Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS)

Assalamu’alaikum wrm wbt pelajar DPS Uniti,

Laman ini disediakan khusus untuk paparan informasi selain daripada menjadi platform atau medium untuk pertukaran dan perkongsian idea sesama warga DPS dengan Ketua Program DPS, iaitu En Zakri Md Zain (sebelum ini cikgubad). Pelajar juga digalakkan mengajukan soalan atau pandangan berkaitan dengan pengajian DPS. Lagi kritis lagi baik!

Segala informasi dan idea akan dipaparkan dalam sub-laman di bawah Laman DPS ini.

Selamat  memanfaatkan ruangan ini.

546 comments on “Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS)

  1. jika kita sudah mempunyai diploma pendidikan pra sekolah…adakah boleh untuk menubuhkan sebuah nursery hanya berbekalkn diploma itu?

  2. salam Cikgu,
    Saya Man, dari KL. saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk memberi pandangan tentang kebaikan serta ‘good side of having male teacher in early childhood education’. saya juga ingin memohon kerjasama daripada cikgu untuk mendapatkan gambaran (statistik) sebenar tentang guru lelaki di prasekolah di Malaysia terutama tentang isu dan cabaran yang dihadapi oleh mereka. apapun, usaha murni cikgu dalam memperjuangkan anak bangsa saya salute dan syabas. sekian

    • ‘Alaikasalam Mann,

      Soalan dan isu yang menarik dari sdr. Namun saya mohon maaf kerana tidak memenuhi harapan sdr kerana ia memerlukan ketelitian dan penekunan seorang pengkaji.

      Mengenai statistik guru lelaki pra-sekolah ia boleh didapati dari pihak berkuasa seperti Kementerian Pelajaran dan pengendali tadika swasta.

      Oleh kerana saya bukan dalam bidang pendidikan pra-sekolah (hanya pernah menjadi ketua program pra-sekolah utk tempoh yang singkat) tidak ada keperluan utk saya mempunyai maklumat spt itu.

      Saya percaya sdr mempunyai cukup kemampuan kendiri utk mencari maklumat seperti itu.

      Selamat mencari maklumat Man.

  3. salam cg bad, ingt ita lg x?mane gmbr kngn dgn cg bad dulu yer? cg bad ltk kt mane? nk wt kngn hehe. lama dh x follow pkmbgn bdk2 dps. rindu kt dorg semua.

    • ‘Alaikisalam cikgu Norlita,

      Saya sihat alhamdulillah. Cuma saya sedang bercuti sempena cuti sekolah sekarang. Maklumlah isteri saya guru sekolah menengah kerajaan.

      Moga cikgu juga sedang ‘enjoy’ bercuti di sisi famili ketika ini.

      Terima kasih kerana menawarkan peluang kerjaya buat pelajar saya. Namun, utk makluman cikgu pelajar saya masih belum lagi bergraduat. Paling senior baru nak masuk sem 5 sem akan datang. Tapi saya akan war2kan juga kepada pelajar saya kelak mengenai tawaran ini sbg motivasi utk mereka berjaya dalam pengajian mereka. Buat masa ini semua pelajar saya sedang bercuti sem.

      Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada cikgu Norlita di atas jasa baik cikgu. InysaALlah kita akan dapat mewujudkan jaringan atau komuniti pra-sekolah yang baik suatu masa nanti. Amin

      Wassalam

    • ‘Alaikisalam Eta,

      Ingat lagi insyaALlah. Gambar tu ada di blog cikgubad yang asal (sila klik).

      Bagaimana sekarang ? Seronokkan mengajar pra-sekolah? Mar ada juga bertanya khabar dan berkongsi cerita dia yang dah jadi orang penting di PPD Batu Pahat. Ali dan Barb tak da pula dengar cerita.

      Oklah Eta. Cikgu doakan moga berjaya dalam kerjaya yang jadi pilihan Eta ni. Amin

  4. salam…
    saya nak ambil diploma pendidikan awal kanak2 julai ni…selama 2tahun setengah..
    so…
    lepas tamat diploma pendidikan awal kanak2 nnt, boleh x saya ambil ijazah pendidikan?sbb sy x berapa berminat jadi guru tadika..sy lebih berminat nak jadi guru sekolah rendah atau menengah…harap boleh bg sikit penjelasan….
    tq…

    • Salam Myra,

      Teknik pemikiran secara konvensional seperti pemikiran biasa selalunya mengajar berfikir secara simplistik atau mudah. Ia dikaitkan dengan pemikiran yang pasif dan pemikiran dalam kotak.

      Kesan pengajaran teknik berfikir secara konvensional menjadikan pelajar juga pasif, introvert, berfikir sehala, tidak kritis dan kreatif.

      Untuk membantu sdri memahami pemikiran yang berlawanan dgn konvensional atau di luar kotak, saya kongsikan dgn sdri satu bahan dari sebuah forum di internet. Cuma ia ditulis dalam bahasa Indonesia.

      “Sebuah kelas yang dipenuhi oleh murid berumur 10 tahun diminta menyelesaikan sebuah masalah, yaitu bagaimana mengatasi murid-murid yang menyebrang jalan. Banyak masukan yang diperoleh, masukan tersebut umumnya telah berhasil dijalankan ditempat lain, seperti: lampu merah, zebra cross, jaket yang memiliki warna mencolok, dan pembatasan kecepatan.

      Ide-ide ini sangat biasa dan kuno, sebenarnya itu apalah yang sudah ditunggu-tunggu oleh sang guru. Kecuali satu hal, seorang murid mengatakan kepada pihak sekolah untuk menjual semua properti sekolah termasuk gedungnya, untuk kemudian membuat kelas-kelas online. Ini adalah sesuatu yang tidak diharapkan didengar oleh sang guru.

      Ide tersebut bukan ide yang masuk akal, populer, dan bisa dijalankan, tapi saat ide tersebut diekspresikan, itu adalah satu-satunya buah pikiran independen yang dihasilkan.

      Pikiran independen tidak harus populer, tapi yang pasti itu tidak ternilai dan sangat langka. Tidak ada sesuatu hal dikoran dan ditelevisi adalah hal yang independen. Apa yang diberitakan media biasanya adalah hal-hal yang konvensional. Pemikian konvensional membuat kita maju secara teratur, tetapi pemikiran independen dapat membuat kita melompat lebih jauh.

      Secara logika, saat kita memiliki pemikiran yang dimiliki oleh orang lain, apa yang akan kita peroleh hanyalah apa yang sudah mereka dapatkan. Sudah sepantaskan nya bagi kita untuk melewati apa yang pernah dicapai oleh orang lain. Tapi untuk itu kita harus berbeda dari pemikiran konvensional.

      Ada 5 strategi untuk membangun cara pikir yang independen.

      1. Lepaskan diri anda dari sumber-sumber pemikiran konvensional
      Daripada menonton TV, bermain komputer, membaca buku, atau pergi ke perpustakaan mencari jawaban, cobalah untuk sejenak berpikir tentang diri anda. Tanpa menghilangkan keberadaan anda dari dunia, anda dapat meningkatkan kapasitas untuk berpikir secara independen dengan cara membatasi pemikiran konvensional yang anda terima. Ini berarti mengurangi media yang anda biasa konsumsi. Menjadi independen bukan berarti menentang segala hal, tapi hanya sekedar menolak status quo.

      2. Tenggelamkan diri anda pada sebuah pengalaman yang membuat anda menolak pandangan anda saat ini.
      Selain mengganti pemikiran lama dengan yang baru, cobalah cari sebuah pengalaman yang dapat menentang pemikiran anda saat ini. Pengalaman ini dapat berupa belajar sebuah kebudayaan baru atau menolak sebuah artikel. Intinya bukanlah mengikuti pemikiran yang baru, tapi coba menggangu pola pemikiran yang lama.

      3. Amati perkembangan anda dari sebuah jarak
      Meninggalkan kehidupan normal anda dapat membrikan anda kebebasan untuk melihat permasalahan dari sudut pandang berbeda. Mengamati dunia dibandingkan dengan menerima segala sesuatunya memberikan anda sebuah kedamaian pikiran. Berdiri teguh pada pendirian anda memberi anda kesempatan untuk menikmati kehidupan anda dan menjelajahi sudut pandang baru.

      4. Acaklah indera anda
      Daripada mengunjungi tempat yang sama, memakan makanan yang sama, berbicara pada orang yang sama, anda dapat secara aktif mengalami sesuatu yang baru. Banyak orang yang tetap berpegangan pada hal-hal yang telah diketahuinya dan menciptakan rasa aman. Jika anda ingin berpikir independen, segera keluar dari zona nyaman anda.

      5. Melatih ketidakpercayaan
      Tanpa menjadi seorang sinis, cobalah untuk membangun kebiasaan yang menentang cara berpikir konvensional. Kalau anda terbiasa menilai pemikiran konvensional sebagai kebenaran, cobalah kali ini menunda kebenaran tersebut sampai anda menemukan bukti bahwa itu benar. Kalau ini semua anda rasa berat, cobalah memikirkan apa yang anda dapatkan dengan berpkir independen. Bahkan sesuatu yang sangat kecil tapi independen akan memberikan manfaat kepada dunia. Anda akan melihat kesempatan dan solusi yang dicari oleh orang banyak. Nada akan memiliki keunggulan kompetitif dibandingkan para pemikir konvensional. Dan yang paling penting pemikiran anda adalah murni milik anda, bukan hasil olahan media masa.

      Berpikirlah independen dan anda akan menemukan sebuah dunia dengan banyak sekali kesempatan. Tapi jangan ambil pemikiran saya… carilah pemikiran anda sendiri.”

      Wallahu a’lam

  5. Saya cuti pun duk rumah je cikgu norlita. Lepaskan lelah dulu sebelum nak pergi jalan-jalan. Jadi tidak apa yg seronok sangat pun bila saya bercuti.

    Apapun melihat aktiviti cikgu yg banyak dan tidak surut2 tu saya jadi ‘cemburu’ pula. Cikgu Norlita memang energitic orangnya. Tahniah saya ucapkan. Sahlah pendidikan awal kanak-kanak adalah kerjaya yg secocok dengan minat dan ‘passion’ cikgu selama ini. Beruntung industri ini mendapat guru segigih cikgu Norlita.

    Tentang tawaran bantuan ikhlas dari cikgu tu insyaALlah saya akan ‘minta’ bila masanya tiba kelak. Mungkin yg terfikir sekarang ialah utk menghantar pelajar DPS Uniti buat latihan praktikal di tadika cikgu satu hari nanti.

    Cikgu Norlita teruskan usaha mendidik dan mencambahkan lagi kebaikan yg ada ke khalayak yg lebih ramai di kalangan anak-anak bangsa kita. Saya doakan cikgu Norlita berjaya.

    Amin ya rabb

  6. Wah! Seronoknya dengar org bercuti. Tiada istilah cuti dalam kerjaya saya skrg ni. Cuti sekolahlah saya paling sebok. Walaupun Tadika cuti, tapi Taska iaitu tempat asuhan anak2 dari umur 2 bulan hingga 12 tahun masih perlu di buka utk ibu2 yg bekerja. Jadi saya perlu mengisi masa anak2 yg cuti sekolah dgn aktiviti yg barfaedah. Kalau x, boleh roboh Taska saya tu dikerjakan oleh anak2 ini.

    Minggu lepas, saya bawa mereka ke Tadika utk kelas penyediaan makanan dan kelas lukisan. Dapatlah mereka makan muffin, piza, biskut, kek dan roti hasil tangan mereka sendiri. Minggu ni, aktiviti mereka hanya tertumpu pada aktivti bacaan dan penulisan. Kesian anak ini, masa cuti sekolah mereka tidak dapat menikmati aktiviti2 mcm anak2 di kampung. Di KL ni,persekitarannya adalah sangat tidak sesuai utk mereka membesar. Minggu ini pula, saya sebok sgt bermesyuarat dgn pihak Galeri Shah Alam utk persediaan hujung tahun iaitu graduation day kanak2 Tadika Seni & Kreatif yg pertama. Kami juga akan menganjurkan Pertandingan lukisan kanak2 Tadika bagi seluruh negeri selangor dan juga akan menganjurkan bengkel art and craft utk guru2 Tadika. Banyak perkara yang perlu saya bereskan. Doakanlah kejayaan saya. Jika cikgu perlukan apa2 yg mampu saya tolong, beritahu saja, Insyaalah saya akan cuba utk menolong sekadar yg saya mampu.

