Keputusan SPM

5 Tips Paling Penting Apabila Anda Sedang Menunggu Keputusan SPM


Yeay!!! SPM dah habis…Itulah saat keemasan yg dinanti-nantikan pelajar SPM sejak awal Form 5 lagi. Selesai sudah beban SPM yg digendong sampai bergolek2 selama nie. Result bagus atau tak bagus, lagi 3 bulan baru kita tahu. Mesti ‘neves’kan. Sekarang tak perlu difikirkan.

Perkara pertama yg anda nak buat mestilah….KITA ENJOY!!! Nak tidur sepanjang hari, makan sampai puas, online sampai penat, marathon movie. Nak Qada semua benda yang terlepas sepanjang SPM. Tapi semua nie akan rasa seronok bila dalam masa 2 minggu sahaja. Selepas 2 minggu, anda mesti dah rasa bosan. Tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya banyak sangat aktiviti atau perkara yang anda boleh buat. Selain enjoy sepuas-puasnya, apa lagi yang patut anda buat? Meh kami kongsikan kepada anda semua.

1. Buat lesen memandu

Yang sudah melepasi usia 17 tahun, anda sudah boleh mengambil kelas memandu untuk dapatkan lesen memandu kereta kelas D. Bagi yang ingin mengambil lesen membonceng motor, anda dah setahun melepasi had umur minima untuk lesen B dan B2 iaitu 16 tahun.

Lepasan SPM, inilah masa terbaik untuk anda membuat lesen memandu kerana anda mempunyai banyak masa terluang sementara belum memasuki ke mana-mana IPTA atau IPTS .

Nasihat kami ialah cuba dapatkan lesen sebelum memasuki universiti kerana apabila sudah masuk ke universiti, amatlah sukar untuk mencari masa terluang untuk buat lesen. Tambahan pula, anda perlu menghadiri beberapa kursus dan minima jam belajar memandu sebelum layak menduduki ujian JPJ.

2. Sertai kelas penguasaan Bahasa Inggeris.

Di zaman digital ini, kalau anda tak menguasai Bahasa Inggeris, ia merupakan suatu kerugian besar kerana ia akan menyukarkan anda untuk belajar di universiti serta menyusahkan diri untuk mendapatkan kerja tetap setelah tamat pengajian universiti.

Ingatlah, walaupun anda mempunyai sebuah ijazah kelas pertama tetapi jika komunikasi anda dalam Bahasa Inggeris adalah lemah, ia akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru seeloknya juga, anda luangkan sebahagian masa terluang kini untuk mengasah penguasaan Bahasa Inggeris dengan menyertai kelas seperti di British Council .

3. Buat Research

Sekaranglah waktu yang paling sesuai untuk anda TEROKAI kerjaya2 yg wujud di Malaysia ini. Mungkin kebanyakan kita hanya tahu kerjaya-kerjaya yang glamour macam doktor, engineer, arkitek, polis, cikgu dan lain-lain.

Bila terokai bidang kerjaya, perlulah terokai bidang pengajian tinggi pula kan? Kat mana nak sambung pengajian untuk capai kerjaya yang kita kejar tue. Contoh di Kolej UNITI Port Dickson terdapat pelbagai jenis bidang pengajian yang boleh adik-adik ceburi untuk menentukan kerjaya & masa depan.

Boleh klik link http://www.uniti.edu.my/page/182/Programmes/ untuk maklumat lanjut mengenai bidang pengajian di Kolej UNITI ya!

4. Kerja Sambilan

Kenapa perlu kerja?
Pengalaman.
Kumpul Duit.
Jumpa Kawan Baru.

5. Bercuti Tenangkan Fikiran

Berehatlah untuk tenangkan fikiran, mungkin adik-adik boleh request pada parent untuk bercuti kemana-mana sekeluarga. Ataupun adik-adik boleh luangkan masa yang ada dengan melakukan perkara yang adik minat, hobi adik-adik. Waktu menanti result SPM sebenarnya adalah waktu paling kosong dan lapang bagi adik-adik, jadi luangkan masa untuk diri sendiri dengan baik dan bermanfaat.

SEMOGA BERMANFAAT.

Bakal Graduan UNITI – Wajib Baca


Pasaran kerja hari ini menuntut graduan yang kompetitif untuk dipilih menggalas tanggungjawab di tempat kerja atau di lapangan. Antara ciri utama dan menonjol yang sangat genting ialah kemahiran insaniah (soft skills) seperti kebolehan berfikir secara kritis dan kemampuan berkomunikasi. Continue reading

Berita KU Kini di Mana-mana Pun Ada !


