolej di UV. Cuba bertanya kepada pegawai HEP utk mendapatkan penjelasan awal.

      Harap bersabar.

  4. assalamualaikum….
    sy ex student uniti….sy ign btanyekn kpd phak uniti smpai blekah kami ex student nie akn mnerima duit rebet yg telah dijanjijn oleh phak uniti 2blan yg lpas….shingga skrg kami tdak mnerima sbrang tndk blas dri phak uniti….lg 1 soalan,blekah gmbar konvo kami akn kami terima????

    • Salam Keliru gurlz,

      Ini adlah jawapan dr bahagian Unit Kewangan Pelajar :

      Rebat ini telah pun selesai dan cek akan dibuat minggu depan. Kami akan bayar ikut sapa yg follow up dulu sebab terpaksa sediakan 121 keping cek. Insyaallah mulai rabu depan pembayaran akan dibuat.tq

      En Hamdan Ikram

      • salam cikgubad….

        time kasih bg penerangan cikgu tp bgaimana pula jika ade ex student uniti yg mahukn rebat itu di bank in kn?????adakah phak uniti akn mmsukkn duit rebat ke dlm akaun yg telah diberikan????

        • Salam Keliru Gurlz,

          Berikut adalah respons dari bhgian UKP bagi menjawab kemusykilan sdri :

          “Arahan terbaru GCEO mewajibkan segala bayaran akhir mestilah dibuat:

          1. Menggunakan cek
          2. Sebenarnya, pembayaran bukan sahaja dibuat atas rebat tetapi jika ada lebihan bayaran yuran, pelajar akan dapat rebat + lebihan yuran. Jika pelajar masih mempunyai hutang, rebat akan ditolak dari lebihan hutang tersebut. Sekiranya berbaki maka akan dibuat pemulangan. Ini bertujuan memastikan kedua2 pihak berpuashati tiada lagi tuntutan kpd/dari masing2.
          3. Sewaktu mengambil cek, pelajar diwajibkan menandatangani surat pengesahan tuntutan terakhir
          terhadap kolej. (tiada lain2 tuntutan lagi seleaps ini.)
          4. Bagi amaun yg kecil, pihak kami akan berurusan agar pelajar membalas surat yg skan disediakan. Jika tiada balasan dan cek telah ditunaikan ,maka pihak kolej berandaian pelajar tersebut bersetuju.”

          En Hamdan Ikram

    • Salam Hamba Allah,

      Slip keputusan peperiksaan akhir hanya boleh diperolehi semasa mendaftar semester baru kelak iaitu pada 27 Disember 2010. Ia tidak boleh diperolehi melalui capaian atas talian (online) dilaman sesawang atau blog Kolej UNITI.

      Harap maklum.

  5. assalamualaikum
    Saya sebagai pelajar kolej uniti sangat tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang…Pelajar terpaksa berjalan jauh ke pondok jaga semata-mata untuk pergi exam dan ke luar ke pasir panjang untuk membeli barang…ape pihak kolej tidak penah fikir ke kesusahan pelajar…kalau macam tu bia asaya cadangkan plak yang semua staf,pensyarah dan semua student yang mempunyai kenderaan meletak kenderaan dan berjalan masuk ke dalam..baru adil kan dengan saya..??dah la terpaksa pulang sebelum pukul 8..ada ke tindakan itu dapat mengubah perilaku pelajar..???bukan ke itu menambahkan lagi masalah?pelajar tidak sempat pulang dan terpaksa bermalam di luar..bagus ke tu???instusi lain tak ade pun buat peraturan macam ni..tapi masih boleh mengawal perilaku pelajar..saya harap pihak kolej dapat mengambil tindakan dengan segera kerana saya akan membawa masalah ini ke kementerian pelajaran..harap maklum

  6. Askm..saya nak buat aduan..kenape air selalu xde??menyusahkn pelajar..dan izinkn kami memasak,sebab di pasar belum tentu makanannye bersih..cafe xsediakn,ape nie..tempat belajar xde kemudahan..susah nak dapat bantuan ketike kecemasan..

  7. Askm,Sy xpuas hati kt uniti sgt2..kami nk msak xbg,tp cafe lngsng xde,kami nk mkn pe?klu psar mknn blm tntu bersih,skt ne blh menampung pljar uniti yg rmai..hrap phk pgerusan dpt fkr n ptmbngakn..mak ayh kami xkaya

  8. salam….

    maaf kalau ada terkasar bahasa dan tersilap perkataan…
    saya nak tau kenapa UV slalu je xde air??
    kenapa wifi kena byr??tp kalau nk d bndingkan dgn kolej lain tak pn…kenapa mesin ATM xd buat berdekatan UV??sbbnye ATM dkt p.p slalu rosak atau pn out of service..tmbg nk keluar jauh2 pulak mhl..bas pulak xmsok smpai UV..knpa xboleh msk dlm rumah?mmg berisiko ttpi kalau nk d ikutkan boleh je,lgpn kalau msk boleh jmat..duit bkn utk mkn je,nk byr yuran kediaman lg..yuran kdiaman mhl,kalau 1 rumah 10 org d darabkan dgn 1080 dh bnyk dh..darab pulak dgn brpa unit rumah dpt lg bnyk..xboleh ke kurgkn yuran??knpa tak keluarkan result dlm bntuk cek dlm intrnet je?kn lg mudah bg semua pljr..tmsok pihak pngrusan..bg pljr yg jauh2 lbih mudaj kalau amek rslt dlm internet..1 lg tntg pngrusan unit asrama..pd awlnya semua pljr tidak d bnrkan utk ‘booking’ rumah bg kmsukan sem strusnya..ttpi ada segelintir pljr yg boleh ‘booking’ rumah tnpa pngthuan pljr lain..ini boleh d ktakn tidak adil..spptutnya semua kmsukan bg stiap prgram d tetpkan mngikut tarikh dan prlu hdir pd tarikh yg d tetapkan..unit prlu d tntukan oleh pihak pngrusan dan adil bg semua supaya tidak timbul perasaan tidak puas hati terhadap pengurusan unit yg d berikan..kmsukan pljr prlu d tetpkan mengikut tarikh yg ssuai..cntohnya sprti sbtu atau ahad..ini supaya ibu bapa mahupun waris pljr dpt mngatur masa srta mghantr pljr ke kolej..
    saya harap hal ini dapat di jelaskan dgn baik..
    sekian..

    • Salam Bedah,

      Berikut adalah sebahagian jawapan kpd isu-isu yang dibangkitkan sdri.

      Salam

      1. Isu air ini sebenarnya ada 2 kes. Pertama masalah dari JBA dan kedua kita sedang mengalami kerosakan Pam utama. Memandangkan bangunan adalah hak milik pihak ketiga iaitu icm, kerja2 pembaikan perlu mendapat keizinan dan prosuder tertentu. Minggu lepas, telah memperolehi kelulusan, maka komponen tersebut sedang dibaiki dan memerlukan sedikit masa utk diselesaikan.

      2. Sebenarnya wifi adalah satu pakej kemudahan termasuk dlm pakej baru pelajar . Kos begitu tinggi kerana kawasan ini ketiadaan line stream mix dari celcom dan juga provider lain sprt maxis, digi dll maka terpaksa menggunakan lease lain.
      Bagi pljr mei 2009 kita dah include kelebihan ini berbanding pljr yg sebelum itu.

      3. ATM juga bukan mudah utk diperolehi. Ia bergantung kpd pihak bank yg juga mempunyai pertimbangan kos, keselamatan dan faktor2 tertentu. Pernah apply tetapi gagal dan kita tengah berurusan pula dgn bank muamalat. Lawatan site bank telah dibuat 2 minggu lalu dan proses kelulusan di pihak bank masih berjalan.

      3. Result peperiksaan melalui internet sedang dijalankan. Cuma ianya akan lebih ketat kawalannya jika pljr tidak membayar hutang tertunggak. Jika sistem biasa, pljr masih boleh ambil result disamping berbincang tentang rayuan tunggakan hutang.

      4. Utk semester baru, kita akan hapuskan kelemahan sistem booking tersebut.

      5. Soal pendaftan asrama hari cuti, kita akan berbincang semula dgn HEP.

      Tq

      En Hamdan Ikram
      Ketua Pentadbiran Kolej UNITI

    • Salam Bedah,

      Saya salinkan semula respon tambahan dari En Hamdan Ikram terhadap baki persoalan yg dibangkitkan sebelum ini.

      ——-

      Isu memasak
      Last semester ada satu unit terbakar..sebab overload..sehubungan itu demi menjaga keselamatan semua pelajar larangan memasak dikuatkuasakan..Bangunan yg di rezabkan sbg asrama mmg xblh memasak..beringat2 sebelum kebakaran unit berulang.

      Isu unit asrama
      Alhamdulillah …pengadu hanya segelintir pljr yang faham polisi pembahagian unit..Mmg perancangan awal kami di unit asrama akan membahagian pelajar mengikut kekosongan unit yg ada..tetapi masalah yg berlaku apabila sebilangan besar pelajar memilih teman seunit mereka..Masalah berlanjutan apabila pelajar tidak mahu dipecah-pecahkan mengikut kekosongan unit.Walaupun penerangan diberikan ramai pelajar dan ibubapa yang tidak faham dan masih mahu mengekalkan ‘group’mereka..Pelbagai kata2 kesat, maki hamun yang kami terima daripada penjaga apabila anak mereka dipisahkan dari kawan2 mereka..Sebaliknya yang berlaku di IPTA dimana pelajar yg mendaftar TIDAK BOLEH memilih bilik dan rakan bahkan bilik diberi mengikut kekosongan unit seperti yg termaktub dalam AUKU(Akta Universiti Kolej Universiti) dan penjaga tidak dibenarkan campur tangan dalam hal yang sedemikian.Ia bg melatih pelajar menjadi matang dalam kehidupan tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibubapa.Mengikut prosuder asrama,pelajar akan menginap dibilik yang sama selama 2 semester ..Bagaimanapun unit asrama akan mengambil langkah drastik pada sesi akan datang(2011/2012) yang mana unit pelajar akan diberikan lebih awal (surat makluman unit akan diposkan semasa pljr cuti semester)..Unit asrama berterima kasih kepada pengadu kerana memahami dan berharap pengadu dapat menasihati rakan yang lain supaya menerima unit yang diberikan seadaanya disamping melatih pelajar sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi…

      Sekian, dimaklumkan.