  7. Assalamualaikum cikgu Bad. Apa khabar? Saya harap cikgu sihat selalu ya.

    Di sini, ingin saya maklumkan jika sesiapa berminat untuk mengisi jawatan Guru Tadika di Klang Selangor iaitu Tadika Islam Bahagia.
    Sila hubungi Puan Badariah di talian 019 3855229.

    Terima kasih.

    • ‘Alaikisalam Niena,

      Pertamanya terima kasih kerana sudi menziarahi blog cikgu yang tidak sepertinya ini. Soalan sdri menjadi petanda bahawa sdri mempunyai minat dan cita-cita yang mendalam dalam bidang pendidikan pra-sekolah. Syabas saya ucapkan. Barangkali tidak ramai pelajar yang mempunyai senarai FAQs ini kerana pembelajaran yang masih kekal pasif walaupun sudah berada di tahap diploma.

      Namun cikgu ingin mohon maaf kerana cikgu sendiri tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat yang mendalam mengenai perkara yang ditanyakan Niena. Cikgu sarankan Niena cuba layari internet yang sarat maklumat termasuk web atau blog mengenai pendidikan pra-sekolah. Seorang pakar pendidikan, Arthur Gutter mengatakan “One who learns by finding out (by himself) has sevenfold the skill of the one who learned by being told.” Pasti penemuan Niena lebih membawa makna.

      Cikgu hanya memberi jwpn ringkas terhadap soalan Niena. Setau cikgu silibus DPS kita lebih tinggi daripada PERMATA kerana tarafnya diploma. Sebagai motivasi cikgu salinkan satu maklumat penting dari laman web PERMATA.

      6. Apakah kelayakan guru-guru Pusat Anak PERMATA Negara? Guru di PAPN dikenali sebagai Pendidik PERMATA. Mereka terdiri daripada lepasan ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang tetapi diutamakan kepada mereka yang mempunyai latar belakang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia selain daripada STPM dan SPM. Mereka kemudiaannya wajib mengikuti Kursus Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA).

      Adapun soaaln berikutnya, perbezaan wujud dari segi penganjurnya, matlamat penubuhannya samada berasaskan kebangsaan (KEMAS) atau agama (PASTI), pendekatan pengajaran, dan lain-lain.

      Soalan ketiga, PERMATA adalah projek di bawah Jab Perdana Menteri. Justeru, peruntukan dan kelebihan besar daripada kerajaan agak ketara bagi menjayakannya. Baru-baru ini PERMATA telah mendapat momentum baru apabila pihak kerajaan akan meluaskan PERMATA ke seluruh negara setelah berjalan sebagai projek pilot di beberapa tempat yg tertntu yg dipilih penaja. Jadi dengan ciri2 ‘hebat’ itu PErMATA akan ‘bersaing’ dengan KEMAS, PASTi dll.

      Akan tetapi Niena jgn bimbang sebab permintaan pendidikan pra-sekolah akan terus meningkat setiap tahun. Justeru, peluang untuk bekerja dlm bidang ini adalah cerah – samada sektor awam atau swasta.

      Harap jwpn ringkas ini memberi sedikit sbnyak gambaran ttg ‘industri’ pra-sekolah di tanah air kita.

      Wallahua’lam

      Peringgit

  8. aslmlkm ckgu bad..saya ni lpasan spm dan skrg mendapat tmpt di matrikulasi..saya mendapat tawaran belaja di upsi untuk diploma pend awal kank2..sudh menjdi cita2 sy mjdi seorg pensyarh..tetapi sy dlm dilema untuk mnrima twrn upsi ataupun trus stay di matrik…boleh x ckgu bad bg opinion dmana harus sy tuju?

  9. Salam..
    Sy berminat untuk menjadi cikgu utk tadika kemas ni…tp xtau mcm mana nak apply.
    Kalau boleh nak apply di bhgian sberang perai,pulau pinang..
    plzz help me regarding this.

  10. assalamualaikum cikgu

    disini sy ingin bertanya tentang diploma pendidikan prasekolah..adakah kos pendidikan prasekolah di uniti port dickson telah diiktiraf MQA/LAN??bgaimana peluang pekerjaan??bgaimana nk sambung ijazahdi ipta/ipts jika kos PDS tak diiktifaf MQA/LAN??

  11. Salam..cikgu bad.Saya merupakan pelajar lepasan STPM yg sudah berumur 21 tahun dan tidak pernah melanjutkan pelajarn IPTS/IPTA.Pada penghujung minggu ini,saya bakal memasuki kolej UNITI dlm bdg DPS.Namun,saya msh dalam ragu2 sama ada keputusan yang sy ambil ini adlh yang terbaik.Sy meminati bdg ini namun mendapat bantahan ahli keluarga kerana mereka berpendapat bahawa bdg ini tidak menjamin ms depan yg cerah dan hny membuang masa.Mereka ingin sy mengambil bdg yg berkaitan dgn komputer tetapi sy krg bermint.Saya telah membaca komen2 cikgu sebelum ini namun saya masih jg ragu dgn kptsn.Adkh sy perlu menolak twrn ini dan mengikuti saranan keluarga?

  12. salam cg bad..kenal x??? hehehehe student ga-3
    sebelum nak jwab exam mpw nie,saya n aida nak memohon maaf jika ada tersalah bhsa,terguris prasaan atau tdk fokus smsa PnP berlangsung…doakan kejayaan kami n kalau boleh nak tengok keputusan kumulatif kami boleh x?? hehehe
    ma’assalamah…

  13. salam cikgu,

    sy student ipgm kampus tg. ampuan afzan kuala lipis. dalam semester ini sy mempelajari ttg pembelajaran awal sains prasekolah. sy kurang faham mengenai pengintergrasian pelajaran awal sains dan penggunaan pendekatan projek dalam memperkenalkan sains kepada kanak-kanak. sudah byk kali sy cuba cari di internet dn buku. tp masih xjmpe. harap cikgu boleh bantu sy. terima kasih =)

  14. Assalamualikum cikgu bad.

    Izinkan saya menggunakan ruang ini utk respon kepada saudari Nor Afiza.

    Salam perkenalan Adik Nor Afiza. Sebagai seorang kakak dan seorang yang mempunyai sedikit pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak, saya ingin bertanya kepada adik, adakah adik benar2 berminat ataupun hanya ingin mengisi ruang kosong dalam diri? Sekiranya tidak berminat utk menjadi pendidik, lebih2 lagi kanak2, usah buang masa. Sekiranya tidak tahu utk memilih kerjaya yang mana, inilah nasihat kakak.

    Kita tidak akan tahu sesuatu perkara itu, sehinggalah kita mencubanya. Adik boleh mulakan pencarian dengan membuat lawatan ke tadika2 yang berdekatan. Duduklah di Tadika tersebut sebagai sukarelawan dan bergaul mesra dengan kanak2. Cubalah selama 2 atau 3 hari. Sekiranya adik merasa tidak sabar utk berjumpa dgn kanak2 ini dan mereka juga senang dengan kehadiran adik, bermakna inilah bidang yang sesuai dengan adik.

    Pendidikan awal kanak2 ini sekarang telah mengalami perkembangan yang pesat. Peluang pekerjaan juga terbentang luas. Contohnya di Tadika saya, guru2 yg saya ambil bekerja, tidak seorang pun mempunyai kelulusan pendidikan awal kanak2. Saya ingin sekali sekiranya dapat peluang mempunyai guru dalam bidang ini. Tetapi malangnya…., saya pernah menemuduga beberapa calon, tetapi mereka terlalu takut dan tidak mempunyai keyakinan diri. Untuk pengetahuan adik, guru2 yang saya ambil bekerja, haruslah sekurang2nya mempunyai Diploma. Kerana pada saya, ilmu sangat penting. Saya tidak mahu ibubapa memandang rendah kedudukan guru tadika. Dan insyaallah saya menawarkan gaji yang setimpal dengan kelulusan yg mereka ada dengan syarat, mereka harus committed dengan tugasan yang saya berikan.

    Jangan adik merasakan bidang ini tiada masa depan. Saya sendiri menawarkan kepada guru saya yang setia dan terbaik utk menjadi pengetua dan rakan kongsi agar mereka boleh belajar utk menjadi peniaga. Ini adalah satu bidang yang sangat luas kerana pencarian ilmu itu tiada kesudahannya.

    Saya berharap respon dari saya ini dpt membantu mencari kerjaya yg paling sesuai buat adik.

    Sekian, terima kasih

  15. salam :)
    cikgu..
    saya adalah lepasan spm.
    saya telah memohon jurusan pendidikan awal knk2 di unitar.Namun,sy kurang arif dlm bidang ini.Ingin sy btanya..apakah prospek pekerjaan itu luas dlm bidang ini?selain guru tadika,apakah kerja yg boleh sy ceburi?

  16. Selamat sejahtera, ckg bad.

    Saya ingin tanya sedikit sebanyak informasi tentang program diploma pendidikan awal kanak-kanak di UPSI. Saya ingin tahu tempoh pembelajaran program ini dan kemudahan yang dapat saya peroleh jika saya telah mendapat diploma dalam program ini. Saya juga ingin tahu tentang gaji minima bagi kerjaya ini. Saya harap ckg dapat bantu saya untuk memilih program ini jikalau program pendidikan awal kanak-kanak boleh menjamin masa depan saya yang cerah.

    Terima kasih.

  17. assalamualaikum ckg bad,trima kasih atas mklmt ckg bad, mngkn dlm sbln akn dtg sy dh brda di uniti mngkti DPS .trima kasih ckg bad.

  18. Assalamualaikum cikgu Bad.

    Terima kasih atas balasan cikgu. Saya begitu teruja dgn kata-kata cikgu.

    Orang sains rupanya cikgu ni, tapi x pe, saya sendiri pun dulunya tidak pernah didedahkan dengan pendidikan awal kanak2 ini. Even I never have any kids on my own.

    Saya mula merasa terpanggil untuk mendalami ilmu ini, apabila saya melihat anak-anak saudara saya lahir ke dunia dan saya terfikir apa akan jadi pada mereka ini jika kita tersilap mewarnakan mereka. Saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk cuba menghindarkan mereka dari anasir-anasir yang tidak diperlukan.

    Taska saya bermula dengan 6 orang anak saudara saya yang lebih kurang sama usianya dan bermula tahun 2000 saya mengikuti apa sahaja kursus perkembangan awal kanak-kanak hingga sekarang, saya masih lagi belajar. Saya rasa inilah hidup saya. Selama ini saya mencari-cari apa yang saya inginkan di dunia ini. Selepas SPM tahun 1988 saya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke uitm dalam bidang sains kesetiusahaan tapi, saya tidak pernah bekerja sebagai setiausaha. Saya lansung tidak berminat. Saya terperangkap dalam diri saya sendiri. Saya cuma sempat bekerja sebagai kerani akaun selama 3 tahun dan selepas itu saya menjual nasi lemak dan nasi campur selama 7 tahun. Saya sangat berjaya ketika itu, namun sampai satu tahap saya merasa, ini bukan kerjaya yang saya inginkan.

    Sekarang saya bersyukur ke hadrat ilahi. Allah telah temukan apa yang saya cari selama ini, walaupun pulangannya tidak seberapa, tapi keberkatan yang Allah berikan sangat luar biasa.

    Saya meminta agar cikgu dapat menyampaikan kepada semua anak murid cikgu, jika mereka memilih bidang ini, pilihlah kerana minat. Bukan kerana kursus ini sahaja yang layak untuk mereka pohon berdasarkan kelayakan minimum 3 kredit.
    Usah buang masa jika ini bukan bidang mereka. Jika masih mencari apakah kerjaya yang ingin mereka ceburi, buatlah semua kerja dengan ikhlas dan bersungguh, insaallah pasti Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita.

