Borang Permohonan Ambilan JULAI/OGOS 2017 Atas-Talian Dibuka Sekarang

Permohonan untuk mengikuti program diploma yang ditawarkan di Kolej UNITI PORT DICKSON (KU PD) untuk semester 1 Ambilan MAC/APRIL, MEI/JUN/JULAI sesi 2017 / 2018 sudah dibuka sekarang untuk semua program.

Banner Web-daftaruniti2017 copy-5

Sila isi butiran maklumat anda di dalam borang di bawah. Sila semak maklumat yang dimasukkan adalah betul, terutamanya nama, nombor telefon, program dipilih dan keputusan peperiksaan SPM anda. Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan tawaran yang diberikan ditarik balik atau dibatalkan serta merta.

Anda akan dihubungi sebaik sahaja permohonan diterima untuk diberi penjelasan lanjut mengenai peluang melanjutkan pengajian di Kolej UNITI.

Adalah diingatkan bahawa pemohon hanya akan diberikan surat tawaran rasmi HANYA setelah pihak kolej mengesahkan kelayakan minima SPM/STPM/Diploma pemohon sebagaimana disyaratkan oleh bahagian akademik fakulti. Justeru, pemohon perlu mengirim salinan sebenar sijil SPM/STPM/Diploma masing-masing apabila diminta oleh pihak Perunding Akademik (EA) kolej.

Terima kasih kerana memilih Kolej UNITI.

Nota :

1) Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan/akreditasi penuh MQA dan JPA KECUALI program baharu yang memerlukan tempoh matang 4 semester – mengikut undang-undang MQA – sebelum boleh dinilai oleh pasukan penilai MQA. Sila rujuk dengan Perunding Akademik yang menghubungi anda untuk kepastian status program yang bakal diikuti.

Anda juga boleh terus menyemak maklumat berkaitan status pengiktirafan program akademik Kolej UNITI di laman sesawang pihak berkuasa yang memantau dan menjaga mutu dan ‘standard’ pendidikan IPTS di negara kita.
– Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)di (http://www.mqa.gov.my/)
– Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di (http://pengiktirafan.jpa.gov.my/)

Jadilah pengguna atau rakyat Malaysia yang tahu mendapatkan maklumat yang betul dan tepat sebelum membuat keputusan muktamad memilih IPTS yang sesuai untuk menawarkan pengajian lanjut pasca SPM/STPM/STAM/Diploma anda kelak.

2) Jika pemohon masih tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak kolej selepas mengirim borang permohonan atas talian ini, sila hubungi CikguBad di talian 011 23380343 (Whatsapp/telefon/SMS) untuk mengetahui status permohonan anda.

Terima kasih kerana bersabar menunggu pengesahan terima permohonan anda.

—————

BACA DAHULU PESANAN BERIKUT SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN INI.

Sebagai panduan umum, pemohon lepasan SPM mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KREDIT untuk memohon program diploma UNITI, atau sekurang-kurangtnya 5 KREDIT untuk memohon program diploma UiTM dan UPM . Justeru semua permohonan dengan kelayakan KURANG 3 KREDIT tidak akan dipertimbangkan. Harap maklum.

Bagi mengetahui kelayakan masuk yang lebih terperinci sila klik di sini.

Ukur kelayakan SPM anda samada mempunyai kelayakan minima 3 kredit (kepujian) atau tidak berdasarkan jadual gred SPM di bawah.

GREDSPM.png

Jika anda ingin mendapatkan nasihat atau rundingan akademik sila klik di pautan ini PERUNDINGAN AKADEMIK.

PENGAMBILAN MASIH TERUS DIBUKA SEKARANG SEHINGGA DIBERITAHU KELAK AKAN PENUTUPANNYA.

————————————————————————————————-

60 comments on “Borang Permohonan Ambilan JULAI/OGOS 2017 Atas-Talian Dibuka Sekarang

    • Salam Nor Hasmira,

      Semua pelajar baru tidak boleh mendaftar secara ‘walk-in’. Proses pendaftaran perlu melalui Perunding Akademik (Education Advisor, EA). Pegawai ini bertanggugjawab menguruskan apa sahaja berkaitan tawaran belajar di Kolej UNITI. Jika Nor Hasmira sudah menghantar borang permohonan online sila PM cikgu di 011 233 80 343 dengan kadar yang segera.