  9. salam…

    sy nk tau,jadual kuliah utk setiap sem & setiap program(sesi julai 2010) blh d dpti d ruangn mne?dh ada ke jadual kuliah buat ms skrg?

    sekian..

    • Salam Amalina,

      Jadual kuliah mengikut program dan kumpulan pelajar hanya akan diperolehi selepas pelajar mendaftar nanti. Ia memerlukan beberapa maklumat yang tepat sebelum boleh dimuktamadkan.

      Blog Uniti hanya meletakkan takwim akademik sahaja – boleh dimuaturun dari Box Kolej UNITI.

    • Salam Myst3ryx,

      Liputan 3G ada tetapi tidaklah menyeluruh di semua kawasan. Maknanya ada kawasan di asrama yang dapat ada yg tidak ada liputan atau lemah liputannya.

      Setahu saya pelajar menggunkan celcom broadband sebelum ada wifi atau sebagai alternatif kerana signal wifi yg lemah kerana kedudukan bilik yang berjauhan dari access point.

        • Salam Pelajar Semua.

          untuk makluman semua, pihak kolej sedang berusaha untuk membawa kemudahan wifi dengan lebih stabil dan menyeluruh.

          fasa pertama telahpun bermula hampir setahun dgn kapasiti 2 mg byte tetapi ianya tidak mencukupi bagi 500 user download bagi satu-satu masa (serentak).

          Oleh yg demikian, insyallah tidak lama lagi melalui pembekal TELEKOM malaysia, kolej akan menambah lease line dari 2 mg byte kepada 24 mgb.

          Penambahan ini melibatkan akan melibatkan pembayaran sewaan lease line bernilai ratusan ribu ringgi setahun. Ini boleh menampung 500 user pada satu2 masa downloading.

          harap bersabar dan bersama2 kita tunggu kemudahan ini. TQ

  10. salam cikgu bad….sy nk tnye tntang siswa yang d katakan perlu tggal d ixora permai bila pndaftaran julai nnti…betul?

    • Salam Zam,

      Cikgu ada dengar khabar itu. Namun elok cikgu dapatkan kepastian terlebih dahulu daripada bahagian asrama.

  11. salam….
    sya nk tnya, knp byrn yuran kediaman dbs ngan dps xsma?
    DBS : 1020… DPS :830…?
    knpa hal ini boleh trjdi? sdsngkan kmi tinggl pda jngka msa yg sma…
    ini pdasya x adil.. tmbhan pula DPS dpt blaja kt UV…
    thanks…

    • Salam Naruhina,

      Penjelasan lanjut tentang isu yg tlh dimajukan sebelum ini hendaklah dirujuk kepada pegawai UKP berikut iaitu Cik Husna/Asiah/Intan. InsyaALlah isu ini akan dapat diperjelaskan sekaligus menghilangkan keraguan sdri terhadap perbezaan kadar yuran sem ini antara pelajar DBS dan DPS.

      Sumber :
      En Hamdan bin Ikram

  12. salam..
    sya cuma nk tny..
    knp byrn yuran penginapan bagi dps dgn dbs sya tgk xsma..kalu dps rm830 n lau dbs rm1020. bukan ke kmi tngl pda jngka masa yg sma..terima ksh..

    • Salam Naruhina,

      Saya akan panjangkan soalan sdri kpd pihak UKP utk mdapatkan penjelasan mereka. Bagi memudahkan isu ini disiasat saya mohon sdri emailkan kpd cikgubad@gmail.com nama penuh dan No matrik sdri utk membolehkan akaun sdri diperiksa. Mungkin terdapat perbezaan secara individu bayaran utk sdri dengan kwan sdri dr DPS kerana ada tunggakan atau seumpamanya.

      Sementara itu harap bersabar dahulu.

      • Salam.

        sebenarnya jika seseorang pelajar dalam kemasukkan yg sama sbg contoh mei 2009, tak kira kursus apa pun, yuran asramanya adalah sama.

        yang pelajar nampak perbezaan adalah disebabkan kaedah pembayaran sahaja. Jika dilihat secara total untuk 3 tahun, kedua2nya akan perolehi jumlah yg sama.

        kenapa berbeza?. berbeza disebabkan dari segi siapa yang menaja pelajar tersebut. sebagai contoh pelajar DPS, mereka ditaja PTPTN. manakala program uitm dibayar oleh Uitm (MARA).

        Ini ada kaitan dgn yuran pendaftaran yg berbeza dan jenis kursus yg diperolehi.
        Jika anda semua membandingkan PAKEJ KEWANGAN PELAJAR yg anda telah tandatngai sewaktu awal2 pendaftran dahulu, anda dapati akhirnya jumlah yuran kediaman bagi semua kursus adalah sama.
        tq

  13. salam..ckgu bad..adakah kmi plajar dktm sem2 akan dpat pnjman Mara??kalau tdk dapt..may i know the reason is??

    • Salam Just be Honest,

      Cikgu memahami kebimbangan sdri mengenai status permohonan pinjaman MARA yg masih belum diketahui nasibnya setakat ini. Yang hanya boleh menjawab soalan ini ialah pihak Unit Kewangan Pelajar (UKP) sahaja yg menguruskan permohonan sdri.

      Cikgu akan merujuk kepada pihak UKP untuk mendapatkan jawapannya. Harap bersabar dahulu.

    • Salam sdri Jee,

      Berikut adalah maklum balas dr En Hamdan (selaku ketua UKP) terhadap isu yg sdri bangkitkan sebelum ini.

      ————

      Salam.
      Utk pljr sem 1 dan sem 2, permohonan mara akan dibuat secara online. Online ini akan dibuka oleh MARA sendiri bermula 1 julai selama sebulan. Kami akan keluarkan pemberitahuan apabila masanya tiba nanti. Perjumpaan akan diadakan sprtmana online ptptn.TQ

      En Hamdan Ikram
      UKP
      Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

  14. cikgu bad…
    sy stdnt dsk…tiap sem sy kna byr rm600…mne nk cr..klu rm 100 ok lg nie 600…adik2 pun skola semua…nk blnje jgk…pning dh ayh sy fikirkn…
    ape yg patut sy buat…

    • Salam Butterfly,

      Yuran pengajian yg ditetapkan adalah sama untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi keluarga pelajar. Namun beban kewangan boleh diredakan sedikit apabila pelajar berpeluang ditaja oleh MARA atau PTPTN atau yayasan negeri atau penaja2 lain.

      Oleh itu, pada hemat cikgu jika pelajar masih lagi terasa terbeban kerana ekonomi keluarga yg tidak mengizinkan cikgu sarankan sdri menulis surat rasmi memohon kaedah pembayaran yg lebih ringan bagi melunaskan hutang pengajian sdri. Luahkan masalah yg melanda keluarga utk kefahaman UKP. Biasanya kes-kes begini boleh mendapat pertimbangan khas UKP. UKP tidak sekejam dan ‘setegas’ yg sdri sangkakan dari luar hingga tegar membuang pelajar kerana tidak mampu membayar yuran pengajian.

      Dalam pada itu suka cikgu ingatkan sdri agar berjimat berbelanja sepanjang pengajian di kolej. Jangan terikut-ikut dgn rentak dan gaya hidup mewah atau selesa kawan2 sdri. Cikgu rasa menginsafi latar belakang keluarga, sdri tidak perlu kpd belanja top up mingguan telefon bimbit dll yg disifatkan sbg berlebih-lebihan. Pakailah sekadar memenuhi keperluan asas utk berhubung dgn keluarga dan sebagainya. Abaikan peringatan atau nasihat ini jika sdri memang seorang yang penjimat dan tahu mengawal perbelanjaan harian selama ini. Nasihat cikgu adalah berdasarkan apa yg cikgu lihat pada pelajar Uniti secara umum.

      Jangan terlalu mengeluh dan merintih dgn nasib diri dan keluarga. Ia tidak sihat dan sering merencat perkembangan mental dan sahsiah sdri utk jangka panjang. Salurkan kepada pihak yg mempunyai autoriti – dalam kes ini UKP utk mendapat bantuan. Cikgu percaya UKP ada budi bicara dalam kes sdri ini. InsyaAllah.

      Selamat mencuba.

  15. saya sebagai pelajar yang akan menghabiskan beberapa bulan sahaja lagi di kolej uniti ini ingin meluahkan pendapat mengenai kursus DPS. sekiranya selepas ini pihak kolej ingin mengambil pelajar yang ingin diserapkan ke dalam kursus ini, diharap diperketatkan lagi syarat-syarat termasuk lah mengadakan interview. ini kerana oleh lambakkan pelajar yang seolah-olah tangkap muat untuk kursus ini. ramai pelajar dps sekarang tidak mencerminkan identiti bakal guru yang akan memimpin generasi pada masa sekarang. ada sesetengah pelajar yang pada mulanya bukan dari kursus DPS yang mengalami masalah displin dan langsung tidak ada etika mengenai guru bertukar ke DPS semata-mata mahu menyelamatkan pinjaman yang telah dibuat atau tidak boleh membawa kursus yang sebelumnya kerana menganggap kursus DPS ini adalah kursus yang mudah dan senang untuk menghabiskan diploma di Kolej Uniti ini. saya tidak bersetuju langsung apabila ada sesetengahnya berpendapat sebegitu, sebagai senior DPS saya merasakan ini seolah-olah tidak adil. sekiranya ada syarat-syarat tertentu berkemungkinan banyak masalah displin pelajar DPS pada hari ini dapat diatasi. dan kursus DPS bukan lah kursus tangkap muat.