    Sekian terima kasih

  19. Assalamualaikum cikgu Bad.
    Izin kan saya perkenalkan diri, Saya Norlita Abu Seman, seorang pengusaha Taska dan Tadika sejak 8 tahun yang lalu. Bermula Januari 2009, saya telah pun menubuhkan sebuah tadika iaitu, Tadika Seni & Kreatif. Ianya adalah tadika yang menjalankan 80% aktiviti pembelajarannya berteraskan seni, iaitu seni visual, seni persembahan, seni hiasan, kraf, origami, jahitan dll. Saya banyak menggunakan kaedah stimulasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

    Saya sangat berharap masa akan datang, kita akan dapat bertukar-tukar pandangan mengenai pendidikan awal kanak-kanak ini.

    Sekian, terima kasih

    • assalamualaikum????????//puan norlitta,,,saya majdiah bt hashim,,,,saya sekarang ini sedang mengajar disalah sebuah tadika swasta,,,saya berminat utk menyambung dalam bidang pendidikan pra sekolah,,,,tapi saya ragu2,,,krn saya hanya mempunyai 2 kredit,,,,,tapi thn nie saya cuba mengambil kertas elektif,,,,,bukan teras,,,,,saya rasa macam putus asa,,,,,,kalu boleh puan berikan no tel puan utk saya hubungi,,terima kasih

      • Wa’alaikum salam Majdiah,

        Mohon sdri merujuk terus kpd Pn Norlita sendiri utk tujuan yg dimaksudkan kerana blog ini tidak dipautkan kepada laman sosial beliau atau tadika beliau.

        Harap maaf dan maklum.

  20. Syukran ckg bad,akalau sy dpt sy nk wat pnjmn MARA ,dlm syrt2 MARA dia nk srt twrn,mn sy nk dpt srt twrn 2?pas 2 cmne nk wat krngn cm yg MARA mntk ,bleh x ckg bad bg cnth sy x de pnglmn, adk brdk yg lain x pki MARA , so x de yg tau,maaf mnyshkn ckg , bleh ckg bg nmbr h/p sesape yg sy blek cntct utk brtnya psal srt twrn 2? maaf pasal bnyk sngt tnya .

  21. Syukran ya ckg bad,masalah nye saya x tau sape yg call saya,dkt syrt pnjmn MARA 2 dia nk srt twrn&krngn mngnai prihl diri sndiri.1st sy nk tnya kan dia hbngi sy dgn call cmne nk ada srt twrn dan cmne nk buat krngn tu sy x der pnglmn,tq ckg bad utk mklm bls ckg .sukran jazilan ya ustaz.

  22. assalamualaikum ckg bad, saya plaja lpsn spm 2008,bbrpa hr yg lalu ada pihakdari uniti mbrthu sy yg sy dtwrkn DPS ,bgmn dngn tmpt tnggl,pngnktndi uniti? andakata sy ditrima di uniti, bgmn dgn yuran pngjian ?sy dh pnng nk fkr, dan sy dbrthu agr prgi ke pssawam sg besar ,mngkn tklmt dari uniti,tapi dia kata wang prmhnn sbnyk 100 rnggt biar btl!!! ok lah sampai sini je dulu, sy hrp ckg bad dpt reply dan trngkn semua mngenai pngmbln plajar di uniti, & syrt2nyer.

  23. Assalamualaikum WBT

    Cikgu Bad,saya merupakan pelajar lepasan SPM/V yang sdh berumur 20 tahun tetapi tidak pernah melanjutkan di mana2 tmpt pgajian lagi. Hari ini sy masuk ke web Kolej Uniti dan akhirnya berminat utk memohon dalam diploma pendidikan Prasekolah. Saya telah membuat permohonan online dan skrg sdg menunggu panggilan tawaran.Tapi,apa yang mengelirukan sy,sy juga berminat dalam bidang psikologi dan telah mendapat tawaran dr Kolej di selangor dlm Dploma psikologi. Saya buntu sgt kerana dua2 bidang tersebut mpunyai byk kebaikan dan juga kekurangan. Jadi sy mahu menanyakan pendapat Cikgu Bad?dan jikalau sy mengambil Dip Pnddikan prasekolah,adakah degree sy blh memohon degree dlm psikologi pula?

  24. assalamualaikum..hai cikgu bad…saya ex student uniti pada jun 2007..masa tu saya amik pra perdagangan..dah habis pun 1 sem…tapi kan result exam saya tak amik lagi la…saya leh x amik result 2 skg or akan datang..ataupun cousin sy yang blaja kat cna amikkan

  25. salam,
    cikgu,persoalan saya sama dengan persoalan azira,myra dan victoria..
    maaf kerana saya masih x faham bahan/ulasan yg cikgu beri..
    boleh x kalau cikgu beri maksud teknik berfikir secara konvensional?????

  26. Hai Victoria, Azira dan juga yang lain,

    Soalan sdri berdua pernah saya jawab pada 16 Januari lalu untuk seorang pembaca blog saya iaitu sdri Myra. Mungkin sdri berdua dari program yang sama.

    Pemikiran konvensional adalah tidak lagi sesuai untuk sebuah masyarakat moden. Ia menyekat kreativiti dan menumpulkan kekuatan pemikiran yang kritis terhadap sebarang idea baru.

    Untuk penelitian lanjut saya salin semula jawapan saya kepada sdri Myra untuk pemahaman sdri berdua pula.

    Cuba aplikasikan pemahaman sdri terhadap bahan berikut untuk menjawab soalan sdri.

    Moga ia membantu.

    ————-
    Salam Myra,

    Teknik pemikiran secara konvensional seperti pemikiran biasa selalunya mengajar berfikir secara simplistik atau mudah. Ia dikaitkan dengan pemikiran yang pasif dan pemikiran dalam kotak.

    Kesan pengajaran teknik berfikir secara konvensional menjadikan pelajar juga pasif, introvert, berfikir sehala, tidak kritis dan kreatif.

    Untuk membantu sdri memahami pemikiran yang berlawanan dgn konvensional atau di luar kotak, saya kongsikan dgn sdri satu bahan dari sebuah forum di internet. Cuma ia ditulis dalam bahasa Indonesia.

    “Sebuah kelas yang dipenuhi oleh murid berumur 10 tahun diminta menyelesaikan sebuah masalah, yaitu bagaimana mengatasi murid-murid yang menyebrang jalan. Banyak masukan yang diperoleh, masukan tersebut umumnya telah berhasil dijalankan ditempat lain, seperti: lampu merah, zebra cross, jaket yang memiliki warna mencolok, dan pembatasan kecepatan.

    Ide-ide ini sangat biasa dan kuno, sebenarnya itu apalah yang sudah ditunggu-tunggu oleh sang guru. Kecuali satu hal, seorang murid mengatakan kepada pihak sekolah untuk menjual semua properti sekolah termasuk gedungnya, untuk kemudian membuat kelas-kelas online. Ini adalah sesuatu yang tidak diharapkan didengar oleh sang guru.

    Ide tersebut bukan ide yang masuk akal, populer, dan bisa dijalankan, tapi saat ide tersebut diekspresikan, itu adalah satu-satunya buah pikiran independen yang dihasilkan.

    Pikiran independen tidak harus populer, tapi yang pasti itu tidak ternilai dan sangat langka. Tidak ada sesuatu hal dikoran dan ditelevisi adalah hal yang independen. Apa yang diberitakan media biasanya adalah hal-hal yang konvensional. Pemikian konvensional membuat kita maju secara teratur, tetapi pemikiran independen dapat membuat kita melompat lebih jauh.

    Secara logika, saat kita memiliki pemikiran yang dimiliki oleh orang lain, apa yang akan kita peroleh hanyalah apa yang sudah mereka dapatkan. Sudah sepantaskan nya bagi kita untuk melewati apa yang pernah dicapai oleh orang lain. Tapi untuk itu kita harus berbeda dari pemikiran konvensional.

    Ada 5 strategi untuk membangun cara pikir yang independen.

    1. Lepaskan diri anda dari sumber-sumber pemikiran konvensional
    Daripada menonton TV, bermain komputer, membaca buku, atau pergi ke perpustakaan mencari jawaban, cobalah untuk sejenak berpikir tentang diri anda. Tanpa menghilangkan keberadaan anda dari dunia, anda dapat meningkatkan kapasitas untuk berpikir secara independen dengan cara membatasi pemikiran konvensional yang anda terima. Ini berarti mengurangi media yang anda biasa konsumsi. Menjadi independen bukan berarti menentang segala hal, tapi hanya sekedar menolak status quo.

    2. Tenggelamkan diri anda pada sebuah pengalaman yang membuat anda menolak pandangan anda saat ini.
    Selain mengganti pemikiran lama dengan yang baru, cobalah cari sebuah pengalaman yang dapat menentang pemikiran anda saat ini. Pengalaman ini dapat berupa belajar sebuah kebudayaan baru atau menolak sebuah artikel. Intinya bukanlah mengikuti pemikiran yang baru, tapi coba menggangu pola pemikiran yang lama.

    3. Amati perkembangan anda dari sebuah jarak
    Meninggalkan kehidupan normal anda dapat membrikan anda kebebasan untuk melihat permasalahan dari sudut pandang berbeda. Mengamati dunia dibandingkan dengan menerima segala sesuatunya memberikan anda sebuah kedamaian pikiran. Berdiri teguh pada pendirian anda memberi anda kesempatan untuk menikmati kehidupan anda dan menjelajahi sudut pandang baru.

    4. Acaklah indera anda
    Daripada mengunjungi tempat yang sama, memakan makanan yang sama, berbicara pada orang yang sama, anda dapat secara aktif mengalami sesuatu yang baru. Banyak orang yang tetap berpegangan pada hal-hal yang telah diketahuinya dan menciptakan rasa aman. Jika anda ingin berpikir independen, segera keluar dari zona nyaman anda.

    5. Melatih ketidakpercayaan
    Tanpa menjadi seorang sinis, cobalah untuk membangun kebiasaan yang menentang cara berpikir konvensional. Kalau anda terbiasa menilai pemikiran konvensional sebagai kebenaran, cobalah kali ini menunda kebenaran tersebut sampai anda menemukan bukti bahwa itu benar. Kalau ini semua anda rasa berat, cobalah memikirkan apa yang anda dapatkan dengan berpkir independen. Bahkan sesuatu yang sangat kecil tapi independen akan memberikan manfaat kepada dunia. Anda akan melihat kesempatan dan solusi yang dicari oleh orang banyak. Nada akan memiliki keunggulan kompetitif dibandingkan para pemikir konvensional. Dan yang paling penting pemikiran anda adalah murni milik anda, bukan hasil olahan media masa.

    Berpikirlah independen dan anda akan menemukan sebuah dunia dengan banyak sekali kesempatan. Tapi jangan ambil pemikiran saya… carilah pemikiran anda sendiri.”

    Wallahu a’lam

  27. hello cikgu…
    need help on my assignment. i really don,t have any idea about it. may i ask your kindness to help me.
    my assignmen is: bincangkan teknik-teknik berfikir decara konvesional dan kesannya kepada kanak-kanak pra-sekolah.