Teknologi Maklumat (IT) memudahkan kita berhubung antara satu sama lain. Ia juga menjadi alat paling berkesan untuk berkongsi maklumat, menyebar luas iklan, memberitahu sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku, mengistiharkan sesuatu perkara dan banyak lagi.

Justeru, mengambil peluang ini, Kolej UNITI telah menyediakan dan kini mempelbagaikan lagi saluran untuk tujuan sebagai media maklumat seperti yang dinyatakan di atas agar siswa/i dan warga KU secara amnya dapat berita atau maklumat mengenai peistiwa dan perkembangan yang bersangkutan dengan KU dan yang berkaitan dengannya.

Kini berita dan maklumat tersebut boleh diikuti di jaringan sosial berikut :

Facebook : http://www.facebook.com/kolej.uniti.pd

Twitter : KolejUnitiPD

Blog KU : uniti.wordpress.com

Blog KAJI HEP : kajiuniti.wordpress.com

Laman sesawang : http://www.uniti.edu.my

Ka, administrator jaringan sosial di atas mengharapkan pelajar dapat menjadi ‘follower’ kepada jaringan tersebut dengan melanggan melalui email (untuk blog), klik  ‘like’ (Facebook) dan ‘add’ atau klik ‘follow’ di laman twitter.

Dengan melanggani jaringan sosial ini siswa/i misalnya dapat mengetahui mengenai jadual peperiksaan dan dapat memuaturun jadual tersebut tanpa perlu lagi merujuk ke papan notis, notis pinjaman PTPTN dan MARA dari Unit Kewangan Pelajar dan banyak lagi berita semasa untuk diikuti.

Maklumat kini hanya di hujung jari anda sahaja. Manfaatkanlah kemudahan ini agar anda tidak ketinggalan.

Maklumat dan Pesanan Buat Bakal Graduan DPS


Berikut adalah mesej FB dari Siti Nur Ain Abd Jalil, bekas graduan pertama DPS kepada cikgu. Beliau kini sedang menuntut di Semester 1 di UPSI dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Moga maklumat dan peringatan ini dapat membantu persediaan bakal graduan DPS kelak untuk memohon ke UPSI atau ke IPTA lain yang berkaitan. InsyaALlah.

Bagi yang ingin berhubung dengan Ain, bolehlah ‘add’ FB beliau : Siti Nur Ain

Continue reading

Pendaftaran MUET Akhir Tahun 2010


Berikutan adanya pertanyaan tentang sama ada peperiksaan MUET kali kedua dijalankan di Kolej UNITI pada Oktober 2010 nanti atau tidak, maka suka saya mewar-warkan bahawa – sebagaimana lazim – Kolej UNITI hanya membuka pendaftaran untuk peperiksaan tersebut bagi peperiksaan pertama awal tahun sahaja.

Namun, untuk peperiksaan berikutnya pihak kolej tidak menawarkannya kerana lazimnya jumlah calon adalah realtif kecil dan tidak sesuai untuk Kolej UNITI menjadi pusat peperiksaan.

Continue reading

Tarikh Pendaftaran Semester 1(Julai) Sesi 2010/11 (Kemas kini)


18 Jun 2010

Pelajar DCN/DSK Sem 4 yang sedang menjalani praktikal sekarang HANYA akan mendaftar semester baru mereka pada 9 Ogos nanti. Oleh itu surat panggilan di bawah tidak meliputi pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal.

Surat baru yang berasingan akan dikeluarkan untuk kumpulan pelajar ini.

Harap maklum

Sumber :
Puan Habshah Abd Shaer
Ketua Program DSK dan DCN

—————-

15 Jun 2010

Surat pemberitahuan ini ditujukan kepada semua pelajar lama Kolej UNITI. Pelajar lama ditakrifkan pelajar dari semester 2 dan ke atas untuk semester Julai nanti.

Harap maklum

——————

Berikut adalah tarikh-tarikh pendaftaran untuk semester akan datang mengikut program masing-masing.

Harap maklum.

Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya


Buat semua warga pelajar KU, khasnya pelajar-pelajar baru Kolej UNITI berhentilah sejenak dari aktiviti yang sedang kalian lakukan untuk membaca  ‘warkah’ budi, harapan dan doa – lahir dari nurani seorang ibu yang baru melepaskan anaknya ke jagaan Kolej UNITI.

Saya menerima ‘warkah’ ini hari ini, 14 April yang dikirim sebagai komen ke atas entri saya bertajuk ‘Kolej UNITI (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupakah’ Ia?’ bertarikh 27 April, 2009 dalam blog personal saya. Saya menyalinnya semula di sini untuk dikongsi dengan semua pengunjung blog ini.

Saya juga menyalin reply saya terhadap ‘warkah’ ibu yang bernama Faridah bte Ibrahim ini.