    • Salam Kewlieryu,

      Terima kasih di atas komen dan pandangan sdri. Ini menunjukkan kepekaan sdri terhadap apa yang sedang berlaku di persekitaran sdri sekarang. Tahniah kami ucapkan.

      Sebagai pelajar semester akhir, sudah tentu sdri telah melalui dan melihat dari dekat perkembangan DPS sejak awal lagi hingga ke hari ini. Barangkali ada benarnya apa yang sdri luahkan itu. Pihak kami juga menyedari bahawa pelajar program pendidikan seharusnya mencerminkan akhlak dan watak yang sarat budi selain kaya ilmunya, sesuai dengan profesyen yang bakal mereka ceburi kelak.

      Namun, secara realitinya ini konsep dan aspirasi ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu. Antara sebabnya ialah kualiti pelajar yang diterima masuk selain kekurangan sistem pemantauan yang berterusan oleh pihak berkenaan. Kualiti pelajar sememangnya sukar ditentukan kerana syarat masuk ke kursus DPS sama dengan kelayakan masuk kursus lain. Penapisan melalui temuduga pula tidak praktikal atas alasan ia akan menyulitkan dan membataskan pengambilan pelajar, setidak-tidaknya buat masa ini.

      Walaubagaimanapun, cadangan konstruktif sdri akan dibawa ke perhatian pihak pengurusan kelak.

      Terima kasih sekali lagi kepada sdri kerana berkongsi kebimbangan terhadap keadaan semasa yang sedang berlaku dalam program DPS dan memberi pandangan untuk memperbaiki kualiti dan membina reputasi program ini pada masa depan. Pihak kami mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen serupa demi atas dasar tanggungjawab pelajar terhadap programnya. Mungkin melalui saluran CHESKU suara sdri akan menjaid lebih kuat lagi.

      Wassalam

  16. salam ckgu bad..sy merupakan slh s’org pelajar dps sem6..ingin meminta sedikit simpati dr ckg dan pihak kolej..mslh yg sy hadapi adalah berkaitan dengan pinjaman PTPTN..

    Luahan seterusnya ‘disimpan’ dulu atas sebab tertentu.

    • Salam Rintihan Hati,

      Terima kasih kerana berkongsi masalah sdri dgn pihak kami. Walaupun kelihatannya sudah agak lewat, kami berharap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan baik juga akhirnya.

      Tiada masalah yang remeh bila ianya berkaitan dengan pembiayaan pengajian. Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang telah sdri alama sepanjang pengajian sdri di kolej ini. Barangkali ada sebab-sebab tertentu yang telah menyebabkan masalah PTPTN sdri berlarutan begitu lama. Ia perlu diteliti dengan lebih halus oleh pihak berkenaan. InsyaALlah perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak tersebut untuk mendapatkan respons mereka dan seterusnya menyelesaikan masalah ini.

      Sdri telah mengambil langkah yang betul dan berani untuk meluahkan masalah ini kepada pihak kami. Semoga sdri dapat terus bersabar menunggu penyelesaian ke atas masalah ini.

      Wassalam

  17. salam..diharap pihak kolej menyediakan pengangkutan yang lengkap bagi pelajar terutamanya pelajar siswi pulang ke kampung dari uv ke terminal seremban.ini kerana keluarga saya bimbang akan keselamatan saya jika keseorangan semasa perjalanan pulang ke rumah atau ke uv.kami tiada pilihan lain selain menaiki kereta sapu yang tiada jaminan keselamatan nyawa KAMI SEMUA.jika kami menaiki kereta sapu,berkemungkinan kami juga akan disapu.kami amat TAKUT..tambahan pula harga yang dikenakan untuk ke seremban begitu mahal dan tidak sesuai untuk pelajar yang sedang belajar seperti kami..harga tambang sebanyak rm50..jika tiada teman untuk pulang bersama, terpaksalah saya membayar tambang sendirian.jika diikutkan, mahu saja saya pulang ke kampung sendirian.tetapi, saya dan keluarga saya amat risau bagaimana cara untuk saya pulang apabila sampai ke terminal seremban untuk ke uv..sila prihatin akan keselamatan siswi di sini..diharap perkara ini diambil serius dan bukan hanya pandang sebelah mata sahaja..

  18. Salam Cikgu Bad…
    pensyarah meruntuhkan smagat pelajar…

    Baki aduan sdri Damsel Sagi telah ‘disimpan’ untuk menjaga maslahat tertentu.

    • Salam Damsel Sagi,

      Terima kasih kerana mengadukan masalah sdri kpd kami. Namun pihak kami terpaksa ‘menyimpan’ baki aduan sdri untuk menjaga maslahat tertentu.

      Walaubagaimanapun aduan sdri tetap akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan untuk perhatian dan tindakan dengan kadar yang segera.

      Untuk pihak kami menyiasat akan kesahihan aduan sdri, besarlah harapan kami agar sdri emailkan butiran lanjut yang lebih spesifik berhubung aduan tersebut seperti nama pensyarah berkenaan, kursus dan kumpulan kuliah yang diajar. Butiran itu boleh diemailkan kepada cikgubad@gmail.com.

      Mengenai perkhidmatan pensyarah IPRM yang begitu mesra-pelajar, itu mudah difahami kerana mereka adalah pensyarah yang sangat berpengalaman luas dalam bidang mereka. Sedangkan, pensyarah kita di sini rata-rata merupakan pensyarah baru yang masih kurang pengalaman. Justeru, masalah seperti itu memang boleh dijangkakan.

      Walaubagaimanapun, setakat yang diperhatikan, semua pensyarah DPS semester ini (termasuk yg lepas-lepas) merupakan pensyarah yang berdedikasi dan beriltizam dengan kerja mereka.

      Namun, diharap sdri tidak menjadi lemah semangat dan buntu hanya kerana pengalaman yang dilalui ini.

      Sekali lagi, terima kasih kerana komen sdri membantu Uniti meningkatkan lagi mutu perkhidmatan akademiknya.

      Wassalam

  19. assalamua’laikum..
    alhamdulillah krn phak uniti telah menyediakan wifi untuk pelajar-pelajarnya. saya cuma berasa sedikit terkilan krn bilik saya berada di sebelah belakang dan tidak langsung mendapat liputan wifi di dalam bilik. saya faham ianya memerlukan kos yang amat tinggi untuk dinaiktaraf namun diharap pihak kolej dapat memahami keperluan kami. kami sudah berada di sana hampir 2 tahun namun kmudahan wifi masih berada dalam keadaan amat kurang memuaskan..

    • Wa’alaikum salam Ninie,

      Terima kasih kerana berkongsi masalah dengan pihak kami. Masalah itu sudah dimaklumi oleh pihak berkenaan. InsyaALlah penelitian lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil kemudian.

      Harap maklum

  20. Salam cikgu bad,
    sy rasa agak kecewa dgn keadaan uniti pada hari nie.klu dilihatkan, suasana uniti pd sem ini amatlah teruk berbanding dgn sem dulu., ….

    Baki aduan sdri Farizah UV telah ‘disimpan’ untuk menjaga maslahat tertentu pihak yg terbabit. Harap maklum

    • Salam Farizah UV,

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan menghantar aduan mengenai respons negatif pihak tertentu di UV, HEP dan lain-lain. Walaupun sebahagian besar kandungan komen sdri ‘disimpan’ ia tidak bermaksud tidak dipedulikan.

      Pihak saya telah memajukan aduan sdri kepada pihak berkenaan untuk diteliti dan disemak akan kesahihan dakwaan tersebut. Jika sdri ingin perkara ini diatasi dengan semangat cintakan kolej dan perasaan yang tulus pihak kolej berbesar hati jika sdri dapat memberikan butiran lebih terperinci dakwaan-dakwaan sdri terhadap pihak yang berkenaan. Sdri boleh mengemukakan bukti dan butiran tersebut ke email cikgubad@gmail.com

      Terima kasih Farizah.

      Wassalam

  21. Salam CikguBad.

    Dgr citer, yayasan uniti akan beri pinjaman RM250.00 sebulan kpd pljr KU yg memerlukan bantuan kewangan. Jika ada, mcmnana sy nak mohon & apa syarat-syarat yg perlu ada.

    • Salam Insan Pahang Terdesak,

      Masalah sdr akan saya panjangkan kpd pihak berkenaan. Harap dapat bersabar sementara menunggu penyelesainnya. Saya harapsdr dapat berikan butiran peribadi dan nombor telefon utk Yayasan Uniti menghubungi sdr jk perlu kelak. Maklumat itu boleh diemailkan ke cikgubad@gmail.com.

      Moga ALlah memudahkan kesulitan yg sdr alami sekarang. Amin

  22. salam,sy dpt tahu wireless green spot yg ad pada uniti wajib kena byr ( semua student ) untk pd ms akan dtg.di blok sy dpt 1 bar shj dan kurang laju.tak berbaloi sy byr klu lambat utk 1 page dan slalu hlg signal.terima kasih

    • Salam Nurul,

      Kebimbangan sdri dlm isu ini difahami. Isu dan masalah ini memang boleh dijangkakan apabila sistem baru ini dilaksanakan sepenuhnya kelak.