  28. salam cikgu…saya mempunyai persoalan di sini..
    apakah konsep dan kepentingan pendekatan projek dalam prasekolah?selain itu, bagaimana untuk merancang dan melaksanakan pendekatan projek tersebut?

    terima kasih cikgu..=)

  29. salam .. cikgu bad

    izinkan saya respon sdikit persoalan yang ditujukan oleh k.umi berkenaan pendidikan prasekolah. sy adalah guru prasekolah yg baru mengajar selama 2 thn di salah sebuah sekolah kebangsaan. sy merupakan pemegang diploma pendidikan prasekolah di bawah KPM (KPLI). mgkin bagi pelajar lepasan KPLI tiada masalah tentang penempatan kerana biasanya selepas tamat pengajian selama setahun di maktab akan terus dipostingkan. Dalam konteks adik k.umi, sy sarankan supaya beliau terus menyambung pelajaran ke peringkat 1st degree setelah tamat diploma kerana saya yakin peluang yg cukup luas dalam bidang ini. smasa di maktab hanya 10 pelajar lelaki yg mengmbil jurusan prasekolah termasuk saya. Tetapi melihat perkembangan terkini saya yakin akan lebih ramai kaum adam yg akan memasuki ‘pasaran’ prasekolah di tahun-tahun mendatang. Bagi saya, bidang prasekolah mempunyai prospek kerjaya yang sangat cerah terutamanya bagi kami golongan lelaki. Tidak dinafikan, ramai yang terkejut bila mendengar guru lelaki mengajar di prasekolah (persepsi rakyat malaysia bahawa guru prasekolah adalah guru perempuan). Sedangkan di UK atau US guru lelaki mengajar kanak-kanak preschool bukanlah perkara asing. Malahan guru yg mengajar prasekolah di sana bergelar doktor dan profesor. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak ini. Sy sendiri mempunyai perancangan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master sekiranya diizinkan Tuhan insyaAllah.
    http://my-prasekolah.blogspot.com

  30. salam.. kepada k.umi..

    saya merupakan guru prasekolah yg tlh mengajar di prasekolah selama 2thn. utk pgthuan k.umi sy pemegang diploma pendidikan prasekolah di bawah kementerian pendidikan (KPLI). smasa di maktab terdapat lebih kurang 10 pelajar lelaki termasuk sy dan sy yakin lebih ramai lagi guru prasekolah dalam kalangan lelaki akan memasuki ‘pasaran’ dalam tahun-tahun mendatang. Bidang ini terbuka luas terutamanya bagi lelaki kerana amat jarang sekali kita dengar guru lelaki mengajar di prasekolah (terutamanya di Malaysia) sedangkan di UK dan US guru prasekolah (preschool) lelaki bukan perkara asing. Dan di negara barat, pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting, tidak hairanlah guru yg mengajar di prasekolah di sana bergelar doktor dan profesor. Untuk membina sebuah bangunan yang kukuh, jurutera akan memastikan ‘Foundation’ bangunan itu kukuh.. justeru, dalam pendidikan awal kanak-kanak guru prasekolah adalah ‘jurutera’ yg memberikan asas pendidikan yg kukuh kepada kanak-kanak prasekolah ini bagi melahirkan insan yg cemerlang dari segi akhlak dan peribadinya.
    wassalam..

    http://my-prasekolah.blogspot.com

  31. assalamualaikum…cikgu,sy nak tanya apa itu teknik berfikir secara konvesional?klu boleh sy mahu cikgu terangkan secara menyeluruh.sebab sy langsung x faham

  32. Hai Luna,

    Tahniah kerana wlpn dikekang oleh rutin kerja sdri masih berminat utk belajar dalam bidang pendidikan awal kanak2. Menyedari kekangan seperti ini IPTA ada menawarkan program yg agak fleksibel utk mereka (para eksekutif) mengikutinya. Contohnya program sarjana kejuruteraan eksekutif seperti yg pernah ditawarkan UKM satu masa dulu. Kelasnya di hujung minggu. Itu dulu sekarang saya tidak pula pasti.

    Namun saya percaya prinsip dan kaedah Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak2 UUM ini juga tidak jauh berbeza drpd program eksekutif lain kerana sasarannya sama iaitu mereka yg telah bekerja.

    Saya tidak dapat menjawab sama ada kursus diploma tersebut diiktiraf MQA atau tidak. Sdr perlu merujuk sendiri kpd UUM atau MQA sendiri (boleh semak di laman web MQA).

    Samada kelulusan diploma ini boleh digunakan sebagai kelayakan asas utk ke peringkat ijazah ia bergantung kpd kelulusan oleh MQA – akreditasi penuh. Tanpanya peluang itu sifar atau tipis.

    Wallahua’lam

  33. salam…..

    saya ingin tahu cikgu mengajar dimana sekarang?????
    adakah soalan untuk pelajar cikgu sama dengan soalan kami di unisel????

  34. salam…

    cikgu,,,apa pendapat cikgu tentang usahawan yang menubuhkan tadika pra sekolah????adakah dia berjaya hanya dengan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif??

    maaflah myra bertanya lagi….:)

  35. assalamualaikum……
    cikgu,saya dibah….saya ingin tahu bagaimanakah proses membuat keputusan secara kreatif dan kritis dapat membantu keusahawanan pra-sekolah??

  36. cikgu,,,apa pandangan cikgu dengan teknik-teknik berfikir secara konvensional????apa pulak kesan pemikiran tersebut kepada kanak-kanak pra sekolah????

  37. Askum cikgu, adakah bakal guru PERMATA belajar sama silibus dengan kami pelajar Dip perguruan pra sekolah? dan apakah perbezaan d antara PERMATA, KEMAS, PERPADUAN , PASTI dan lain2 tabika swasta ?
    adakah PERMATA lbh releven utk kanak2 nt n adakah ia menjadi pilihan utama ibu bapa?

    Sekian, terima kasih

  38. SALAM,CIKGU BAGAIMANA DENGAN KELULUSAN MQA PADA KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH,LAGI SATU, SAYA NAK BERTANYA PADA CIKGU..URM SAYA RASA BILANGAN PELAJAR TERLALU RAMAI DAN SAYA MEMINTA CIKGU MEMECAHKAN KAMI DPS SEM 2 KEPADA BEBERAPA KUMPULAN SEPERTI DPS SEM MEI 2008,SAYA RASA INI UNTUK KEBAIKAN PELAJAR DPS SEM 2,DAN MEMBUAT KELAS DALAM BILANGAN PELAJAR YANG SEDIKIT….

  39. Assalamualaikum Cikgu,

    Saya bukanlah seorang pelajar UNITI, namun saya mempunyai seorang adik yang baru mendaftar Diploma Pendidikan Pra Sekolah di UNISEL baru-baru ini.
    Saya cuba mencari-cari apa sebenarnya pendidikan pra sekolah ni. Apa yang saya tahu, ia berkaitan pendidikan kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang pembelajaran mereka seperti tadika tapi bertempat di dalam kawasan sekolah rendah. Kerana sekolah berhampiran tempat tinggal saya ada Pra Sekolah tapi kemasukannya terhad kepada kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan kurang RM2000.00.
    Saya yakin Cikgu seorang yang berpengalaman luas dalam bidang Pendidikan Pra Sekolah. jadi di sini saya hanya ingin mengetahui masa depan atau pun prospek kerjaya bagi pemegang Diploma Pendidikan Pra Sekolah ini. Hal ini memandangkan adik saya seorang lelaki dan bidang ini bukanlah pilihan utamanya. namun kami memberi galakan kepada beliau untuk meneruskan bidang tersebut.
    Adakah mereka boleh mendaftar dengan kementerian pendidikan dan boleh memperolehi benefit yang sama seperti kakitangan perguruan yang lain.
    Adakah mereka perlu mendaftar dengan kementerian pendidikan dan akan dihantar posting ke mana-mana mengikut kementerian.
    Mungkin melalui pandangan dari pihak Cikgu saya dapat memberi lebih motivasi kepada beliau untuk meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.
    Pandangan cikgu amat saya harapkan

    Terima kasih.

  40. ‘Alaikisalam Pn Ummi,

    Terima kasih kerana sudi bertanya. Juga tahniah kerana sikap prihatin pn terhadap masa depan adik pn.

    Sebelum saya memberikan pandangan saya berhubung dengan soalan pn suka saya jelaskan bhw saya bukanlah ahli dlm pendidikan pra-sekolah. Di Uniti sy dipertanggungjawabkan mengurus program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS) sejak 3 semester lalu. Justeru, pandangan saya nanti hanyalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yg sangat terbatas dlm bidang ini.

    Saya akan menumpukan kpd prospek bidang ini krn ia seakan perkara pokok dlm soalan pn. Pra-sekolah (PS) adalah tempoh pendidikan awal kanak-kanak < 6 tahun. Di negara kita PS mula menjadi perhatian Kem. Pelajaran (KPM) sejak tahun kira-kira lebih 10 tahun lalu. Di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) misalnya program PS telah bermula seawal 1992 lagi di peringkat sijil. Kini maktab2 tetentu ada menawarkan kursus dalam cuti (KDC) utk guru2 KEMAS yg mengajar kanak2 berusi 4-6 tahun di Tadika KEMAS.

    Statistik KPM menunjukkan enrolmen pelajar PS semakin meningkat dr tahun ke tahun. Pn boleh melihat data ini di laman web KPM unit prasekolah. Tinjaun rambang sy jg mendapati ibu bapa kini semakin sedar utk menghantar anak2 mereka seawal 4-5 tahun mengikuti PS samada di sekolah kerajaan atau swasta. Fenomena ini lebih ketara di kota-kota besar kerana faktor pendidikan ibu bapa dan kemampuan kewangan yg lebih tinggi. Terdapat banyak nursery di kota2 besar menawarkan pendidikan PS – samada beracuankan silibus sekular, islam dan kebangsaan.

    Mengambil peluang ini, banyaklah pengusaha tadika/nursery membuka dan menambah cawangan nursery dsbnya bagi menampung permintaan yg semakin bertambah.

    Perkembangan ini sangat disedari oleh KPM. Oleh itu, KPM telah memperuntukkan sejumlah dana yg agak besar bagi membangunkan pendidikan pra-sekolah di negara kita. Baru-baru inipun pihak KPM mengumumkan bahawa negara memerlukan lebih ramai lagi guru-guru PS bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak yang akan terus meningkat setiap tahun.

    Dengan fakta ini cukup memberi gambaran bhw bidang PS mempunyai prospek yg cerah. Ia mempunyai kelompok sasar tersendiri dan tidak akan bersaing dengan pendidikan konvensional yg sedang berjalan sekarang, termasuk latihan utk guru sekolah rendah dan menengah di maktab atau universiti. Turut sama mendapat perhatian KPM ialah pendidikan khas bagi kanak-kanak OKU.

    Utk makluman pn, setahu saya sekurang-kurangnya ada 3 IPTA yg menawarkan pengajian peringkat ijazah PS atau pendidikan awal kanak2; iaitu USM, UM dan tentunya UPSI. Setakat ini graduan PS/Pendidikan Khas/Pendidikan Awal Kanak2 IPTA berkenaan lazimnya mendapat tempat mengajar di sekolah kerajaan. Rezeki mereka lebih baik berbanding graduan pendidikan lain.

    Bagi membantu kerajaan menyediakan guru2 PS ini beberapa IPTS telah memulakan langkah dgn menawarkan program PS di peringkat diploma. ANtaranya Unisel, Unitar, OUM, dan Uniti. Saya percaya lebih banyak lg IPTS yg akan membuka prgram DPS kerana permintaan akan terus bertambah.

    Timbul soalan di sini cukupkah setakat diploma PS sahaja? Saya berpendapat ia tidak mcukupi. Justeru, graduan IPTS ini perlu melanjutkan pengajian mrk ke IPTA utk ijazah pl. Adakah mereka berpeluang ke IPTA selepas tamat pengajian diploma PS di IPTS? Jawapannya : YA, asalkan diploma mereka telah mendapat akreditasi penuh dr Agensi Kelayakan Malaysia (MQA, dulunya LAN). Dan setelah mendpt ijazah mereka kelak, status mereka adalah sama dengan senior mereka sebelum ini kerana program ijazah PS berjalan dgn kebenaran dan mempunyai hubungan langsung KPM.

    Namun, suka sy mengingatkan bahawa dasar kerajaan boleh berubah – kadang2 secarfa tiba2 atas sebab2 tertentu. Utk akan dtg samada guru PS terikat dgn KPM saya tiada jaminan. Ini bermakna belum tentu juga mereka dpt ditempatkan di sekolah kerajaan kelak. Ini benar apabila sekolah kerajaan tidak lagi mampu menerima pelajar2 PS. Saya juga dimaklumkan oleh graduan UPSI PS bhw junior mereka (sekarang tahun 2 di UPSI) tidak terikat dgn KPM. Mereka akan menyertai open-market bila tamat pengajian kelak.

    Jadi, walaupun prospek bidang PS adalah baik tetapi dalam hal2 tertentu nasib mereka tertakluk kpd keperluan semasa ketika mereka tamat pengajian kelak.

    Jika pn mahukan pendapat sy ttg pilihan adik pn mengikuti pngajian DPS di Unisel, saya boleh katakan itu adalah pilihan yg baik. Selebihnya terpulang kpd sejauh mana adik pn menumbuhkan minat dan bermotivasi utk berjaya dlm pengajiannya kelak. Sebagai kakak, galakan dan sokongan moral sangat membantu adik pn utk berjaya dlm bidang yg masih baru di negara kita ini.