  1. salam…. saya nak bagi tahu yang haritu saya ada hantar permohonan…. tetapi apabila saya telah tekan ‘submit’..baru saya perasan yang saya dalah eja alamat surat menyurat n terletak emogi pada tempat keputusan spm…. adakah saya boleh mendaftar semula

  2. Salam,saya dh isi borang ni then dh tekan submit. adakah permohonan saya telah diproses atau tidak ? jadi mcm mna saya nk tahu permohonan saya ni diterima atau tak?

    • Wa’alaikum salam Anysfatyhah,

      Sila PM cikgu di 011 233 80 343 dengan kadar segera utk mengetahui status permohonan anda.

  3. Saya baru isi borong permohonan, akhir sekali, tekan ‘submit’ , lepas tu selesai ke penghantaran permohonan?

    • Salam sejahtera Beatrice. Ya telah selesai. Ia akan diproses. Harap bersabar ya. Nanti akan ada pegawai Pengambilan Pelajar akan hubungi Beatrice jika layak.

  4. salam cikgu bad,,

    sya memohon melalui online dan membuat pengambilan bulan Mei,,boleh tak kalau saya tukar bulan penggambilan pada bulan Jun?
    Terima kasih cikgu bad

    • W’salam Shamimy,

      Umumnya yuran pengajian bagi kebanyakan program diploma dalaman KU sekitar RM24K untuk tempoh 3 tahun. Bagi program berasaskan sains kejuruteraan yurannya lebih tinggi mencecah RM30-40K.

      Penajaan disediakan oleh PTPTN atau MARA asalkan memenuhi syarat ditetapkan. Penajaan adalah pinjaman bayar balik. Sudah agak lama biasiswa tidak diberikan baik oleh pihak kerajaan melainkan kepada pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian di luarf negara atau U tempatan.

  5. Saya dah hantar..agak-agaknya dalam berapa minggu saya akan dapat balasan daripada pihak berkenaan?? Kalau saya x dapat saya patut hubungi siapa? Thanks..

    • Insya ALlah sedang dalam proses penilaian pihak kami. Jika Athylah masih belum dihubungi sila PM CikguBad di akaun whatsapp 011 23380343 untuk semakan segera.

  6. assalamualaikum…nk ty macam mane nk tukar email sbb saya apply td tp terbagi salah email….so macam mane sy nk tahu permohonan sy diluluskan atau tidak…

    • Wa’alaikum salam Intan,

      In shaa Allah jika sdri mempunyai cukup kredit untuk program diploma Uniti sdri tentu akan ditawarkan. Jika program UiTM atau UPM minima 5 kredit.

    • Salam Sarah,

      Sdri akan dihubungi apabila giliran borang permohonan sdri tiba untuk disemak. Harap dapat bersabar ya Sarah. Jika tiada juga panggilan daripada pegawai kami sila PM saya di 011-23380343 (cikgubad).

    • W’salam Khairul,

      Setiap permohonan yg diterima akan disaring dahulu oleh bahagian pengambilan. Sekiranya didapati layak pemohon akan dihubungi secara personal oleh Perunding Akademik KU. Mohon bersabar ya Khairul.

        • Wa’alaikum salam Asyiqin,

          BI tidak disyaratkan mendapat gred lulus atau kredit untuk memohon DPS. Sila isi borang online dalam blog ini untuk pertimbangan pihak kami,

    • W’salam Nur Hafizah,

      KU tidak menawarkan lagi program ijazah sarjana muda. Setakat ini hanya program diploma sepenuh masa sahaja ditawarkan di kampus induk di PD NSDK.

    • Assalam Amir,

      Gred D ialah gred lulus. Anda boleh memohon asalkan ada 3 kredit SPM untuk program dalaman KU sahaja. Adapun untuk program usahasama dengan UiTM dan UPM anda memerlukan 5 kredit.

    • Salam sdri Betty,

      Jika sdri memohon melalui borang online di blog ini sdri boleh hubungi admin di talian 011-23380343 untuk menyemak status permohonan sdri.

        • Salam Teha,

          Jika sdri telah memohon dan dinilai layak maka sdri akan dihubungi secara personal oleh Perunding Akademik (EA) secepat mungkin. Surat tawaran akan menyusul selepas perundingan selesai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s