      Jika berlaku juga masalah capaian internet kelak, sdri boleh membuat aduan terus kepada pihak pengurusan. Ada pelajar yang telah membuat keputusan melanggani servis broadband celcom dsbnya utk mdapat capaian yg lebih baik (bulanan basic RM68.00) sejak 1-2 semester lalu berikutan kegagalan mendapat signal wifi di asrama.

      Apapun kita tunggu dan lihat perkembangannya. Terima kasih Nurul.

  23. Salam…
    Cikgu if DPS x dpt MQA, mcm mane nasb kami pelajar DPS? Ramai budak DPS dah keluar dari Uniti disebabkan tiada MQA.

    • Saya sudah pun menjawabnya dalam kesempatan lalu terhadap soalan sama. Sila sdri rujuk aduan dan jawapan saya tersebut.

      Cuma satu perkara perlu saya terangkan dengan jelas kepada sdri dan pelajar-pelajar baru khususnya bahawa pasukan akademik DPS yg diterajui EN Zakri Md Zain sedang berusaha memenuhi segala permintaan MQA setelah membuat penilaian ke atas perjalanan akademik DPS selepas Hari Raya Puasa lalu. Dokumen tertentu sedang disiapkan sebagaimana dikehendaki oleh panel MQA.

      Kita mesti menunggu sedikit masa lagi sebelum proses ini selesai.

      Adapun maklumat atau perkhabaran bahawa DPS tiada kelulusan atau akreditasi MQA itu hanyalah cakap-cakap mereka yang tidak ada autoriti. Isu ini telah lama dicanangkan dari mulut ke mulut sejak program ini dimulakan 2 1/2 tahun lalu. Mereka yg mencanangkan khabar palsu atau tidak betul ini sebenarnya tiada pengetahuan yg betul mengenai peruntukan undang-undang negara amnya dan peraturan asas mengendalikan kursus atau program di sisi undang-undang MQA khususnya.

      Malangnya sebahagian pelajar termasuk ibu bapa agak naif atau tidak arif mengenai status kelulusan program. Dengan emosi dan kedangkalan berfikir secara munasabah dan kritis, mereka cepat terpengaruh dan terus mengambil keputusan mengundur diri walhal kebanyakan maklumat yg diperolehi adalah tidak benar dan meleset dari realiti.

      Saya nasihatkan sdri agar meneliti dan menghalusi berita atau lebih tepat lagi cerita yg telah diwar-warkan dari mulut ke mulut pelajar senior atau pihak tertentu sebelum boleh membuat keputusan menarik diri.

      Benar tiada jaminan lagi bahawa DPS akan dapat akreditasi penuh MQA. Hanya Allah sahaja yang tahu takdir yg akan berlaku kelak. Namun, dengan pengalaman dan track record terdahulu di mana semua program yg telah dijalankan sebelum ini mendapat Akreditasi Penuh (100%) dari MQA (sdri boleh semak di pejabat pentadbiran Uniti atau rujuk bahagian HEA) , insyaALlah kami mempunyai asas utk yakin bahawa DPS bakal memperolehi Akreditasi Penuh MQA tahun depan. InsyaALlah.

      Wallahua’lam

    • Salam. Nampaknya pljr masih tak faham istilah “tiada mqa” dgn “kelulisan mqa”m
      Minta c. Bat bagi tau akademik uintuk updated terkini statyus DPS dlm blog seperti makluimbalas panel mqa
      Dan proses terkini

      • Salam En Hamdan,

        Isu ini telah pun dikomen balas oleh saya melalui ruangan sama sebelum ini. Cuma updates terbaru masih belum lagi kerana kita baru sahaja memperolehinya dari MQA kira-kira 2 minggu lalu. InsyaAllah setelah semua maklumat dah diperolehi makluman akan dibuat sekali lagi di blog ini tentang status perkembangan penilaian MQA ke atas program DPS.

  24. salam cikgu,

    sy nk tnya wireless green spot yg berada di uniti tu memerlukan kami password .adakah kami kena byr utk mendptkn password tuu.
    sy br terperasaan ms nk surf internet,
    terima kasih

    • Salam Nurul,

      Sebenarnya mesej ‘wireless green spot’ itu merupakan satu kaedah utk mengawal dan menghadkan penggunaan internet tanpa wayar hanya kepada pelajar di kediaman UV. Buat masa ini sistem akses internet wifi ini sedang dalam proses naik taraf. Maka pelajar tidak boleh lagi mengakses kemudahan ini. InsyaALlah kemudahan ini akan berfungsi menjelang semester Januari nanti.

      Mengenai sama ada kemudahan ini dicaj atau tidak ia akan dijelaskan oleh pihak pengurusan kelak.

  25. salam…
    hye..selamat membaca komen saya, saya cuma nak tanye kenapa kat UV xd dewan besar? kalau ada dewan besar, pelajar DPS tidak perlu berulang alik dari UV ke K.U, lagipun pelajar DPS ramai.kalau ada dewan besar kolej pun senang untuk membuat sebarang majlis. :-)

    • Salam Number 1,

      Cadangan sdri memang baik. Namun utk menyediakannya memerlukan kos yang besar. InsyaALlah dewan besar tersebut mungkin akan dimasukkan dalam senarai kemudahan infrastruktur yang akan dibangunkan kelak. Tidak semua kemudahan boleh disediakan pada satu-satu masa serentak. Ia berhajatkan kepada prasyarat seperti dana dan tempat atau tapak yang sesuai selain kepentingannya sama ada perlu diutamakan atau boleh dikemudiankan.

      Buat masa ini projek yang sudah pun dimulakan semasa cuti semester sekarang ialah projek menyiapkan padang bola sepak yg terletak tidak berjauhan dari UV.

  26. Salam……….
    Saya ingin bertanya adakah pelajar DPS sem 1 2009 perlu membayar yuran untuk masuk ke sem 2 tahun hadapan?

    • Salam Number 1,

      Bayaran pengajian semester akan datang ada dinyatakan dalam surat yang akan diposkan kepada pelajar. Namun, pelajar yang ditaja tidak perlu bimbang kerana ia akan dijelaskan oleh penaja sama ada PTPN atau MARA kemudian.

      Bagi pelajar yang masih menunggu kelulusan penaja bayaran tidak semestinya dijelaskan sepenuhnya pada hari pendaftaran kecuali bagi pelajar yang berkemampuan. Yang pokoknya akaun pelajar perlu dalam status aktif dengan membuat sebahagian pembayaran. Perkara ini boleh dirunding dengan pegawai UKP semasa pendaftaran nanti.

      Kami berharap pelajar tidak terlalu bimbangkan soal pembayaran semasa pendaftaran nanti. Bawalah duit secukupnya berdasarkan kemampuan keluarga. Hutang atau tunggakan – jika terpaksa – boleh dijelaskan secara beransur-ansur kelak setelah dipersetujui oelh UKP. Namun ini bukanlah ketetapan umum. Ia akan dilayan mengikut kes. Bukankah akhirnya hutang wajib dijelaskan juga.

      Selamat mendaftar sdri Number 1.

  27. salam..sy ingin mintak pjelasan dari pihak kolej tntang tajaan mara bg student sem 1..pihak kolej ckap mara dibekukan skarang..tp kwan saya yg blaja dkt kolej shahputra kuantan da trima pown duit bulanan..hope pihak kolej dpt beri p,jelasan yg bernas..kecian la dkt kitorang kalo dpt ptptn..nk mkn pe kalo rm100 stu sem????????????????

    • Salam Dak Terengganu,

      Isu ini hanya boleh dijawab oleh Bahagian Unit Kewangan Pelajar (UKP) Uniti. Kemusykilan sdr akan dipanjangkan kepada pihak UKP utk mendapatkan jawapannya.

      Harap bersabar. Juga diharapkan sdr tidak membuat kesimpulan sendiri berhubung dgn keputusan sama ada mendapat tajaan PTPN dan MARA kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kolej. Pihak kolej melalui UKP hanya menguruskan permohonan pelajar berdasarkan peruntukan dana pihak penaja. Seperkara lagi kelayakan pelajar juga menjadi penentu kepada diluluskan atau tidak permohonan yg dibuat pelajar.

      Buat masa ini fokuskan dulu kepada bidang akademik sdr. Moga ALlah memudahkan urusan ini.

      Wassalam

  28. salam..sy nk b,tnye apakah btol mulai awal tahun 2010 student lelaki akan dtmpatkan di exora???sy tgk exora msih blom dbersihkan.adakah itu kerja kami.kmudahan dkt ctu pn tak ckup…lg stu mcmmane dgan dak dps utk pegi ke bilik kuliah?adekah kne bg awal pg dan exercise utk ke uv???adalah tidak adil bg kami..byar yuran sama dgn student lg tapi tggal di tmpat yg tidak bersih..pape pun senyum s0km0..

    • Salam Ganu Kite,

      Tiada pekeliling mengenai penempatan pelajar lama ke Ixora Permai dikeluarkan oleh pihak berkenaan setakat ini. Justeru, ia sekadar desas desus sahaja. Sekiranya arahan itu dikeluarkan sudah pasti ia akan disiarkan dalam blog ini.

      Sila baca jawapan kami sebagai respons kepada soalan yg serupa sebelum ini. Apapun, jika ada perubahan yang dilakukan ia adalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan semasa seperti pertambahan bilangan pelajar dan seumpamanya. Sudah pasti ia diniatkan utk menyelesaikan masalah yang timbul. InsyaAllah kebajikan pelajar akan sentiasa diberi perhatian.