    Persoalan samada calon guru PS lelaki atau perempuan tidak menjadi isu. Cuma satu hakikat yg perlu kita akur ialah majoriti bakal guru PS adalah dari kaum perempuan memandangkan fitrah mendidik lebih dekat dgn naluri kaum perempuan berbanding lelaki.

    Bagi mendapat kejelasan dan kepastian yg lebih sahih pn boleh rujuk kpd unit prasekolah KPM. Maklumat2 dari arkib berita online dapat diakses utk membantu puan dlm isu ini. Maaf jk penjelasan sy ini terdapat kesilapan fakta dan maklumat yg tidak kemas kini.

    Wallahu a’lam

  41. ‘Alaikasalam,

    Untuk soalan pertama telah saya jawab dalam taklimat pagi tadi.

    Soalan kedua pula, saya memang menyedari bilangan pelajar DPS Sem 2 yang sangat ramai – 247 org semuanya. Saya dan pihak pengurusan akademik sudah mencuba sedaya mungkin mendapatkan tenaga pengajar yang mencukupi. Hasilnya ialah seperti yang telah saya taklimatkan dalam taklimat pagi tadi.

    Justeru, dengan kemampuan yang ada kini P&p DPS masih dapat dijalankan dalam batas yang dibenarkan. Lagipun untuk kursus-kursus tertentu seperti MPW1133 dan EAP1203 – kumpulan kuliah dikekalkan seperti semasa sem 1 dahulu kecuali sedikit perubahan sahaja.

    Apapun saya berharap sdr boleh bersyukur dengan kemudahan yang disediakan.

    Terima kasih kerana sudi bertanya.

  42. ‘Alaikisalam dibah,

    Soalan sdri mcm soalan tugasan paper DPS.:)

    Cikgu tidak akan menjawab secara terus. Cikgu akan jawab dengan soalan. Kerana soalan sdri tentang pemikiran kritis dan kreatif, maka cikgu fikir elok sdri diajar cara utk berfikir. Jika cikgu memberi jawapan sdri tidak akan boleh berfikir secara bebas dan berdikari. Apapun tahniah kerana sdri ‘berani’ untuk bertanya!

    Jwpan cikgu :

    Adakah dibah tau dan faham makna kritis dan kreatif?
    Bagaimana dgn tujuan berfikir secara kritis dan kreatif?
    Mengapa dan bagaimana pemikiran kritis dapat membantu pencapaian hasil yang lebih bermutu, idea bernas, penyelesaian praktikal manakala kreatif pula mencipta idea baru, ‘di luar kotak’, dan pelbagai pilihan ?

    Jika dibah dapat menjawab soalan tersebut – secara asasnya – dibah akan boleh aplikasikannya semasa berkecimpung dalam bidang keusahawanan pra-sekolah.

    Sebelum itu, dibah juga mesti tahu masalah yang melanda bidang ini sejak ia mula diperkenalkan hingga ke hari ini.

    Perlu diingat kaedah berfikir adalah salah satu kaedah menyelesaikan masalah. Maka, berfikirlah mulai sekarang.

    Wassalam

  43. ‘Alaikisalam myra,

    Pertama, bussiness pra-sekolah adalah bussiness pendidikan. Pendidikan adalah aktiviti asas bagi sesebuah masyarakat. Biar bagaimana ekonomi merudum sekalipun, pendidikan mesti ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyatnya samada melalui institusi tajaan kerajaan atau pun swasta. Ditambah lagi dgn kesedaran ibu bapa ttg pendidikan anak2 seawal usia 4 tahun semakin meningkat sekarang. Justeru, pemilihan usahawan utk menubuhkan tadika pra-sekolah adalah dalah satu keputusan yg tepat.

    Kedua, pemikiran kritis dan kreatif adalah salah satu kaedah menyelesaikan mslh. Adapun samada perniagaan ini berjaya atau sebaliknya ia juga bergantung kpd faktor2 lain seperti peluang, cash flow, permintaan dr kawasan setempat, kemampuan menyediakan kemudahan2 yg asasi utk menarik minat pelanggan, juga minat yg mendalam dlm bidang ini. Tidak terkecuali sabar utk mendapat keuntungan krn perniagaan dlm pendidikan lambat dpt untung. Nak2 jk kita pengusaha kecil.

    Wallahua’lam

  44. Salam Myra,

    Kelihatannya sdri tidak membaca bhgian2 penting dlm blog cikgu. Takpelah.

    Cgu mengajar di Kolej Uniti Port Dickson. Sekarang mengetuai program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah sejak 1 1/2 tahun lalu.

    Mengenai soalan tu, rasanya tidaklah jauh berbeza jika bidang paper tu sama. Jika berbezapun, ia masih tidak lari dari silibus yang telah ditetapkan. Jika MQA dah bagi akreditasi penuh pd suatu program maknanya soalan kita lebih kurang sama atau telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan pihak MQA.

    Wallahu a’lam

  45. ‘Alaikasalam Aqmal,

    Siula rujuk soal-jawab saya dengan sdri Myra di bahagian awal ‘page’ DPS. (sila klik di sini). Mungkin itu boleh membantu.

    Tapi jika masih tidak jelas sila berjumpa dengan saya. InsyaAllah saya akan cuba leraikan kekusutan sdr.

    Wassalam

  46. ‘Alaikasalam sdr kayzri,

    Terima kasih kerana memberi input yang bermakna untuk membantu meleraikan isu yang k. umi utarakan.

    InsyaAllah peluang kerjaya dalam bidang pendidikan tidak pernah surut termasuklah dalam bidang pendidikan pra-sekolah. Kita juga patut mencelikkan masyarakat bahawa bidang ini juga boleh disertai oleh kaum lelaki asalkan syarat-syarat asas menjadi guru dipatuhi. Jika saya ingin menambah, untuk menjadi seorang guru dua perkara pokok mesti dimiliki. Pertama – ilmu biar penuh dan padat. Kedua – budi biar sarat. InsyaALlah pelajar-pelajar akan terpikat.

    Saya ucapkan selamat maju jaya kepad sdr dalam bidang yg sdr minati ini.

    Wassalam

  47. Salam Linda,

    Itu mungkin jika sdri melanjutkan pengajian ijazah kelak dengan memilih cabang lain pendidikan seperti sejarah atau seumpamanya.

    Yang penting sekarang Linda mesti cuba dapatkan keputusan PNGK > 3.00 bagi melepasi kelayakan memohon (baru memohon tau!) ke peringkat ijazah di IPTA berkenaan.

    Selamat mencuba.

    Wallahua’lam

  48. Salam sdri Fidah,

    Mungkin saya masih naif dlm bidang ini, tapi bagi membantu saya, boleh jelaskan maksud ‘rph utk pra sekolah yg terkini’ kerana saya kurang mengerti.

    Adakah ia akronim bagi ‘Rancangan Pengajaran Harian’? Istilah yang biasa digunakan guru ialah ‘Lesson Plan’.

  49. Salam Faizah,

    Saya fikir sdri perlu merujuk kepada buku atau bahan berkaitan berkaitan di internet. Maaf saya tidak mempunyai ‘pengetahuan yang mencukupi’ untuk membantu sdri.

    Buat sedikit penyelidikan dengan berfikir secara kritis Faizah.

    Selamat maju jaya.

    Wassalam

  50. Salam Jiji,

    Utk lebih mudah dan jelas, boleh Jiji sebutkan secara lebih khusus bahagian mana dalam bahan/ulasan saya yang masih tidak difahami. Jika tidak nanti cikgu akan ‘beating around the bush’ bila menjelaskan semula perkara yang sama.

    Wassalam

  51. ‘Alaikum salam Sara,

    Sdri boleh ambil sendiri atau berwakilkan sepupu Sara di Uniti. Tapi seeloknya buat panggilan terlebih dahulu. Sila bercakap dengan Pn Syikin. Semua keputusan mesti melalui beliau.

    Oklah Sara ‘Selamat Maju Jaya’.

    Wassalam

  52. ‘Alaikisalam Namirahita,

    Tahniah kerana wlpn dah sedikit lewat sdri masih bercita2 besar utk sambung bljr. Itu petanda baik. Petanda sdri berpeluang utk maju ke hadapan dan membuat anjakan dalam kehidupan peribadi dan keluarga juga (mobiliti sosial).

    Mengenai bidang pilihan yg tepat ia tergantung kpd bbrp perkara.

    Pertama, minat. Di sini krn sdri di persimpangan sdri perlu perhalusi semula bidang yg manakah paling sdri minat. Belajar dan bekerja dalam bidang krn minat lbh memberikan kepuasan. Wlpn menghadapi tekanan, seseorg itu akan menggagahi juga. Cabaran dan dugaan bukanlh masalah sebaliknya ‘peluang’ utk maju ke hadapan.

    Kedua, kelayakan masuk. Namun dlm konteks IPTS, kelayakan masuk tidak seketat syarat ke IPTA. UiTM misalnya mensyaratkan 5 kredit dgn kredit Math dan BI SPM. Sy andaikan sdri punyai kelayakan mencukupi utk memohon program diploma di IPTS.

    Ketiga, prospek masa depan – melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan peluang kerjaya kelak. Biasanya utk ke peringkat ijazah mestilah selari dgn bidang di pringkat diploma. Misalnya jk diploma dlm bidang pendidikan Islam maka ijazahnya kelak jg dlm bidang sama. Namun ada jg kes2 tertentu di mana diploma lain, ijazah jg lain. Bgtu jg masa ikuti pngajian sarjana (master). Ini penglaman peribadi cikgu sendiri. Ijazah Sains Nuklear UKM. Kemudian Diploma Pendidikan (Kimia/Sains). Yg terakhir Sarjana dalam Pengajian Peradaban (Sains Sosial).

    Bagaimana pula dgn cita2 sdri utk ambil DPS tapi degree dlm bidang psikologi? Cikgu tiada jwpn yg tepat dan tak boleh beri apa2 jaminan. Namun, berdasarkan pengalaman, kemungkinan utk sdri bertukar bidang adalah 50-50. Ini kerana bidang psikologi adalah bidang atau disiplin ilmu yg terpakai dlm bidang pendidikan. Maka cikgu lihat peluang itu ada.

    Tapi, jika sdri lebih berminat dlm psikologi dan peluang itu ada (ditawarkan) oleh IPTS maka pertimbangan yg lebih tepat ialah ikuti diploma dlm psikologi. Itu lebih wajar krn peluang itu ada dan sdri sgt meminatinya (andaian cikgu).

    Cikgu suka nasihatkan sdri agar membuat semakan dgn Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengenai status kursus yg ditawarkan – adakah dah mendapat pengiktirafan MQA atau belum atau masig gagal diiktiraf MQA. Cuba lawati laman web MQA utk semakan. Belajar dlm kursus tanpa pengiktirafan MQA bakal mengundang padah kemudian hari. Sdri tidak akan berpeluang melanjutkan pngajian ke peringkat ijazah di mana2 IPTA. Tapi IPTS mungkin boleh.

    Cikgu harap pndangan cikgu ini membantu sdri membuat keptusan terbaik dan tepat utk masa depan yg lebih baik. InsyaALlah.

    Wassalam

    cikgubad@gmail.com
    Melaka

  53. Salam tihanni,

    Terima kasih kerana sudi mengajukan soalan yg penting ini.

    Namun, cgu minta tangguh dahulu respons kerana tidak mempunyai maklumat lengkap dan tepat mengenai hal ehwal di luar akademik.

    Atau ada baiknya sdri merujuk terus kepada Education Advisor (EA) – wakil uniti yg menghubungi sdri sebelum ini untuk bertanyakan soalan berkenaan.

    Cgu hanya boleh respons mengenai akademik shj. Ttg tawaran DPS tu semua yg ditawarkan tlh dinilai layak berdasarkan keputusan SPM. Ia hanya perlukan minima 3 kredit shj.

    Utk lebih lanjut sdri boleh rujuk respons cikgu terhadap soalan2 berkaitan di laman (page) Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS).

    Semoga sedikit sbnyak ia membantu sdri dalam membuat keputusan.

    Wassalam

  54. Tihani,

    Setahu saya utk pinjaman MARA memang pemohon dikehendaki menulis karangan spt yg dinyatakan sdri.

