SYAFIQAH ‘TERBANG’ SOLO DARI KK KE KU PD


Selamat datang Syafiqah Sahinin dan tahniah kerana telah rasmi menjadi siswa baru Kolej UNITI PD untuk ambilan MAC Sesi 2017/18.

Pelajar yang berasal dari Kampung Meninipir Keningau, Sabah ini telah ‘terbang’ bersendirian dari Kota Kinabalu dan mendarat di KLIA pada 14 Mac lalu berbekalkan semangat dan harapan ibu ayah di kampung.

Dengan perasaan bercampur-campur antara takut dan gembira Syafiqah tekad memulakan langkah berani untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah  (DPISR) di kampus Uniti PD, satu daerah yang asing buatnya.

Kami doakan Syafiqah berjaya mengejar cita-citanya dalam bidang yang diminatinya ini. Semoga rahmat beserta taufiq dan hidayah Nya melimpahi kehidupan Syafiqah selama 3 tahun pengajiannya di sini. Amiin

 

 

Advertisements

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEM 2 SESI 2013/14


Jadual peperiksaan akhir bagi program Semester 2 (Januari) Sesi 2013/14 berikut boleh dimuaturun di pautan yang disertakan mulai hari ini.

* Program Dalaman Kolej UNITI (https://app.box.com/s/ivhd0fqeou3d9hbfv6hq)

* DKTM UPM-KU (https://app.box.com/s/am7b39k9m4cv39omvqrm)

* DOSH CUCMS-KU (https://app.box.com/s/2pwx84u99ys0414j2c2v)

Pelajar dinasihatkan agar tidak memuaturun jadual peperiksaan lama (semester lalu) yang masih tersimpan di dalam Box Kolej UNITI bagi mengelakkan kekeliruan.

 

Harap maklum.

 

Unit Peperiksaan Kolej UNITI

 

PINDAAN TERKINI JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM UNITI SEM JULAI SESI 2013/14


Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan ke atas Jadual Peperiksaan Akhir Program UNITI sem Julai Sesi 2013/14 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pelajar dan pensyarah dikehendaki menyemak semula jadual terkini ini bagi mengelakkan berlaku kesilapan tarikh, masa dan tempat serta jadual pengawasan peperiksaan.

Jadual terkini boleh dimuaturun di sini.

 

En Azhar Zunaidak
Pen Pendaftar Akademik

Majlis Ikrar Pelajar Baru Kolej UNITI Ambilan Mei 2013


Majlis Ikrar Pelajar Baru Kolej UNITI (Ambilan Mei) telah berlangsung  pada Ahad, 19 Mei 2013 di Dewan Zaaba. Majlis ini yang merupakan acara tradisi bagi pelajar baru Kolej UNITI telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa KU sebagai kemuncak Program Ta’aruf 1.

Semoga pelajar-pelajar baru KU ini bakal menjadi modal insan yang cemerlang kelak dalam disiplin ilmu masing-masing untuk menggalas amanah agama, bangsa dan tanah air yang bertuah ini.

Aameen.

 

DSC_6167_resize

DSC_6172_resize

 

Continue reading