      Wassalam

  29. salam,,
    sy student uniti..
    ingin b’tnya kpda phak yg b’wjib,adkah koperasi yg bru b’operasi di uniti village tlah m’mnuhi prasyarat sbuah kperasi yg b’operasi d’bwah sbuah kolej islam??
    Dmna ahli kperasi b’skap krang sopan t’hdap student..srta mngmbil skap rmeh t’hdap kprluan stdent yg tggl b’jauhan dr kluarga.,slain itu jga lyanan yg d’brikan amat b’beza drpd kperasi yg tlah b’khdmat sblm ini..sy amat stuju jka staff t’sbut d’tkarkn kpd staff yg tlah m’pljari etika p’adaban t’hdap ahli2 kolej uniti..ia jga amat m’malukan jka kjadian ini b’ulang lg..

  30. salam..
    sy stdent uniti sem 1 sesi mei,,
    nk tnya,bler result final akn d’kluarkn??
    dgr citer akn d’pos,,
    tp smpai skg x dgr pape pon..

    • Salam kiki,

      Saya salin semula jawapan saya kpd soalan sama dr sdri sebelum ini. Diharap sdri betul2 memahami respons saya tersebut.

      Wassalam

      Submitted on 2009/11/07 at 10:11am

      Salam sdri Sem 1 student,

      Keputusan biasanya diumumkan semasa semseter baru nak bermula. Pelajar boleh menelefon sendiri kepada Bahagian Akademik (Pn Syikin) atau ambil keputusan secara personal semasa mendaftar semester baru kelak (Semester Dis/Januari 2009/10).

      Blog ini akan memaklumkan kelak apabila keputusan rasmi telah dikeluarkan.

  31. salam cikgu bad..sy dari sem 1 dps ingin tahu adakah peperiksaan akhir bagi intek ogos paper akhir bi pada 30hb nov 2009 ini tidak blh diperawalkan lagi ke?lgpun ia memberikan msalah untuk kami pulang ke kampung bg yg duduk jauh pd hari raya aidiladha ini.Kerana 24 tu kami exm paper agama n then cuti beberapa hri lpas tu kne dtg blik untuk ambil paper bi….knpa xhabiskn je paper bi tu terus pd 25? n trus cuti sem je….

    • ‘Alaikisalam kk,

      Masalah itu sebenarnya sudah dimaklumi pihak HEA. Saya difahamkan bahawa kertas BI EAP1103 utk DPS Sem 1 Ogos telah dipindahkan ke hari Rabu 25 Nov, jam 11.30 pagi. Jadual peperiksaan yang terkini akan diupload tidak lama lagi dalam blog Uniti.

      Harap maklum dan sila panjangkan perubahan jadual dan berita gembira ini kepada kawan-kawan sdri kk.

      Wassalam

  32. salam…
    ckgu bad,mcm maner dgn MQA DPS?
    tk dgr ctew ape2 pn lg…
    dh di lulus kn ke blum??
    lg satu knape stdnts yg d taja mara byar yuran pd kolej hnya seribu lbih shja..bg kami PTPTN kne byar smpai rm3900…bg kami tk adil la mcm 2.
    duit dh bnyk kne potong..smpai blnja untuk mkn pn tk ckup..

    • ‘Alaikisalam Norlie,

      Keputusan sama ada lulus atau tidak penilaian MQA tidak akan diperolehi dalam masa sebulan dua. Kelazimannya – sebagaimana yg telah berlaku ke atas semua program lain sebelum ini – ia memerlukan seawal 4-6 bulan. Paling lama mungkin mencecah 8-12 bulan bergantung sejauh mana pihak kolej berusaha memenuhi syarat dan keperluan MQA serta memperbaiki kelemahan-kelemahan yg dikesan pada dokumen program dan sebagainya.

      Buat masa ini pihak program DPS yg dipimpin En Zakri sedang berusaha memenuhi segala syarat yang diingin MQA. InsyaALlah kita akan menyelesaikannya dalam kadar yang seberapa segera mungkin.

      Berkenaan perbezaan yuran MARA dengan PTPN saya akan rujuk kepada pihak kewangan untuk mendapatkan penjelasan mereka.

      Terima kasih Norlie.

      • Salam.

        1. Kalau pakej dan batch yg sama, secara umumnya kadar yg dikenakan adalah sama, tak kira ptptn atau pun MARA.

        2. Yg membezakan hanyalah kaedah pembayaran.

        3. pelajar MARA, yuran pengajian pihak MARA direct bayar kpd kolej. Pelajar PTPTN pun sama.

        4. Yuran kediaman, pihak PTPTN akan bayar direct ke kolej mankala pelajar MARA, pihak MARA tidak membenarkan pembayaran direct. Pihak kolej terpaksa memungut sendiri dari pelajar.

        Itu saja bezanya dan mohon pelajar yg tak memahami pakej (sepatutnya sudah memahami sewaktu pakej ditandatnagi) sila mendapat penjelasan dari pegawai kolej iaitu Cik Husna ataupun Encik Amizul.

        TQ

        Unit Kewangan Pelajar (UKP)
        Kolej Uniti

      • salam..
        kami hendak bertanya..
        kalau MQA tidak meluluskan program akedemik bagi program DPS..
        cmne nasib kami..
        sijil yang kami dapat macamana..
        tidak dikhtiraf ke..
        sekian..
        kami harap akan pertanyaan kami akan dijawab secepat yang boleh..

        • Salam sdr yg bertanya,

          Nyata sekali sdr terlalu bimbang akan masa depan jika program DPS tidak diberikan Akreditasi Penuh oleh MQA. Ya – mana-mana program yg tidak mendapat Akreditasi Penuh MQA tidak diiktiraf oleh sektor awam utk memohon pekerjaan kelak. Peluang penajaan PTPN / MARA juga mungkin boleh terjejas. Turut sama terjejas ialah peluang utk melanjutkan pengajian ke IPTA.

          Namun, utk bimbang bahawa DPS tidak dapat Akreditasi Penuh adalah satu spekulasi atau andaian yang tiada asasnya. Suka saya maklumkan di sini bahawa buat masa ini pihak kolej sedang menyediakan segala keperluan akademik yang diminta oleh MQA dan juga sedang melakukan penambah baikan di mana perlu sebagaimana dikehendaki dalam laporan penilaian MQA ke atas program DPS yang dibuat pada penghujung Ogos lalu.

          Ini bermakna kita perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum MQA berpuas hati dengan usaha dan respons kita terhadap laporan penilaian MQA tersebut. Apabila segalanya telah kita dipenuhi , insyaALlah sebagaimana biasa, program DPS akan mendapat Akreditasi Penuh. Buat masa ini apa yang terbaik utk sdr lakukan ialah terus memanjatkan doa kepadaNya agar DPS akan mendapat Akrediasi Penuhnya dari MQA.

  33. salam….
    cikgu… mo tnaye mane postingan gambar pertandingan bercerita pelajar sem 2? kenapa lum terlihat lagi? and then sori… very2 sori, kenape tampilan dan pic kegiatan dan aktiviti di web uniti masih yg lama? tak di up grade ke? program DPS pun saye lum nampak lagi, begitu juga dengan stuktur akademik masih yg lama padahal setahu saye dah banyak sekali perubahan ini dan itu.sayang sekali klo kita tak pernah perdulikan web kampus kita sendiri apalagi ini adalah salah satu alat promotion untuk khalayak ramai… ayo cikgu bad selamatkan kolej ini…oh UNITI….

    • ‘Alaikisalam ‘Firdaus’,

      Maaf berkenaan posting gambar pertandingan tu saya terlupa utk disunting. InsyaALlah akan saya segerakan penyiarannya.

      Tentang web Uniti tu ia di luar drpd bidang saya. Justeru fokus saya ialah pada blog ini yg lebih interaktif. Apapun perkara ini akan dibawa ke pengetahuan pihak yg berkenaan kelak.

      Terima kasih kerana memberi pandangan dlm isu di atas.

  34. salam.
    saya pelajar uniti sem 1.
    saya nak tau kenapa pelajar DPS kena bayar duit pengangkutan sedang kan kitaorang tak menggunakan nyer..
    kalau bayar sedikit tidak mengapa tetapi sampai beratus..kesian lah mak ayah kami semua duit banyak itu kena bayar tapi kitaorang belajar kat u.v saja.
    dahulu waktu cuti h1n1,uniti ada sediakan bas tapi kena bayar..pastu dah x sediakan lagi bas untuk ke teminal.
    ke mana duit itu pergi??setakat nak pergi k.u untuk exam berapa lah sangat.boleh tak kami hendak meminta wang pengangkutan kami balik??

    • ‘Alaikumsalam Hamba ALlah,

      Kemusykilan sdr/i difahami. Saya akan panjangkan kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

      Sementara itu harap bersabar. Moga puasa kali ini menjadikan sdr/i seorang yg lebih beriman, berilmu dan beramal.

      Wassalam

      • Saya telah dimaklumkan oleh Pengurusan KU bahawa kos yg dibayar pelajar semua program sama ada di UV atau KU adalah sama kerana ia adalah suatu pakej yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

        Jika sdri Hamba ALlah inginkan penjelasan lebih lanjut dan terperinci sila berhubung dengan En Nasron, Pegawai Kewangan Uniti.

        • Berikut adalah jawapan terperinci untuk Hamba ALlah dari En Nasron, selaku pegawai kewangan Uniti mengenai isu yang telah sdri bangkitkan sebelum ini.

          Diharapkan jawapan ini menjelaskan kemusykilan Hamba ALlah.