    Apapun, saya nasihat Tihani agar membuat usul periksa secara lebih cermat dan halus sebelum membuat keputusan muktamad agar tidak timbul dakwa dakwi kemudian hari. Ingat sdri berhak mendapat semua maklumat yang ada berkaitan bidang pengajian yg ditawarkan – semuanya! Jadi, be critical.

    No telefon uniti yg boleh dihubungi ialah 06 661 9211 utk mendapatkan penjelasan lanjut.

    Selamat berjaya Tihanni.

    Wassalam

  55. Salam Tihanni,

    Sila hubungi En. Norizan Bin Rahman , Pengurus Operasi di bahagian pemasaran Uniti di talian 013 6241618. InsyaAllah beliau sedia membantu segala pertanyaan sdri berkenaan tawaran Uniti kpd sdri.

  56. ‘Alaikisalam sdri Norlita,

    Terima kasih kerana sudi singgah blog yg tidak sepertinya ini. Juga kerana berkongsikan pengalaman dalam pendidikan awal kanak2/pra-sekolah. Saya percaya sdri telah banyak berkorban utk mencapai cita2 menubuhkan taska dan tabika. Banyak yg boleh dikongsi dengan pelajar2 DPS saya. Tahniah Norlita.

    Namun, utk makluman sdri saya bukanlah seorang yg ada kelayakan khusus dlm bidang ini. Saya diamanahkan sbg ketua program DPS hanya utk sementara. Kepakaran saya adalah dalam bidang Pengajian Malaysia. Jika layak pun dalam bidang pendidikan hanyalah kerana saya mempunyai Diploma Pendidikan (major Kimia/minor Sains). Justeru, saya miskin pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yg semakin popular dewasa ini.

    Apapun, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yg sangat berharga itu. Ia tiada dalam buku. Realiti yg dikutip dari medan kerja sebenar.

    Sekali lagi tahniah dan syabas Norlita.

    Moga Allah memberkati usaha dan mencambahkan lagi rezeki sdri. Amin

  57. ‘Alaikisalam Norlita,

    Terima kasih di atas respons sdri.

    Saya dapat rasakan bhw sdri adalah seorg optimistik dlm hidup. Jg tidak menyerah kpd takdir utk meneruskan hidup. Sdri memilih utk ‘memilih takdir’ yg sesuai dgn minat dan kecenderungan jiwa. Kepuasan jiwa dan perasaan mengatasi kepuasan dlm kebendaan. Jarang insan seperti ini hadir dlm masyarakat kini. Di sisi saya, persekitaran saya sendiri agak miskin dgn insan seperti ini. Kerana itu saya gembira ditemukan insan spt sdri.

    Apabila seseorang itu mencari makna hidup dgn berdikari ia akan menemui kebaikan dan kebenaran dgn lebih berkesan.

    Bertuah sungguh apabila anak2 saudara Norlita mempunyai seorang ibu saudara segigih ini. Bahkan apa yg lebih pokok mempunyai jiwa nurani keibuan. Seiring dengan ini harus Norlita juga mempunyai kehalusan perasaan kerana ia adalah antara pra-syarat menjadi pendidik terutamanya di peringkat pendidikan awal kanak2.

    InsyaALlah saya akan sampaikan nasihat sdri kepada pelajar saya yg masih mentah dan sering tergoda dgn kesenangan dan hiburan.

    Saya akur bahawa yang lebih mengajar dan membekas dlm ingatan ialah pengalaman bukannya teori. Norlita sedang membuktikannya.

    Moga ‘anak-anak’ Norlita mengenali dunia dari kacamata yang sangat jernih dan murni. Kasih sayang sri dan rakan2 pendidikan lain akan lebih melengkapkan kehidupan awal mereka.

    Amin

    Selamat maju jaya Norlita.

  58. Salam sejahtera Kalai,

    Maaf cgu tidak dapat menjawab soalan pertama kerana ia di luar bidang pengetahuan cikgu. Seperti pernah cgu jelaskan di tempat lain dalam blog ini bidang cgu adalah Pengajian Peradaban dan bukannya pendidikan pra-sekolah atau pendidikan awal kanak2.

    Cuba sdri cari maklumat ini dalam laman web UPSI, USM dan UM yg menawarkan program ini di peringkat ijazah. Biasanya lepasan diploma akan mendapat ‘transfer credit’ apabila melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kelak. Maka, tempoh pengajian akan lebih pendek 1 atau 1 1/2 bergantung kepada PNGK akhir diploma.

    Saya tidak tahu ttg gaji minima kerjaya ini. Namun, saya percaya bidang pendidikan ini akan lebih berkembang pada masa2 akan datang. Pendidikan adalah bidang yang tidak pernah akan ‘tutup kedai’ kerana ia adalah bidang asasi dalam setiap masyarakat – tidak boleh tidak mesti ada!

    Jadi dengan prospek ini, kerjaya dalam pendidikan awal kanak2 atau pra-sekolah mempunyai masa depan yg baik sama ada dlm sektor awam atau swasta.

    Selamat maju jaya Kalai.

  59. Salam sdri nur Afiza,

    Tahniah kerana telah secara sedar memilih bidang pendidikan awal kanak2. Kerjaya sbg guru – di peringkat apapun adalah dimuliakan budaya dan agama.

    Oleh kerana soalan sdri pernah saya terima sebelum ini (lebih kurang), maka saya salin semula respons sy terhadap soalan tersebut. Agar ia membantu pemahaman dan menjelaskan kekaburan sdri mengenai jurusan ini.

    Respons kpd Pn Ummi, December 30, 2008

    “…Saya akan menumpukan kpd prospek bidang ini krn ia seakan perkara pokok dlm soalan pn. Pra-sekolah (PS) adalah tempoh pendidikan awal kanak-kanak < 6 tahun. Di negara kita PS mula menjadi perhatian Kem. Pelajaran (KPM) sejak tahun kira-kira lebih 10 tahun lalu. Di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) misalnya program PS telah bermula seawal 1992 lagi di peringkat sijil. Kini maktab2 tetentu ada menawarkan kursus dalam cuti (KDC) utk guru2 KEMAS yg mengajar kanak2 berusi 4-6 tahun di Tadika KEMAS.

    Statistik KPM menunjukkan enrolmen pelajar PS semakin meningkat dr tahun ke tahun. Pn boleh melihat data ini di laman web KPM unit prasekolah. Tinjaun rambang sy jg mendapati ibu bapa kini semakin sedar utk menghantar anak2 mereka seawal 4-5 tahun mengikuti PS samada di sekolah kerajaan atau swasta. Fenomena ini lebih ketara di kota-kota besar kerana faktor pendidikan ibu bapa dan kemampuan kewangan yg lebih tinggi. Terdapat banyak nursery di kota2 besar menawarkan pendidikan PS – samada beracuankan silibus sekular, islam dan kebangsaan.

    Mengambil peluang ini, banyaklah pengusaha tadika/nursery membuka dan menambah cawangan nursery dsbnya bagi menampung permintaan yg semakin bertambah.

    Perkembangan ini sangat disedari oleh KPM. Oleh itu, KPM telah memperuntukkan sejumlah dana yg agak besar bagi membangunkan pendidikan pra-sekolah di negara kita. Baru-baru inipun pihak KPM mengumumkan bahawa negara memerlukan lebih ramai lagi guru-guru PS bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak yang akan terus meningkat setiap tahun.

    Dengan fakta ini cukup memberi gambaran bhw bidang PS mempunyai prospek yg cerah. Ia mempunyai kelompok sasar tersendiri dan tidak akan bersaing dengan pendidikan konvensional yg sedang berjalan sekarang, termasuk latihan utk guru sekolah rendah dan menengah di maktab atau universiti. Turut sama mendapat perhatian KPM ialah pendidikan khas bagi kanak-kanak OKU.

    Utk makluman pn, setahu saya sekurang-kurangnya ada 3 IPTA yg menawarkan pengajian peringkat ijazah PS atau pendidikan awal kanak2; iaitu USM, UM dan tentunya UPSI. Setakat ini graduan PS/Pendidikan Khas/Pendidikan Awal Kanak2 IPTA berkenaan lazimnya mendapat tempat mengajar di sekolah kerajaan. Rezeki mereka lebih baik berbanding graduan pendidikan lain.

    Bagi membantu kerajaan menyediakan guru2 PS ini beberapa IPTS telah memulakan langkah dgn menawarkan program PS di peringkat diploma. ANtaranya Unisel, Unitar, OUM, dan Uniti. Saya percaya lebih banyak lg IPTS yg akan membuka prgram DPS kerana permintaan akan terus bertambah.

    Timbul soalan di sini cukupkah setakat diploma PS sahaja? Saya berpendapat ia tidak mcukupi. Justeru, graduan IPTS ini perlu melanjutkan pengajian mrk ke IPTA utk ijazah pl. Adakah mereka berpeluang ke IPTA selepas tamat pengajian diploma PS di IPTS? Jawapannya : YA, asalkan diploma mereka telah mendapat akreditasi penuh dr Agensi Kelayakan Malaysia (MQA, dulunya LAN). Dan setelah mendpt ijazah mereka kelak, status mereka adalah sama dengan senior mereka sebelum ini kerana program ijazah PS berjalan dgn kebenaran dan mempunyai hubungan langsung KPM.

    Namun, suka sy mengingatkan bahawa dasar kerajaan boleh berubah – kadang2 secarfa tiba2 atas sebab2 tertentu. Utk akan dtg samada guru PS terikat dgn KPM saya tiada jaminan. Ini bermakna belum tentu juga mereka dpt ditempatkan di sekolah kerajaan kelak. Ini benar apabila sekolah kerajaan tidak lagi mampu menerima pelajar2 PS. Saya juga dimaklumkan oleh graduan UPSI PS bhw junior mereka (sekarang tahun 2 di UPSI) tidak terikat dgn KPM. Mereka akan menyertai open-market bila tamat pengajian kelak.

    Jadi, walaupun prospek bidang PS adalah baik tetapi dalam hal2 tertentu nasib mereka tertakluk kpd keperluan semasa ketika mereka tamat pengajian kelak.

    Jika pn mahukan pendapat sy ttg pilihan adik pn mengikuti pngajian DPS di Unisel, saya boleh katakan itu adalah pilihan yg baik. Selebihnya terpulang kpd sejauh mana adik pn menumbuhkan minat dan bermotivasi utk berjaya dlm pengajiannya kelak. Sebagai kakak, galakan dan sokongan moral sangat membantu adik pn utk berjaya dlm bidang yg masih baru di negara kita ini.

    Persoalan samada calon guru PS lelaki atau perempuan tidak menjadi isu. Cuma satu hakikat yg perlu kita akur ialah majoriti bakal guru PS adalah dari kaum perempuan memandangkan fitrah mendidik lebih dekat dgn naluri kaum perempuan berbanding lelaki.

    Bagi mendapat kejelasan dan kepastian yg lebih sahih pn boleh rujuk kpd unit prasekolah KPM. Maklumat2 dari arkib berita online dapat diakses utk membantu puan dlm isu ini. Maaf jk penjelasan sy ini terdapat kesilapan fakta dan maklumat yg tidak kemas kini.”

    Harap penjelasan panjang lebar di atas membantu sdri memahami prospek bidang ini dan hal2 berkaitan dengannya.

    Tentang soalan ada tak pekerjaan lain selain guru tadika – jawapannya peluang tu sentiasa ada. Telah ramai orang yg bekerja dalam bidang yang tidak sama dengan pengkhususannya semasa di universiti. Tapi itu tidak bermakna sdri boleh suka2 nak memilih kerjaya kerana ada kerjaya yg memerlukan syarat akademik yg ketat seperti bidang kejuruteraa, arkitek dan seumpamanya. Adalah mudah sdri menukar bidang atau minat jika bidang tersebut tidak menetapkan syarat akademik. Misalnya nak jadi chef, tukang jahit, fotografi dan sebaginya. Kemungkinan sdri juga boleh memohon sbg pegawai tadbir di pejabat kerajaan atau swasta. Yg penting sdri menunjukkan minat dan kesungguhan kuat utk belajar dlm bidang yg sdri pilih.

    Selamat membuat keputusan Nur Afiza.

