Persediaan Ke Arah Akreditasi Penuh MQA

Salam para pelajar yang dikasihi sekalian,

Mulai cuti panjang lepas, pihak pengurusan DPS telah pun memulakan persiapan untuk proses Akreditasi Penuh MQA (fka LAN) kerana cohort pertama DPS kini sudahpun berada pada semester 4 – tempoh minima di sisi undang-undang untuk memanggil panel MQA membuat penilaian akreditasi.

Pihak Uniti sangat berterima kasih kepada 4 orang graduan UPSI yang telah menyumbang khidmat baktinya selama 1 semester yang lalu iaitu Cik Mar, Cik Ita, En Bab dan En Ali. Khidmat mereka begitu dirasai oleh para pelajar khususnya pelajar semester 1. Buktinya hampir 80% pelajar DPS semester 1 mencapai PNGK melepasi mata 3.00.

Untuk semester ini program DPS diperkukuhkan lagi oleh khidmat pensyarah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau pra-sekolah. InsyaALlah pelajar-pelajar DPS semester ini akan mendapat ilmu dan pengalaman berharga daripada kalangan mereka yang sangat berkelayakan.

Beberapa hari lepas kita telah dikunjungi oleh sekumpulan pensyarah dari sebuah institusi pendidikan tempatan untuk mereka berkongsidsc_5726-e1 pendapat dan bertukar-tukar buah fikiran mengenai perjalanan program DPS di Uniti. Buah fikiran mereka sangat berharga bagi memperkemas dan mempertingkatkan lagi persediaan program DPS untuk proses akreditasi MQA yang dijangka pada bulan Februari atau Mac depan.

Kita juga telah mendapatkan khidmat dari dua orang pengusaha pra-sekolah swasta yang telah lama berkecimpung dalam pendidikan pra-sekolah. Beliau ialah Pn. Ruzita dan Madam Audrey. Pengalaman luas mereka dalam bidang ini perlu dimanfaatkan pelajar khasnya dari sudut praktikal penubuhan sebuah pusat pendidikan pra-sekolah.

Kepada pelajar semua, saya ucapkan Selamat Kembali ke Kolej Uniti untuk Semester Baru yang lebih mencabar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s