          ———————-
          From: Nasron Mohd Yusoff
          Date: 2009/9/10
          Subject: Re: Fw: Aduan Pelajar : Isu Duit Bas
          To: zayed sulaiman

          Assalamu’alaikum WRT WBT..

          Berhubung pertanyaan hamba Allah mengenai bayaran pengangkutan bas di Kolej UNITI. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Kolej UNITI tidak dikenakan bayaran Yuran Pengangkutan pada pakej kewangan siswa yang di persetujui sebelum pelajar mendaftar. Dengan kata lain pelajar mendapat perkhidmatan bas adalah secara PERCUMA dan kos tersebut ditanggung oleh pihak Kolej. Tidak timbul isu pemulangan balik bayaran pengangkutan bas seperti yang diluahkan oleh hamba Allah.

          Untuk pelajar program DPS Semester 1, Pihak Kolej hanya mengenakan:
          1. Yuran pengajian
          2. Yuran am (perkhidmatan, HEP,insuran, hemat diri, MJM)
          3. Yuran Kediaman

          Saya mohon hamba Allah untuk membuat semakan pada pakej kewangan yang telah dipersetujui dan ditandatangani. Sebarang kemusykilan mengenai kadar yuran bolehlah di rujuk ke Bahagian Kewangan Pelajar untuk penjelasan lebih lanjut.

          Wassalam

          Nasron My
          PP UKP
          Kolej Uniti PD

    • Lazimnya hanya Ujian Akhir sahaja jadualnya dikeluarkan oleh bahagian HEA. Bagi Ujian 1 dan Ujian 2 atau Pertengahan Semester ia dikeluarkan oleh Ketua Program masing-masing.

      Jadi sdri hendaklah merujuk kepada Ketua Program DPS iaitu encik Zakri bagi jadual Ujian 2 tersebut.

  35. DALAM KEBINGUNGAN…

    sehari sebelum kolej uniti di tutup akhibat H1N1..pada 30 julai 2009 lingkungan dalam pukul 11.00pg-2.00ptg rumah saya telah di pecah masuk oleh orang yang tidak diketahui..habis 4 buah leptop pelbagai jenama dan sebuah hp telah dicuri..laporan telah pown dibuat..report polis pown telah dibuat..tetapi ape yang saya hairankan..pihak kolej mcm amik endah tak endah dengan kes nie..sport cek tidak pown di lakukan dibilik ke bilik..adekah pihak kolej pown terlibat dengan kes ini???????nak cerita byk pown bende dah belaku…ikutkan budak bilik mmg nak wat laporan pasal kolej tak amik tindakan…tp kite orang tak berani n tak nak amik risiko..sebab kite orang smua dari golongan susuh..t kolej amik tindakan tak atas kite orang lagi ssh..hurm..apelah nasib leptop dah tak de…..

    • Salam Anep,

      Kami bersimpati dengan apa yg terjadi. Namun tidak wajar jika bersangka pihak kolej pula terbabit dalam kejadian ini. Itu dorongan emosi Anep kerana kecewa dgn sikap acuh tak acuh pihak kolej – lebih tepat lagi felo (Ini masih bersifat dakwaan. Ia perlu disiasat terlebih dulu kerana mungkin ada sebab atau halangan tertentu hingga tindakan lewat diambil. Pasti ada penjelasan yg wajar oleh pihak berkenaan dlm isu ini).

      Apapun insyaALlah perkara akan saya bawakan ke pengetahuan yg berkenaan untuk siasatan lanjut.

      Moga Anep terus bersabar. Jadikan Ramadhan ini medan melatih jiwa dan rohani kita agar lebih tabah menghadapi ujian yang tidak pernah akan berhenti datang.

      Terima kasih Anep di atas aduan/keluhan yg dibuat.

      • tambahan lagi…kenapa student lain hilang barangan mereka..pihak kolej terus amik tindakan..siap sruh semua student kumpul wat sumpah..solat hajat..sport cek..disini dapat dilihat mungkinkah ade unsur pilih kasih???
        munkin sy serumah dgn senior yg sekdikit bermasalah n sebab 2 felo malas nak amik port????n mungkin felo ingt laporan nie hanye rekaan???nasib bek ade tempat utk mengadu..pape pown terima kasih cikgu bad…

        • Tiada nasihat yg lebih baik melainkan bersabar utk kekal rasional.

          Seperti yg cikgu nyatakan dlm respons semalam elok kita tunggu hingga perkara ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa UV minggu depan. Boleh Anep beri maklumat berkenaan kes ini iaitu bila aduan dibuat, bilik no berapa dan siapa pengadunya – adakah individu atau berkumpulan. Emailkan maklumat ini ke cikgubad@gmail.com

          Selamat berpuasa Anep

        • Tidak jadi masalah Anep. Di pihak saya cuma akan memanjangkan saja kepada pihak yg berkenaan. Namun, detil aduan yg dibuat ke felo atau pihak berkuasa UV lebih membantu kerana ia bukti aduan telah dibuat oleh mangsa kepada pihak berkuasa UV.

          Permintaan saya itu telah saya nyatakan dlm respons saya sebelum ini.

  36. salam..

    saya xstudent Uitm-Uniti..Grad tahun 2006.walaupun telah lame grad tp smpai skarg sya msih blum menerima sijil LAN n folder konvo..Untuk pengetahuan,saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan telah menyerta kan wang pos untuk proses penghantaran.
    tp sehingga kini msih tidak menrimanya lg.
    so, sye sgt kecewa dgn sikap pengurusan kolej..
    mujur sjil berkenaan tidak diperlukan semasa saya menyambung degree..

    semoga pihak pengurusan lebih telus dalam menjalankan tugas.

    • ‘Alaikisalam xstudent kecewa,

      Pihak kolej berasa kesal dan memohon maaf di atas masalah yang dihadapi sdri. Pasti ada kekangan tertentu yang menjadi punca kepada terjadinya masalah ini.

      Kami amat berbesar hati sekiranya sdri dapat menghubungi kembali kami dengan memberikan butiran penting seperti nama penuh, no matrik UiTM, tahun pengajian berakhir dan seumpamanya.

      Butiran tersebut boleh diemailkan ke : cikgubad@gmail.com

      InsyaALlah setelah pihak kami menerima maklum balas daripada sdri, siasatan akan dijalankan untuk menyelesaikan masalah sdri.

      Sekali lagi kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami selama ini.

      Wassalam

  37. assalamualikum ckgu bad…
    sy brasa kesal dgn prosder yg dbuat olh pihak KU tntang arahan peljr mgosongkan UV tmpoh hri….sy kesal tntang ktidak bnaran pljar yg tgal jauh utk tgal di UV….menurut sumber yg boleh dipercayai,ktika msyuarat bsama kmnteriaan kshtan mlysia,bg pljar yg mghidapi pnykit H1N1 hnya diasingkan dri pljar2 lain atau di hntar pulang sama ada diambil oleh kluarga @ sbgainya…pihak ipta@ipts harus memikirkan hal ehwal kebajikan pljar2nye yg duduk jauh juga,tntang ksmpitan wang dan sbgainya….dlm pnyataan ini sptutnya tidak timbul isu pljar ‘dhalau’ oleh pihak KU utk plg ke tmpt msing2…yg membuat sy ringan tngan myampaikan msg ini ialah,tntang seorang kakitangan KOLEJ UNITI boleh menyatakan kpd kami sprti brikut “sy tidak kisah tntang apa cara awk nak blik,yg sy tahu UV msti dkosongkan ats printah jbtn kshtan..sy tak nak pk mslah awk je,sy pun ada mslah sy sndiri yg sy nak pk..klu awk tak de duit,sy tidak bleh buat pe..sy tahu UV msti dkosongkan..klu awk nak tgal jugak,bleh duduk luar pagar ke pergi mana2 tmpat yg awk suka”…pnyataan ini btl2 membuatkan kami smua mrah krna memikirkan kwn sy yg tgal di sabah dan srwak…dmana letaknya perhatian n kebajikan KOLEJ UNITI trhadap pljar2nya ktika itu?ye,klu tidak dpt membrikan kmi tgl dsitu juga,knp mst mgluarkan pnyataan yg sy smpaikan diatas…pnyataan sdmikian scara tidak lgsung membrikan tggapan ngatif kami kpda KOLEJ UNITI yg smemangnya dah ngatif pun slama ini……..wassalam……….

    • Salam sdr Zack,

      Pertamanya simpati buat sdr dan rakan2 yg mengalami kesulitan berikutan arahan pengosongan asrama oleh pihak pengurusan asrama UV. Berat mata saya memandang, berat lagi bahu sdr dan rakan2 memikul.

      Namun pihak kami percaya bukanlah niat pegawai berkenaan untuk sengaja menimbulkan kesulitan tersebut. Dalam situasi yang seakan terdesak walaupun tidak begitu cemas, keterlanjuran kata dan seumpamanya mungkin sahaja boleh berlaku. Sedangkan perkara yang membabitkan soal kesihatan seperti ini memerlukan kerjasama dan tindakan segera dari dua belah pihak.

      Apapun ia adalah sebahagian daripada cabaran kita mengendalikan masalah dalam sebuah komuniti. Ia adalah ujian dalam sebuah realiti kehidupan. Bagi pihak pengurusan perkara yg sdr ajukan akan diteliti.

      Adapun tentang kenyataan sdr ‘……pnyataan sdmikian scara tidak lgsung membrikan tggapan ngatif kami kpda KOLEJ UNITI yg smemangnya dah ngatif pun slama ini‘ , pada kami ia masih bersifat satu tanggapan (persepsi). Kita selalunya (pemikiran biasa manusia) terus percaya apa yg kita lihat atau dengar. Malangnya kita tidak selalu berusaha untuk mengusul periksa kedudukan perkara sebenar. Kita kritikal tapi tidak objektif hinggakan pemikiran kita menjadi ekstrim, melulu dan tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak satu lagi. Ini boleh terjadi kepada sesiapapun.

