Ketua Program DPS Yang Baru

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Mei 2009 ini Cikgu Bad tidak lagi memegang jawatan Ketua Program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS).

dsc_2662_resize2Jawatan ini akan diambil alih oleh En Zakri Md Zain.

InsyaALlah program DPS akan ditadbir urus dengan lebih baik di bawah kepimpinan En Zakri Md Zain kerana beliau adalah seorang yang mempunyai minat yang mendalam (passion) dalam bidang pendidikan pra-sekolah sejak program ini dijalankan 2 tahun lalu. Sebahagian daripada masalah dalam program  ini telah selesai dengan bantuan beliau. Justeru, belaiu beliau adalah calon yang paling layak untuk menerajui program yang paling ramai pelajarnya di KU.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik/IT), UTM Skudai dan Sarjana Sains Komputer UKM.

Kepada para pelajar DPS sekalian, selepas tarikh tersebut sila berurusan dengan En. Zakri untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan akademik anda.

Cikgu Bad ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberi kerjasama kepada beliau sepanjang memimpin program ini.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diberikan kepada pihak pengurusan KU yang telah memberi kepercayaan dan membantu Cikgu Bad menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Program DPS selama ini.

Di atas kelemahan dan kesilapan yang Cikgu Bad telah lakukan beliau memohon kemaafan dari semua, baik pelajar mahu pun majikannya.

Moga ALlah memberkati program ini dan seluruh warganya.

Amin

15 comments on “Ketua Program DPS Yang Baru

  1. Assalamualaikum..

    Saya norfadilah, Saya ingin bertanya, bagaimana untuk memohon jawatan sebagai pensyarah atau tutor di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.. Saya mempunyai ijazah di dalam psikologi kanak-kanak dan keluarga dan saya mempunyai pengalaman di dalam menjadi seorang guru di tadika swasta dan menjadi pelatih kaunselor di hospital di unit psikiatri kanak-kanak dan remaja.

    • Wa’alaikumsalam Norfadilah,

      Sila emailkan resume kepada cikgubad@gmail.com untuk pertimbangan pihak kami. Kami memang sedang mencari pensyarah dalam bidang pendidikan pra sekolah atau yg berkaitan dengannya untuk keperluan semester akan datang.

  2. salam..
    maaf kerana tersalah komen, sepatutunya komen yg lpas tu sy komen dkt aduan pelajar..dkt sini sy nk ambil ksemptan untuk mngucapkan tahniah kpd encik zakri kerana tlah mnjdi ketua bg program DPS..

    sekian,

  3. salam..
    cikgu bad, sy rsa klau slip ppriksaan boleh di ambil secara online, semua student akn rsa mudah..sebab, klau student asyik telefon kolej dan respon phak kolej pula tidak memuaskan, ini akn mmbuatkan pljr tertanya2 tntg kptsan yg mereka dpt..lg pun, klau secara online, student boleh tahu status mereka sama ada lulus atau sbliknya..klbhan secara online juga adalah, student boleh tahu kptsan mereka dgn cpt dan mereka boleh layari internet pada bila2 msa untuk mngetahui kptsan pprksaan mereka..

    sekian,

    • Salam Amalina,

      Isu ini pernah juga dibangkitkan juga oleh seorang dua pelajar Uniti dalam blog ini. Ini memberi petanda bahawa pelajar begitu prihatin dan peka kepada masalah yang menimpa pembelajaran pelajar di kolej. Pihak kolej juga berterima kasih kerana Amalina memberikan cadangan yang baik bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan. Inilah sikap yang betul – pelajar tidak hanya mengadu atau mengkritik tetapi memberi jalan keluar kepada masalah yang dialami.

      Namun, akibat kekangan tertentu yang bersifat teknikal kemudahan mengakses keputusan melalui internet tidak dapat dilaksanakan lagi. Setakat ini ia masih dalam perancangan dan pengujian pihak ICT kolej. Sistem yang dibangunkan masih di peringkat ujian sebagaimana yang saya difahamkan.

      InsyaALlah demi manfaat pelajar kemudahan ini akan dapat direalisasikan kelak.

      Terima kasih Amalina.

  4. assalamualaikum.. saya sem 1 yg mngmbil dps ingin tahu bila kputusn akn keluar dan bila untuk mndftar bg sem 2.. dimnkah kputusn itu blh dilihat??? harap maklum.. salam..

    • ‘Alaikumsalam Siti dan juga Siti Mariam,

      Berdasarkan takwim akademik sesi 2009/0, semua pelajar lama dan sem 1 ambilan Mei dan Ogos dijadualkan mendaftar untuk sem Januari kelak mulai 9 Januari 2010. Namun mengikut kebiasaan jadual pendaftaran akan dikeluarkan mengikut program. Jadual ini akan dimaklumkan kemudian melalui blog ini. Pendaftaran tidak akan berlaku serentak ikut ‘suka-suka’ pelajar.

      Mengenai keputusan peperiksaan, amalannya ialah pelajar menelefon kolej seminggu dua sebelum tarikh pendaftaran. Pelajar boleh mendail no telefon baru kolej iaitu 06 661 0519 atau 06 6610515 dan minta disambungkan kepada Pn Syikin (Bahagian Akademik). Slip keputusan peperiksaan hanya boleh diambil semasa hari pendaftaran kelak – dengan syarat pelajar telah melunaskan hutang tertunggak kepada kolej.

      Buat masa ini keputusan peperiksaan tersebut tidak akan dikirim kepada pelajar atas sebab tertentu.

      Semua pelajar akan dimaklumkan kelak melalui surat tentang tarikh pendaftaran dan hal-hal lain berkaitan selain menyiarkannya di dalam blog kolej.

      Wassalam

  5. salam, saya pelajar sem 1 bagi intake mei 2009. saya ambil kos dps program pendidikan pra sekolah. saya nak tahu bila tarikh kami pelajar dps daftar untuk masuk sem 2. harap maklum. tq

    • Salam u&me,

      Dalam isu ini, moderator menyiarkan sebarang berita aktiviti pelajar yg dimaklumkan kepadanya. Pemakluman telah dibuat ke atas semua Ketua Program Akademik termasuk program DPP untuk memaklumkan kepada moderator blog dalam mesyuarat akademik. Namun, setakat ini moderator – yang kebetulan ‘dekat’ dgn DPS – hanya mendapat makluman daripada Kerua program dan pensyarah DPS. Ini menjelaskan mengapa banyak berita yang disiarkan berkisar aktiviti DPS.

      Moderator sangat mengalu-alukan perkongsian aktiviti rasmi dari semua pihak untuk disiarkan dalam blog ini. Sila hantar aktiviti pelajar atau program ke cikgubad@gmail.com. Kiriman tersebut mestilah menyatakan nama program, motif, sasaran dan – jika telah tamat – pencapaiannya. Gambar dari program yang telah dianjurkan sangat digalakkan.

      Mengenai masalah aktiviti program selain DPS tidak mendapat liputan, moderator akan cuba mengatasi masalah ini.

      Terima kasih u&me.

  6. Tahniah saya ucapkan di atas pelantikan jawatan yang disandang sekarang ini.semoga cikgu dapat melaksanakan tugas sebagai ketua program dps yang baru dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s