Titipan yang sarat kasih sayang ini begitu luhur maksudnya. Bacalah untuk anda sendiri memahaminya. Kisah ini ada tersuratnya kasih – dari seorang ibu kepada anaknya.

Moderator Blog

Continue reading

Jika Hendak Seribu Daya..


Ada iktibar buat kita semua khasnya pelajar-pelajar Kolej Uniti dari kisah kejayaan Ustazah Halimah Paki mengenggam segulung diploma di hari konvokesyen DPI PJJ Uniti-Perdaus Singapura.

Biarpun berita ini sudah lama, berbulan usianya, namun nilai tersiratnya tetap segar dan relevan sepanjang masa. Sesengah daripada kita patut berasa malu kerana dalam kemudahan dan keselesaan yang ada di persekitaran tempat tinggal kita, kita masih punya alasan untuk tidak beriltizam (committed) untuk belajar.

Benarlah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Betul jugalah bahawa ‘Losers give excuses, winners give answers‘.

Continue reading

Cinta Itu Menakluk


Shakespeare pernah berkata “Love conquers all.” Begitulah kesimpulan ringkas tapi sarat makna dari seorang pujangga silam. Barangkali semua yang berlaku di dunia ini dari dulu hingga ke hari ini berpunca dari cinta.

Dari cinta Adam kepada Hawa hingga lahirlah manusia di dunia kepada cinta era moden kini dalam bentuknya yang pelbagai dan rencam.

Hakikat cinta adalah luas. Ia mempunyai banyak sisi dan maksud. Ia tidak semata-mata terjurus kepada cinta antara lelaki dan perempuan. Cinta juga melekat pada wang ringgit, pangkat kebesaran, keturunan, kebendaan, puji-pujian dan banyak lagi.

Pemahaman kepada falsafah dan kesan cinta menyedarkan kita betapa cinta punca perubahan kepada suatu kehidupan – sama ada maju ke depan atau berpatah balik mundur ke belakang. Apapun cinta membawa definisi baru kepada kehidupan seseorang itu biar bagaimanapun kesannya.

Fokus kali ini memilih tema cinta remaja sesuai dengan konteks pelajar Uniti. Kerana ia suatu yang bersifat semasa, ia sentiasa menjadi isu dan bahan minda yang segar. Apatah lagi bila mengalaminya sendiri penangan cinta ia amat menyeronokkan. Tapi itu adalah permulaan dari sebuah espisod yang akan jadi sangat panjang. Kesudahannya – jika ia tidak dikawal oleh budi dan iman – kehidupan akan menjadi gerhana dan mungkin gelap tanpa sinar bulan dan matahari lagi untuk seluruh baki hayatnya.

Saya ingin mengajak para pelajar Uniti yang masih remaja untuk belajar dari pengalaman orang terdahulu. Pengalaman adalah kebenaran atau realiti. Ia tidak sama dengan novel kerana ia adalah karya kreatif. Walaupun ia nukilan yang cukup berseni namun yang lebih mengajar ialah pengalaman hidup manusia sebagaimana yang tercatat dalam sejarah manusia.

Pengalaman manusia banyak menceritakan kisah indah dan hebatnya percintaan. Kisah ‘Ayat-ayat cinta’ antara kisah yang mengangkat tema cinta yang qudus. Cinta itu menutut keikhlasan dan pengorbanan. Tapi cinta juga mendorong orang mengkhianati manusia lain hanya untuk memiliki cinta.

Kita juga tidak sunyi dari kesah duka lara kerana cinta. Kita tidak mungkin lupa kisah cinta yang sarat derita – Laila Majnun. Cinta dari kisah tragis ini membawa mesej duka. Cinta itu bukan saja mematikan jiwa tapi menuntut korban nyawa.

Bagaimana tajuk posting ini berkait pula dengan pelajar Uniti ? Apakah signifikannya membicarakan isu ini ?

Kaitannya jelas dan kesannya juga jelas. Terbentang di depan mata kita. Walaupun tiada langsung kursus khas tentang cinta tapi semua orang termasuk yang seorang yang lemah akalnya pun tahu apa itu kalimah cinta. Semua orang tanpa kecuali ingin mencintai dan dicintai.

Saya fikir cukuplah sekadar mengingatkan (lagi) para pelajar agar tidak terjebak dalam percintaan semasa belajar. Ini kerana ia adalah antara petanda awal – walaupun tidak mutlak – bahawa pelajar akan gagal dalam akademik atau sekurang-kurangnya tidak mencapai keputusan yang baik dalam ujiannya.