      Walaubagaimanapun terima kasih Zack kerana mengajukan isu ini kepada pengetahuan kami. Jika benar sebagaimana didakwa pasti ada pengajaran baik untuk kita semua agar perkara sama tidak berulang lagi pada masa hadapan.

      Wassalam

  38. sy dh berhenti skolh,sy berhenti skolh awal form2,…
    sy sy form4,…dh 2 tahun st x skolh,…tp skg,sy t’igin sgt nk skolh blk,..tp sy x ade ape2 kelepsn…spm,pmr pon x de…upsr jer yg ad…mcm mane ea..?tolg larh sy…skolh mane yg ptt sy mohon..?
    sy ingat nk masuk giat mara,…tolg cadangkn pe2…

    • tolg ar bg sy idea,..lg pon sy x nk hdop sy trus ssh cmni,..skg nie sy rse ssh sgt,entah cmne plak nasib sy yg akn dtg,..sy tkot ble pkir mase akn dtg..skg nie sy rse x larat sgt2…sy kje psr mlm ngn mk sy..sy tolg2 mk…sy malu ar ngn kwn2,sy cdey tgk dri sndri jdk cmni…sy dh buat kesalahn…sbb 2 larh sy di b’hentikn..sy jpe guru besar,tp die ckp x kn ade skolh yg akn terima sy..sbb sy kne ekot procedure…mcm mane nih…sy penat la pkir bnd nih,..boleh x korg bg cadagn pe2…?sy amat memerlukn…tolg sy…

      • Salam Nida,

        Rasanya Nida tersalah ruangan utk mengadu masalah. Ruangan ini khas untuk pelajar Kolej Uniti dan tidak utk orang awam lain.

        Namun utk tidak menghampakan ini adalah respons saya utk pertimbangan Nida. Moga ada manfaatnya.

        ————–
        Apa yg telah terjadi ia adalah sejarah.

        Jika Nida dah insaf, jgn lagi mengenang dan menangisi nasib malang itu. Ia tak akan menganjakkan walau seincipun nasib Nida sekarang.

        Apa yang maha penting dibuat sekarang ialah berhubung dgn pihak Pejabat Pendidikan Daerah utk meminta nasihat mengenai peluang belajar semula.

        Setahu saya sejahat manapun kes pelajar itu dia masih diberi peluang kedua. Pelajar di Pusat Pemulihan Akhlak seperti Henry Gurney di Melaka pun masih diberi peluang belajar utk PMR atau SPMnya.

        Pilihan lain ialah Nida pergilah berjumpa pihak kaunselor sekolah lama juga utk pandangan. Saya tidak pasti adakah Nida boleh diterima oleh GIAT MARA atau institusi kemahiran lain kerana Nida tiada kelayakan PMR pun.

        Jangan sia-siakan kehidupan dgn asyik menoleh ke belakang. Dunia ini hanya memihak kepada orang yang bekerja keras, bersungguh-sungguh dan yang paling penting TIDAK PUTUS ASAS, setelah datangnya keinsafan utk berubah.

        Peluang untuk berjaya masih ada asalkan tahu caranya.

        Selamat maju jaya Nida. Moga ALlah memudahkan jalan hidup Nida selepas ini. Amin

        Wassalam

  39. asalamualaikum,,,
    saya sememangnya setuju dngan pendapat leeya dan saya dapat makluman memo di pintu surau uniti bahawa MPPKU akan di bubarkan,jadi saya berharap sangat-sangat bahawa pemilihan kali ini adalah yang sebenar-benarnya layak untuk menjadi MPPKU,saya setuju benar dengan leeya kerana baru-baru ni saya terserempak dengan sekumpulan pelajar yang bercampur di antara lelaki dan perempuan,dan kemudiannya saya berjalan di sebelah mereka bagi memastikan mereka tidak membuat benda yang di larang,dan sahih,mereka membincangkan mengenai hal-hal peribadi sahaja,dan bukannya hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran,jadi saya berharap sangat kita semua tanpa mengira pangkat,umur,dan sebagainya bekerjasama bagi mengembalikan “uniti” yg dahulunya di segani dengan ruhil islam,dan saya berasa kurang setuju dengan nurul kerana beliau memerlukan kawadan wifi diperluas,dan bahagian penjeelasan itu saya setuju,akan tetapi pada bahagian beliau mengatakan bahawa “ramai yang berderet di baitul hikmah,ianya memberi tanggapan yang kurang elok pada pandangan orang luar.seolah-olah kolej kita mempunyai kekurangan dari segi perkhidmatan”,penjelasan itu saya kurang bersetuju kerana dari pandangan saya ramai yang berderat di situ pada waktu malam dan memberikan tanggapan yang negetif pada kolej uniti,SEOLAH-OLAH TIADA SIAPA YANG MENEGUR MEREKA BERGAUL DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DI SITU,ya!!jawapan itu saya rasa lagi sesuai dari tanggapan bahawa uniti ini tidak canggih,sememangnya uniti sedang dalam proses untuk membangun,jadi itu kita sebagai warga uniti harus faham akan situasi tersebut,saya bukan moderetor dalam blog ini akan tetapi saya cuma ingin menambah baikan sahaja,maaf ya cikgu bad,syukran…JZKK..

    dari
    ingin menambah;

    • yang banyak wat masalh dak2 junior…die owng tak tau etika kat kolej kite nie..bab 2 die selambe je begaul2 bebes…senior malas nak tegur..bab junior nie kurang ajar..cakap mcm tak gosok gigi..lau tak kuar kawasan kolej tak pe gak..2 die owng punye pasal…

  40. assalamualaikum…saya merupakan pelajar kolej uniti…
    rasenye sudah sedia maklum bhw mslh sosial di bumi uv dan plajar ku agk membimbangkan…pakaian yg di pakai apabila outing tidak lgsung melambangkan seperti pelajar KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM….peradaban juge kurang…sy bimbang mslh ini akn berterusan tanpa pengawalan dan tinjaun dari pihak yang berwajib…sy juga risau mslah ni akan menjejaskan imej kolej uniti(kolej islam)…sy tidak nmpak lgsung iniasetif dr pihak tertentu utk mengatasi mslah ini…sy berharap majlis perwakilan pelajar yang baru nnti akn dipimpin oleh seseorang yg dpt memberi sesuatu kelainan dan membawa ajaran islam yg sebenar dlm bumi kolej uniti ini…sy juga berharap,semua pihak dan juga pelajar berganding bahu utk menjaga nama baik kolej uniti sbg kolej islam yg benar2 islamnya….sekian….terima kasih…

    • ‘Alaikisalam Leeya,

      Terima kasih kerana turut sama berkongsi kebimbangan dan kerpihatinan pihak kami selama ini terhadap isu sosial di persekitaran kampus dan asrama.

      InsyaALlah komentar Leeya akan saya panjangkan kepada yg berkenaan untuk tindakan.

      Teruskan memberi komentar dan juga pandangan yang kritis. Untuk maju dan menjadi yang terbaik, KU mesti menerima pandangan kritis yang konstruktif dari semua pihak. Dengan keterbukaan ini juga, banyak kebaikan dapat dicapai dengan lebih cepat asalkan semua pihak yg terbabit bersedia untuk berubah.

      KU perlu berani untuk mengambil langkah dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada baik dari segi HEP mahupun HEA.

      Terima kasih Leeya.

  41. salam,saya nak bagi cadangan,kalau boleh seluruh UV ada wifi termasuk dlm hostel sekali.ini memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat bukan hanya sekadar wifi di kawasan baitul hikmah.saya lihat ramai pelajar pada waktu malam duduk berderet di tepi baitul hikmah.bagi sya ianya memberi tanggapan yang kurang elok pada pandangan orang luar.seolah-olah kolej kita mempunyai kekurangan dari segi perkhidmatan.saya harap cadangan saya dapat membantu

    • Salam ‘alaik Nurul,

      Masalah ini memang sudah dimaklumi pengurusan kolej. Tindakan sedang dalam pertimbangan untuk diambil bagi mengatasi masalah ini.

      Terima kasih kerana mengajukan masalah ini kepengetahuan kami.

  42. asalamualikum w.b.t moderatur Blog KU,
    Saya dapat makluman bahawa ada pelajar UNITI yang GB tetapi masih dapat lagi menyambungkan pelajarannya di UNITI,betul ke dengan berita yang saya terima dan saya rasa kalau perkara ini benar,ini akan menyebabkan ramai pelajar yang GB akan merasa kurang senang dengan keputusan ini dan saya merasakan bahawa ini akan membuatkan ramai lagi pelajar selepas ini akan mendapatKAN GB kerana selepas GB,mereka boleh menyambungkan seperti biasa,tiada tindakan apa2 selepas GB,jadi saya harap pihak atas dapat memikirkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku,dan saya harap moderator Blog KU dapat mengesahkan kesahihan berita ini,dan saya sebenarnya wakil dari kawan2 saya yang ingin sangat mengetahui kesahihan berita ini,dan tidak baiklah kalau berita ini sebenarnya fitnah semata2,jadi saya perlu mensahihkan berita ini dahulu sebelum membuat beberapa andaian.

    Wasalam

    dari;
    Ingin Tahu Bangat

    • ‘Alaikum salam Hanaefy,

      Terima kasih di atas keprihatinan sdr mengenai isu atau nasib pelajar GB ini.