  60. ‘Alaikisalam Norlita,

    Terima kasih kerana masih sudi meluangkan masa utk menitipkan pesan dan nasihat kepada adik-adik kita yg mendambakan petunjuk dan bimbingan bagi memilih kerjaya masa depan.

    InsyAllah perkongsian ini sangat bermanfaat kepada mereka, khususnya buat adik Nor Afiza.

  61. ‘Alaikisalam aizahusna,

    Maaf kerana saya tidak dapat menjawab soalan sdri kerana ia di luar dari bidang saya. Seperti yg dijelaskan di laman ‘Kerjaya’ bidang pengkhususan saya adalah Pengajian Peradaban dan sebelumnya Sains Nuklear. Kedudukan saya dlm program ini tidak lain hanyalah dari sudut pentadbiran shj, dan bukan pensyarah bidang.

    Laman DPS ini hanyalah utk Q&A bagi hal-hal umum DPS dan tidak hal2 khusus tentang kurikulum.

    Sdri wajib terus mencari kerana jawapannya ada di ‘luar sana’. Dengan ekstra-tekun, ekstra-sabar, ekstra-fikir dan ekstra-masa insyaALlah sdri akan menemui jawapannya.

    Jika sdri berani, saya sarankan terus berjumpa dengan pensyarah sdri. Cuba ketuk pintu dia. Tapi sebelum tu buatlah temujanji dahulu. InsyaALlah sebahagian masalah sdri akan dapat diselesaikan.

    Semoga berjaya menjadi pendidik aizahusna.

  62. ‘Alaikisalam aisha_balqis,

    Susah utk cam sdri ni yg mana satu. Nick-name pun bukannya cikgu tahu sapa di belakang nama ni. Tekaan terbaik cikgu ialah aishah Tangkak kot.:) Yang kena denda tadi sebab tak bawa slip menduduki peperiksaan. Ya kan?

    Jika dah kenal bolehlah cikgu berikan kemaafan.

    Tentang carry marks, masih tak boleh lagi hinggalah jumaat ini sebab kita kena selesaikan dulu pembentangan tugasan esok.

    Jadi teruskan ulangkaji. Ada ‘tugasan 6′ terkini cikgu terbitkan hari ini.

    Wassalam

  63. ‘Alaikisalam Nurul,

    Saya bersimpati dan faham masalah yang dialami sdri ketika ini. Nyata sdri dalam dilema atau persimpangan – antara mengejar cita-cita peribadi atau patuh kepada kehendak keluarga.

    Oleh kerana sdri sudah membaca semua maklumat dan Q&A mengenai DPS dlm blog ini, namun masih juga buntu untuk membuat keputusan maka saya hanya ada dua cadangan.

    Pertama, mungkin masih ada kemusykilan atau persoalan yg belum terjawab mengenai bidang DPS ini, maka Nurul perlu menyelidiki lagi dengan lebih halus melalui sumber ketiga, keempat atau lain-lain yg lebih autentik (berwibawa). Mungkin maklumat lanjut ini akan membantu utk membuat keputusan muktamad kelak.

    Kedua, jika rasanya semua maklumat dah cukup tapi masih 50-50 sama ada nak pilih DPS atau Komputer, maka – lazimnya – saya sarankan Nurul lakukan solat istikharah. Moga-moga Allah beri petunjuk utk Nurul buat keputusan terbaik.

    Pandangan peribadi saya jika boleh membantu Nurul ialah pilih dan buatlah sesuatu yang kita minati. Ia lebih mendorong kpd pencapaian yg lebih produktif kerana biasanya aktiviti pilihan kita sendiri lebih mudah memberikan keseronokan.

    Utk mengatakan bidang Komputer lebih menjamin adalah suatu pandangan melulu kerana bidang ini dah pun mempunyai lambakan graduan sama ada lepasan diploma atau ijazah. Bidang ini telah lama menguasai pasaran kerja di negara kita.

    Namun keperluan kepada graduan ini masih ada kerana negara kita masih dalam usahanya menjadi sebuah negara maju. Jadi, kepakaran dalam komputer adalah elemen penting bagi memacu kerajaan dan sektor swasta menggunakan fasiliti ICT. Sekarang ‘maklumat adalah di hujung jari’.

    Bidang DPS pula masih relatif baru di negara kita. Tapi perkembangannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini agak memberangsangkan – sama ada di sekolah kerajaan atau swasta.

    Juga sebagaimana yg pernah saya jelaskan sebelum ini – dalam keadaan apa pun – bidang dan aktiviti pendidikan tetap berjalan. Dengan populasi dan kadar kelahiran negara yg meningkat saban tahun, ‘pelanggan’ iaitu anak-anak 0-4 tahun dan 5-6 tahun sentiasa ada untuk mengisi agenda pendidikan pra-sekolah atau pendidikan awal kanak-kanak negara.

    Pada usia 21 tahun sewajarnya sdri lebih matang dan ‘berani’ serta bersedia dgn segala kemungkinan (risiko). Justeru pilihan yg ada hendaklah dipertimbangkan dari segala sudut. Saya tidak kata proses ini mudah tetapi adililah pro dan konsnya masak2.

    Menolak kehendak keluarga tidaklah boleh dianggap menderhaka. Menghukum ia sebagai menderhaka atau tak kenang jasa emak bapa adalah terlalu simplistik (mudah). Yang penting ialah alasan atau sebab pemilihan mestilah wajar dan tidak didorong oleh maklumat yg cetek dan emosional.

    Saya sendiri memilih kerjaya yang saya minati walaupun terpaksa membelakangkan cita-cita atau keinginan keluarga.

    Namun saya tahu apa yg saya pilih dan lakukan. Hasilnya saya dan keluarga mendapat manfaat sekarang. Ibu dan ayah saya memang tidak seronok pada awalnya tapi lama kelamaan mereka memahami dan kini sedang merasa hasilnya mengikut kemampuan yg saya ada.

    Ingat kebendaan bukanlah segala-galanya. Ada aspek bukan kebendaan yg lebih memberi kepuasan kepada kita – satu hari nanti.

    Selamat membuat keputusan Nurul. Moga Allah beri petunjuk sesuai dgn kemampuan Nurul menanggung beban kelak. Keptusan terakhir di tangan Nurul – itu yang sebaiknya.

    Wallahu a’lam

  64. ‘Alaikasalam dagreatboyz,

    Soalan sdr adalah soalan lazim ditanya dlm blog ini. Saya salin semula beberapa jawapan saya yg berkaitan dgn soalan sdr. Moga ia membantu.

    ——————–

    aini
    April 22, 2009 at 11:58 pm · Edit

    a’skom…
    cye ingin bertnye tntang diploma pendidikan pra sekolah?betul ke sijil diploma pendidikan pra sekolah tidak di iktiraf?
    cikgubad
    April 23, 2009 at 12:41 am · Edit

    Salam Aini,

    Saya tidak pasti sdri dari Diploma Pendidikan Pra-sekolah (DPS) Uniti atau IPTS lain. Saya andaikan sdri dr DPS Uniti.

    Jawapan saya ringkas : DPS Uniti masih belum mendapat pengiktirafan. Pihak kami sedang mengusahakannya. Sekarang kami sedang menyiapkan dokumentasi program ini untuk dikemukakan kepada MQA.

    Jadi adalah tidak tepat untuk mendakwa atau menyimpulkan program ini tidak diiktiraf lagi.

    Untuk lebih lanjut sila rujuk soal-jawab ttg isu ini di laman ‘Diploma Pendidikan Pra-Sekolah’ dalam blog cikgu.

    ——————

    fatin
    April 28, 2009 at 10:11 pm · Edit

    salam…

    cikgu sy ada sorang kawan…
    kawan sy ni mmg dah nak masuk uniti ni..
    tapi ada orang kata dekat dia yang uniti ni tak diiktiraf oleh kerajaan maksudnye bila nak keje nanti susah..
    hati saya memang berkobar2 nk msuk uniti tp ble dengar je dia ckp mcm 2 ,hati saya mcm berbelah bahagi …rase tkut pun ada..
    cikgubad
    April 29, 2009 at 12:58 am · Edit

    Salam Fatin,

    Seeloknya Fatin dan kawan Fatin usul periksa sehalus-halusnya. Tidak semua yg kita dengar betul. Mungkin banyak yg tidak tepat. Terserong.

    ‘Orang kata’ tu siapa? Adakah dia bekas pelajar KU atau org lain yg juga menyambung perkhabaran dari orang lain yg lain.

    Maksud cikgu fatin kena betul2 dapatkan fakta. Perkhabaran atau dakwaan perlu tampil bersama bukti.

    Adakah fatin dah baca bahan2 yg cikgu sajikan dalam blog ini? Dah baca posting bertajuk “Kolej Uniti (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupa’kah Ia ?”. Ada beberapa posting lain yg boleh memberi gambaran kualiti pendidikan di KU.

    Namun, cikgu suka tegaskan di sini bahawa semua program akademik yang ditawarkan di KU telah mendapat pengiktirafan atau akreditasi penuh LAN (sekarang MQA) KECUALI program Diploma Pendidikan Pra-sekolah (DPS). Penjelasan panjang lebar tentang status DPS ada di laman ‘Diploma Pendidikan Pra-sekolah’. Sila klik di situ dan carilah penjelasan cikgu di situ.

    Cikgu sangat memahami kebimbangan pelajar dan ibu bapa terhadap mutu pendidikan di KU. Bimbang takut ditipu dan sebagainya.

    Untuk mengelakkan ditipu atau cuba dipesongkan oleh mana2 pihak, Fatin dan ibu bapa mesti bertanya soalan-soalan asas secara kritis kepada pegawai yang menawarkan peluang pengajian. Tak kiralah KU ke, KTIM ke, atau mana2 IPTS yg ada di Malaysia ni.

    InsyaALlah fatin akan dapat maklumat yg tepat, betul dan mencukupi utk buat keputusan yang mungkin akan mengubah seluruh kehidupan Fatin dan keluarga kelak.

    Selamat berjaya Fatin.

    ———————————-

    Respons kpd Pn Ummi, December 30, 2008

    “…Saya akan menumpukan kpd prospek bidang ini krn ia seakan perkara pokok dlm soalan pn. Pra-sekolah (PS) adalah tempoh pendidikan awal kanak-kanak < 6 tahun. Di negara kita PS mula menjadi perhatian Kem. Pelajaran (KPM) sejak tahun kira-kira lebih 10 tahun lalu. Di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) misalnya program PS telah bermula seawal 1992 lagi di peringkat sijil. Kini maktab2 tetentu ada menawarkan kursus dalam cuti (KDC) utk guru2 KEMAS yg mengajar kanak2 berusi 4-6 tahun di Tadika KEMAS.

    Statistik KPM menunjukkan enrolmen pelajar PS semakin meningkat dr tahun ke tahun. Pn boleh melihat data ini di laman web KPM unit prasekolah. Tinjaun rambang sy jg mendapati ibu bapa kini semakin sedar utk menghantar anak2 mereka seawal 4-5 tahun mengikuti PS samada di sekolah kerajaan atau swasta. Fenomena ini lebih ketara di kota-kota besar kerana faktor pendidikan ibu bapa dan kemampuan kewangan yg lebih tinggi. Terdapat banyak nursery di kota2 besar menawarkan pendidikan PS – samada beracuankan silibus sekular, islam dan kebangsaan.

    Mengambil peluang ini, banyaklah pengusaha tadika/nursery membuka dan menambah cawangan nursery dsbnya bagi menampung permintaan yg semakin bertambah.

    Perkembangan ini sangat disedari oleh KPM. Oleh itu, KPM telah memperuntukkan sejumlah dana yg agak besar bagi membangunkan pendidikan pra-sekolah di negara kita. Baru-baru inipun pihak KPM mengumumkan bahawa negara memerlukan lebih ramai lagi guru-guru PS bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak yang akan terus meningkat setiap tahun.

    Dengan fakta ini cukup memberi gambaran bhw bidang PS mempunyai prospek yg cerah. Ia mempunyai kelompok sasar tersendiri dan tidak akan bersaing dengan pendidikan konvensional yg sedang berjalan sekarang, termasuk latihan utk guru sekolah rendah dan menengah di maktab atau universiti. Turut sama mendapat perhatian KPM ialah pendidikan khas bagi kanak-kanak OKU.