Sebagai insan biasa terutamanya pada usia remaja yang dada penuh gelora kemungkinan untuk pelajar disinggahi perasaan cinta adalah besar. Namun sayangnya cinta itu tidak didorong ialah hati yang luhur dan jernih.

Tidak sukar untuk menelaah sikap dan kecenderungan fitrah ini di kalangan pelajar. Seperti yang selalu saya ‘leterkan’ dalam kuliah bahawa perbuatan, amalan atau gaya hidup itu ada bekas atau tandanya. Lihatnya kepada aksi spontanya pada pertuturan, keterikatannya pada telefon bimbit, bahan perbualan, cara mengisi masa lapang dan banyak lagi boleh disenaraikan. Apabila mendengar perbualan pasangan remaja yang bercinta telinga saya menjadi begitu mual. Apa tidaknya bila si lelaki memanggil teman wanitanya mama; dan yang si perempuan memanggil ‘nyawanya’ pula papa. Inilah bahasa cinta remaja hari ini.

Bagaimana cinta ini menggangu akademik pelajar ?

Psikologi pelajar akan terganggu. Malangnya ia tidak disedari kerana sumber cinta ialah perasaan yang begitu halus. Hadir tapi tidak mudah disedari hinggalah ia sudah menjadi begitu besar. Ketika itulah ia menjelma sebagai cinta yang menakluk!

Apabila jiwa dan hati ditakluki cinta maka berubahlah cara dan agenda kehidupannya. Ini kerana kiblat kehidupan sudah beralih arah. Justeru, mereka yang sedang fana’ dalam alam percintaan yang tidak lagi terkawal ini akan menunjukkan sikap-sikap negatif dalam pembelajarannya.

Contohnya?

Mula ‘tuang’ kelas, kerja atau tugasan tidak siap, mengantuk, tidak lagi menunjukkan minat dalam akademik, kerap memberi alasan, selalu ‘hilang’ dari pandangan kawan-kawan di asrama. Senarai ini panjang sebenarnya.

Akhirnya sikap ini – yang tidak boleh ditegur atau dinasihati kawan – akan ditunjukkan dalam keputusan peperiksaan. Walaupun ada pengecualian kepada pelajar tertentu namun kita perlu akur dan berpegang kepada lumrah atau adat tabiat. Ramai yang kecundang. Hanya segelintir yang berjaya (kelihatannya saja!).

Kepada semua pelajar renungi pesan para pujangga di bawah. Moga masih ada baki budi dan iman untuk rasa insaf. Tanpanya kita tidak akan lagi ada rasa malu untuk memulakan hubungan yang bernafsu. Ia kotor kerana akhirnya ia disaluti noda.

Saya ingin berhenti di sini kerana ruang yang terbatas. Pelajar boleh membaca banyak bahan tentang cinta baik secara objektif atau karya kreatif yang mengupas isu cinta dengan panjang lebar.

Saya hanya ingin untuk kesekian kalinya menitipkan rasa dan nilai insaf dalam diri pelajar. Bukalah hati kerana ia dapat menawan dan mengumpul kekuatan budi. Ia tidak memadai dengan fikiran yang waras. Renungilah.

Cinta itu seperti perang, mudah memulainya (tapi) sangat sulit mengakhirinya.
Munchen

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Tinggal emak tinggal saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
– Pantun Melayu

Kalaupun ada saat yang paling lemah, kalaupun ada yang paling kuat dalam hidup kita ialah saat apabila kita sedang dilamun cinta.
Bonzales

Cumbuan dan pujuk rayu cinta itu bolehlah disamakan dengan candu, menaklukkan segala perasaan, tetapi fana.
Leo Tolstoy

Cinta ialah kegembiraan yang paling manis dan kesedihan yang paling pahit.
Bailey-“Festus”

Lemparkan seseorang yang berbahagia dalam cinta ke dalam laut, dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan seseorang yang menderita dalam cinta ke dalam gudang roti, dia akan mati kelaparan.
Peribahasa Arab

Hasrat pertama para muda remaja yang masih hijau untuk bercinta hanyalah bersifat jasmaniah sahaja.
Goethe

Bahawasanya seorang yang memburu cinta adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. Bertambah diburu bertambah jauh dia lari. Akhirnya tersesat dalam rimba, tak bisa pulang lagi.
Hamka dalam ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wick’.

Moga ada yang akan peduli kepada nasihat ini. Dunia ini boleh bertukar menjadi mimpi ngeri bahkan neraka  kepada mereka yang naif dan tiada lagi sifat malu apabila ditakluki cinta yang hina.

Uniti mempunyai nama baik untuk dipertahankan. Jangan ada lagi yang ingin menconteng arang ke mukanya melainkan anda pelajar yang miskin budi dan imannya.