      Elok saya jelaskan bahawa maklumat atau berita itu tidak benar. Memang ada pelajar yg GB masih lagi belajar di Uniti tetapi bukan diberi atau ditukar taraf ‘lulus dan teruskan pengajian’ dengan bagitu mudah. Ia tidak berlaku begitu dan memang tidak akan dibenarkan berlaku sebagaimana yg sdr sangkakan.

      Taraf GB akan kekal GB dan tidak akan boleh diubah melainkan berlaku kesilapan teknikal semasa memasukkan markah atau pengiraan PNGS/PNGK yang silap. Justeru, pembetulan dibuat mungkin membetulkan keputusan GB tadi dan bertukar tarafnya kepada Amaran atau Percubaan. Perlu difahamkan bahawa taraf Amaran atau Percubaan pun hanya dibenarkan utk sekali atau dua kali sahaja mengikut keadaan. Hal ini agak teknikal dan perlu dirujuk ke pihak HEA untuk penelitian lanjut.

      Sebaliknya jika pelajar GB itu masih kekal belajar di Uniti mereka mungkin bertukar program baru (sem 1 semula, fresh) jika mereka mahu. Atau jika mereka nak belajar juga dalam program sama mereka perlu merayu. Peluang kedua tidak diberikan secara automatik melainkan perlu dengan keizinan Senat. Mereka sesekali tidak boleh menyambung di semester mana mereka diGBkan. Jika diberi izin mengulang mereka mesti bermula di semester pertama – seolah-olah tidak pernah belajar sebelum ini.

      Saya faham kebimbangan sdr mengenai situasi ini yang boleh menjadi fitnah kepada kualiti pendidikan Kolej Uniti. Tapi suka saya maklumkan bahawa pihak Senat kolej Uniti tidak akan berkompromi dalam isu seperti ini. Tiada tawar menawar dalam hal yang menentukan ‘hidup-mati’ pelajar.

      Sekian, dimaklumkan.

      Moderator blog KU

  43. Salam cikgu bad,,
    terima kasih atas suara perhatian cikgu mengenai komen saya,saya harap UNITI dapat di jadikan sebagai gedung ilmu yang mengikut arus perubahan era negara glokal sekarang ini,dan sebenarnya saya sendiri ‘under’ UNITI bukan dari UiTM atau UPM,saya cuma menjadikan UiTM contoh terdekat bg sistem yang saya cadangkan,iaitu penyemakan keputusan PNGK dan PNGS dalam Laman Web UNITI ‘under’ UNITI dan tambahan lagi satu cikgu,kita juga boleh menggukan internet sebagai tempat pelajar mendaftar subjek,seperti UiTM,pelajar2 mereka hanya menggunakan internet untuk mendaftar subjek dan menyemak keputusan.
    Ini memudahkan pelajar dan pensyarah sendiri,tidak perlu untuk beratur panjang untuk mengambil tandatangan pensyarah yag terlibat,ini akan membuatkan beberapa pihak menjadi rumit,dan sedia maklum,pelajar2 UiTM sememangnya menggunakan sistem ini dan membuatkan saya tertanya2 kenapa pelajar UNITI tidak di berikan kemudahan sebegitu,dan saya menjangkakan ianya mengambil masa yang panjang untuk melaksanakannya,insyALLAH…saya doakan agar ALLAH S.W.T memudahakan urusan ckigu bad dan semua warga kolej UNITI,,,barakALLAHu ALAIKUM,,,amin,..

    Wasalam

    • ‘Alaikum salam Hamba Allah,

      Maaf kerana saya tersilap andai tentang status program sdr. Apapun komen dan pendapat sdr adalah sst yg konstruktif dan dibuat dengan niat yg baik utk kemudahan kedua-dua belah pihak – iaitu pelajar dan pentadbir kolej juga.

      Namun – sebagaimana yg telah saya jelaskan dlm respons pertama saya – niat sebaik ini mempunyai kekangan tertentu yang sukar diperjelaskan dlm ruangan yg terbatas ini. Utk pengetahuan Hamba Allah, pendaftaran subjek pelajar UiTM dan UPM tidak dilakukan pelajar tetapi oleh Ketua Program masing-masing berdasarkan maklumat akademik pelajar iaitu jam kredit dan jumlah kursus yg telah lulus dan pernah diambil.

      Beberapa aspek tertentu sukar untuk dipenuhi oleh pihak pentadbir utk melaksanakan cadangan sdr di samping kemudahan infrastruktur ICT yg masih di tahap awal pembangunannya. Masalah seumpama ini biasanya tidak dapat dilihat oleh orang luar.

      Apapun saya akan bawa komen dan pandangan ikhlas sdr ke pengetahuan mesyuarat akademik pada pertengahan atau hujung bulan ini.

      Teruskan memberi komen kritis dan pandangan yang membina kerana ia amat baik utk membina sebuah institusi yang masih kecil seperti Kolej Uniti ini. Uniti mengalu-alukan pemikiran yang positif dari sdr. Kita perlu lebih ramai lagi pelajar seperti sdr.

      Terima kasih Hamba ALlah.

      Wassalam

  44. salam,,saya ni student dari Kolej UNITI sendiri,jadi saya ingin memberi beberapa komen dari saya sendiri,saya tidak berniat untuk meminta sesuatu yang bukan-bukan,tetapi saya inginkan satu sistem kemudahan bagi pelajar menyemak keputusan Penilaian Nilai Gred Komulatif(PNGK) dan Purata Nilai Gred Semester(PNGS) dengan mudah,contohnya di UiTM,mereka menggunakan sumber internet untuk membuat penyemakan,jadi,mengapa UNITI tidak boleh buat sedemikian rupa?ini bagi memudahkan pelajar untuk menyemak,bagi mereka yang tertunggak bayarannya,black list kan namanya dan tidak memaparkan keputusan mereka.Mudah sahaja saya rasa,tidak menelan banyak kos,cuma wujudkan satu sistem yang memudahkan pelajar,sistem yang di gunakan sekarang bukan nya tidak bagus,bagus,tetapi nampak semacam kelam kelibut dan zaman yang canggih sebenarnya mengalami perubahan,tetapi mengapa k.UNITI berada di takuk yang lama,harap dalam ambil perhatian dan maaf sekiranya ada yang mengguris hati,terima kasih.

    • Salam sdr/i hamba Allah,

      Saya andaikan sdr/i adalah pelajar DBS/DIA UiTM-Uniti.

      Saya fikir di kala komen sdr/i itu ada kebenarannya, namun perlu diingat bhw keputusan peperiksaan langsung dari UiTM Induk. Justeru, kolej Uniti tidak dapat menyediakan akses kepada maklumat yg dipinta seperti keputusan PNGS & PNGK. Keadaan adalah lebih menyulitkan kerana Uniti terpaksa membangunkan sistem baru kerana skala dan sistem penggredan UiTM tidak sama dengan Uniti.

      Lagipun program dalaman Uniti sendiri masih belum ada sistem sebegitu. Pelajar masih perlu menyemak keptusan secara tradisional iatu sistem manual – samada membuat panggilan ke Uniti atau datang sendiri ke pejabat dan berjumpa pegawai yang dipertanggungjawabkan utk membantu pelajar dalam hal ini. Setakat ini kemudahan menyemak keputusan peperiksaan baru setakat idea di atas kertas.

      Berbalik kepada masalah tadi saya kira masalah ini boleh diselesaikan jika sdr/i mendapat kebenaran utk akses kepada sistem rekod peperiksaan UiTM sebagaimana pelajar2 UiTM di kampus mereka.

      Walaubagaimanapun komen sdr akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan kolej. Terima kasih kerana memberi komen ini.

      Wassalam

      Cikgubad
      Moderator Blog KU

  45. Kepada sdr Kesal,

    Komen balas sdr bertujuan tidak baik terhadap kolej sdr sndiri. Perlu sdr ingat kolej mungkin boleh mbuat kesilapan atau terlepas pndng dlm beberapa hal. Tetapi sikap pelajar spt sdr ini lbh hanya didorong emosi.

    Moderator blog telah mengingatkan pljr agar beretika dan beradab bila mengirim komen, pendapat ke dalam blog ini. Butiran pengadu perlu ada dan tidak boleh berselindung di sebalik nama tertentu. Selain itu, perlu juga dinyatakan masa dan tempat kejadian agar ia boleh disiasat oleh pihak berkenaan. Namun sy tetap melepaskan sebahagian komen yg tidak memenuhi kriteria ditetapkan. Komen2 yg tidak disiarkan pl kerana bahasa kesat, kasar dan biadap tetap dipanjangkan kepada pihak berkuasa kolej utk penelitian mereka.

    Sebaiknya sdr Kesal tampil menemui pihak berkuasa atau sekurang2nya berjumpa sendiri dgn saya dgn aduan bertulis lengkap BUKAN melepaskan amarah di sini apatah lagi mengugut pihak kolej.

    Tindakan sdr tidak akan membantu penyelesaian masalah. Perbuatan atau niat cuba memburuk2kan reputasi kolej oleh sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran. Ini adalah menjadi amalan biasa di mana-mana IPT.

    Saya lebih berharap semua pengadu agar meneliti apa yg hendak ditulis dlm blog ini. Amarah dan emosional tidak pernah boleh selesaikan masalah. Jika sdr mempiunyai asas dan cadangan yg kukuh – sekali lagi – saya mempelawa sdr Kesal tampil ke hadapan menyuarakan ketidak puas hatian sdr dlm isu ini.

    Wassalam

  46. assalamualaikum,
    sy minta maaf la klau ia dh dianggap sbagai ugut..sy jg dduk di kolej nie…tp sy cme nk tau knp smpai jd mcm ni?bkn ke kolej harus mnjage kbajikan pelajar?

    maaf…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s