    Utk makluman pn, setahu saya sekurang-kurangnya ada 3 IPTA yg menawarkan pengajian peringkat ijazah PS atau pendidikan awal kanak2; iaitu USM, UM dan tentunya UPSI. Setakat ini graduan PS/Pendidikan Khas/Pendidikan Awal Kanak2 IPTA berkenaan lazimnya mendapat tempat mengajar di sekolah kerajaan. Rezeki mereka lebih baik berbanding graduan pendidikan lain.

    Bagi membantu kerajaan menyediakan guru2 PS ini beberapa IPTS telah memulakan langkah dgn menawarkan program PS di peringkat diploma. ANtaranya Unisel, Unitar, OUM, dan Uniti. Saya percaya lebih banyak lg IPTS yg akan membuka prgram DPS kerana permintaan akan terus bertambah.

    Timbul soalan di sini cukupkah setakat diploma PS sahaja? Saya berpendapat ia tidak mcukupi. Justeru, graduan IPTS ini perlu melanjutkan pengajian mrk ke IPTA utk ijazah pl. Adakah mereka berpeluang ke IPTA selepas tamat pengajian diploma PS di IPTS? Jawapannya : YA, asalkan diploma mereka telah mendapat akreditasi penuh dr Agensi Kelayakan Malaysia (MQA, dulunya LAN). Dan setelah mendpt ijazah mereka kelak, status mereka adalah sama dengan senior mereka sebelum ini kerana program ijazah PS berjalan dgn kebenaran dan mempunyai hubungan langsung KPM.

    Namun, suka sy mengingatkan bahawa dasar kerajaan boleh berubah – kadang2 secarfa tiba2 atas sebab2 tertentu. Utk akan dtg samada guru PS terikat dgn KPM saya tiada jaminan. Ini bermakna belum tentu juga mereka dpt ditempatkan di sekolah kerajaan kelak. Ini benar apabila sekolah kerajaan tidak lagi mampu menerima pelajar2 PS. Saya juga dimaklumkan oleh graduan UPSI PS bhw junior mereka (sekarang tahun 2 di UPSI) tidak terikat dgn KPM. Mereka akan menyertai open-market bila tamat pengajian kelak.

    Jadi, walaupun prospek bidang PS adalah baik tetapi dalam hal2 tertentu nasib mereka tertakluk kpd keperluan semasa ketika mereka tamat pengajian kelak.

    Jika pn mahukan pendapat sy ttg pilihan adik pn mengikuti pngajian DPS di Unisel, saya boleh katakan itu adalah pilihan yg baik. Selebihnya terpulang kpd sejauh mana adik pn menumbuhkan minat dan bermotivasi utk berjaya dlm pengajiannya kelak. Sebagai kakak, galakan dan sokongan moral sangat membantu adik pn utk berjaya dlm bidang yg masih baru di negara kita ini.

    Persoalan samada calon guru PS lelaki atau perempuan tidak menjadi isu. Cuma satu hakikat yg perlu kita akur ialah majoriti bakal guru PS adalah dari kaum perempuan memandangkan fitrah mendidik lebih dekat dgn naluri kaum perempuan berbanding lelaki.

    Bagi mendapat kejelasan dan kepastian yg lebih sahih pn boleh rujuk kpd unit prasekolah KPM. Maklumat2 dari arkib berita online dapat diakses utk membantu puan dlm isu ini. Maaf jk penjelasan sy ini terdapat kesilapan fakta dan maklumat yg tidak kemas kini.”

    Harap penjelasan panjang lebar di atas membantu sdri memahami prospek bidang ini dan hal2 berkaitan dengannya

    Jika suatu diploma tidak diiktiraf MQA di mana2 kolej IPTS – peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah adalah sifar @ nil! Begitu juga utk bekerja di sektor awam.

    Tapi jika IPTS insyaALlah tiada masalah.

    Selamat membuat keputusan yg terbaik sdr.

    Wallahu a’lam

  65. Salam sdri Nur,

    Saya sarankan sdri merujuk isu ni kpd pihak KEMAS di tempat sendiri. Bagi pihak saya atau Kolej Uniti kami tiada hubungan dgn pihak KEMAS lagi.

    Apapun moga ALlah memudahkan usaha sdri. Amin

  66. Salam Ina89,

    Terima kasih kerana bertanya. Soalan sdri ini adalah soalan asas yg wajib ditanya oleh semua pelajar sebelum memulakan pengajiannya di mana2 IPTS.

    Saya menjawab ringkas :

    Program DPS Uniti masih belum mendapat pengiktirafan penuh MQA kerana ia adalah program baru. Buat masa ini – atas kehendak undang-undang negara – pihak Uniti sedang menyiapkan segala dokumen yg berkaitan utk dinilai MQA. Persiapan penuh dijangka pada pertengahan Julai atau akhir Julai nanti.

    Suka saya tegaskan bhw DPS telah berjalan baru 4 semester dan ia telah mengikut mengikut segala undang2 negara di sisi Kementerian Pengajian Tinggi dan MQA.

    Utk makluman sdri soalan tentang pengiktirafan MQA ini adalah soalan paling ‘popular’ ditanya. Maka sdri boleh merujuk atau menyemak semula semua soalan dan jawapan berkaitan dalam laman DPS blog ini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan mendalam.

    Selamat mencari maklumat yg penting ini.

  67. ‘Alaikisalam Tieya,

    Tahniah kerana sdri telah pun mendapat tempat di Matrikulasi KPM dan juga pada masa sama ditawarkan juga diploma pendidikan awal kanak2 UPSI di kala ramai kawan sdri yg tidak berpeluang utk belajar di sana ataupun mana2 IPTA utk melanjutkan pengajian pasca-SPM mereka.

    Nyata sekali yg sdri seorang yang beruntung.

    Namun kerana ketidakjelasan dalam pilihan kerjaya dan sejauh mana peluang yg sedang ada di depan mata sekarang membantu utk pencapaian kerjaya masa depan meletakkan Tieya dalam situasi dilema.

    Utk meleraikan kebuntuan tieya beberapa perkara hendaklah dipertimbangkan.

    Pertama, utk menjadi pensyarah yg berjaya seserong itu mestilah jelas apakah bidang atau disebut disiplin akademik yg diminati. Ini penting – selain kelayakan SPM yg baik – kerana menceburkan diri dlm bidang yg kita minati lebih mudah menimbulkan dorongan utk mendalami bidang tersebut dr satu tahap ke satu tahap lain. Juga, lazimnya kita akan lebih bersungguh sejak awal lagi.

    Namun saya tidak pasti apakah sebenarnya disiplin (bidang) akademik pilihan yg tieya minati (tidak tieya nyatakan di sini). Bagaimana dengan pengkhususan yg sedang diikuti di matrikulasi KPM sekarang ? Tieya minati atau terpaksa belajar kerana itu yg telah ditawarkan KPM sebelum ini.

    Soalan ini adalah antara soalan yg maha penting kerana jika kt masih tercari2 bidang yg secocok dgn minat dan kelayakan kita ia boleh mengganggu fokus pembelajaran yg sedang ikuti sekarang misalnya apabila ada tawaran lain kita akan ‘teruja’ dan berkira2 utk pertimbangkan semula status pengajian kita skrg. Tawaran itu boleh jadi tawaran bidang lain atau tawaran kerja.

    Jangan pertaruhkan masa depan dgn melakukan suatu perkara yg tidak kita minati. Namun jika bidang itu baik utk pasaran kerja masa depan dan masih kurang persaingan minat boleh tumbuh kemudian asalkan tieya cuba mengubah persepsi dan cara berfikir utk mengubah hasilnya kelak.

    Ini kerana tidak semua kejayaan bermula dgn apa yg kita minati atau bidang yg kita pelajari masa di menara gading. Banuyak faktor kemudian hari kelak yg boleh mengubah arah kerjaya kita. Saya sendiri mengambil jurusan Sains Nuklear semasa di UKM tapi kerjaya sy sekarang bukan sbg penyelidik nuklear tetapi sbg pendidik. Dan bidang terbaru sy sejak 7-8 tahun lalu ialah sarjana sains peradaban atau ketamadunan manusia di UM.

    Kedua, aspek prospek kerjaya bagi bidang pilihan kita – adakah ia bidang yg marketable setelah tieya tamat pengajian nanti?

    Jika tieya ingin menjadi pensyarah ia adalah kerjaya yg baik. Kerjaya ini sentiasa ada kekosongan kerana IPT awam atau swasta semakin banyak di negara kita.

    Namun perlu diingat bhw kelayakan menjadi pensyarah sekarang di IPTA khususnya adalah sangat ketat. CGPA mestilah mcapai kelayakan kelas dua atas at least! Lepas tu kena buat master dan PhD utk melayakkan mendapat status pensyarah. Ini berbeza dgn situasi 5-10 tahun dulu yg ‘relatively easier’.

    Tapi ingat tentukan dulu pengkhususan atau disiplin yg kita minati.

    Ketiga, pertimbangan bidang pendidikan awal kanak2 (PAK) adalah harus jika tieya tidak pasti (berbalik aspek pertama di atas) bidang yg ingin diceburi.

    Bidang PAK sdang mendapat tempat di negara kita. Kerjaya yg baik jk Tieya memilih mjadi guru pra-sekolah. Jk mampu kelak tieya boleh menjadi usahawan PAK. Klien PAK semakin meningkat kerana jumlah pelajar2 PAK bertambah. Fakta menunjukkan kadar kelahiran rakyat tidak pernah menyusut. Sebab tu klien PAK sentiasa ada walapun ekonomi negara merudum sekalipun! Sekarang pun kerajaan memberi fokus dan dana yg besar dlm industri PAK negara. Misalnya program PERMATA tajaan Datin Seri Rosmah – isteri PM sekarang.

    Atau boleh juga jika mencapai kelayakan akademik yg tinggi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan PhD utk diterima sbg pensyarah di IPTA atau IPTS. Peluang ini masih baru di negara kita dan ia terbuka luas kepada yg berminat.

    Jadi, apakah kesimpulannya di sini Tieya?

    Saya fikir Tieya perlu putuskan bidang akademik yg secocok dgn minat, dan diperkukuhkan dgn maklumat ttg prospek kerjaya masa depan.

    Buat keputusan berdasarkan fakta atau maklumat bukan perasaan – adakah teruskan matrik atau beralih ke pra-sekolah di UPSI ?

    Setelah itu tetapkan dan muktamadkan pendirian. Sebagai muslim tieya bertawakallah kepadaNya. Jangan lupa berdoa kepadaNya utk petunjuk kerana Dialah yg maha mengetahui tentang diri tieya.

    ‘Do your very best, let Allah do the rest’

    Selamat membuat keputusan tieya.

    Wassalam

  68. ‘Alaiksalam Rashid,

    Setahu saya peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pendidikan adalah terbuka asalkan sdr memenuho syarat kelayakan IPTA yg dipohon. Syarat tersebut termasuklah diploma pendidikan awal kanak2 telah diikitraf sepenuhnya oleh MQA, dan sdr telah mencapai PNGK minima yg ditetapkan – misalnya 3.00 dan ke atas.

    Tentang niat sdr utk menjadi guru sekolah rendah atau menengah saya rasa ia tergantung kepada ijazah yg sdr ambil dan lulus kelak. Jika ianya dalam bidang pendidikan awal kanak2 juga mustahil sdri boleh diterima di sekolah menengah! Maka, pilihan bidang mestilah bersesuaian utk ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Msia di sekolah di bawah pentadbirannya samada sekolah rendah atau menengah.

    Wallahua’lam

  69. salam cikgu, saya sangat pening untul memilih kos untuk saya sambung pelajaran saya di ipts. result spm saya mempunya 3 kredit sahaja. adakah saya layak untuk mengambil kos pendidikan awal kanak kanak (DPAK) ? dan adakah lelaki sesuai ambil kos tersebut? harap cikgu dapat menbantu saya. 😊

  70. W’salam Muhammad,

    Sdr layak memohon DPAKK dengan kelayakan 3 kredit SPM. Pelajar lelaki kini telah mula berkecimpung dalam bidang Pendidikan Pra Sekolah atau Pendidikan Awal Kanak-kanak.

    Sila isi borang permohonan atas talian di blog ini jika berminat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s