Ingin Belajar di UNITI?

Semenjak 3 tahun lalu, Kolej UNITI telah melaksanakan kaedah pengambilan/penawaran terus pelajar untuk mengikuti program akademik di Kolej UNITI tanpa melalui kaedah lazim melalui iklan di akhbar.

Untuk tujuan ini, UNITI Resources (UR) telah ditubuhkan. Maklumat lanjut tentang peranan dan siapakan penggerak unit penting ini, sila klik di sini.

Jika berminat sila isi butiran anda di dalam borang permohonan di sini.

91 comments on “Ingin Belajar di UNITI?

  1. assalammualaikum cikgu,
    tumpang tanya,sy pelajar lepasan spm…
    sy diberi peluang utk menjadi pelajar uitm yg menumpang bljr di kolej uniti under mara…adakah peluang ini yang terbaik bagi sy?

    • Wa’alaikum salam Fatihah,

      Tahniah kerana telah mendapat tawaran dalam program UiTM-UNITI. Cikgu yakin Fatihah bersyukur atas nikmat yg Allah kurniakan ini.

      Menjawab soalah Fatihah, cikgu berharap ini adalah peluang yang baik untuk Fatihah mencapai cita-cita dalam hidup. Namun, sejauh mana sikap dan kelakuan Fatihah di sepanjang pengajian ketika berhadapan dengan tugasan, kerenah kawan-kawan, ujian dan sebagainya akan menentukan samada peluang ini digunakan sebaik-baiknya atau sebaliknya.

      Prinsip ini terpakai walau di kolej mana pun Fatihah belajar. Pencapaian adalah tanggungjawab individu. Manakala pensyarah, kolej, persekitaran dan rakan-rakan sekuliah adalah faktor luar yang menyokong atau membantu pencapaian.

      Cikgu ucapkan selamat datang ke Kolej Uniti.

  2. Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya intake untuk sambung belajar seterusnya bila? Saya memang teringin sangat nak masuk kolej ni.

  3. assalamualaikum cikgu,saya berminat utk menyambung pengajian dikolej ini,saya berminat untuk masuk pada bulan ogos,bagaimana dgn masalah saya ini cikgu? harap ada maklum balas dgn secepat mungkin .

  4. SALAM CIKGU BAD….

    SY BWU JE PAS DPT RESULT STPM BG TAUN 2011\2012
    RESULT SY XDEK LA BAIK SGT TP KELAYAKN KE UNITAR NK AMEK IJAZAH PENDIDIKN AWL KANAK2 LPAS LA
    SBB SY AGAK BNGUNG NGAN RESULT SY NIE,,,
    RESULT STPM SY
    PENGAJIAN AM C-
    SEJARAH A-
    BHS ARAB C+
    SYARIAH C_…
    HARAP CKGU LEH TLG SY EA….
    ANDAI KATA SY LYAK KE UNITAR…UNITAR ADE X PNJAMAN MARA????
    CM NE NK MOHON PNJMAN MARA???

    TERIMA KASIH BYK2 CKGU…WASSALAM

    • W’salam Nur Syahidah,

      Sdri mempunyai keputusan STPM yg baik. Sudah tentu layak untuk memohon program UNITAR. Adapun tentang penajaan MARA ia mensyaratkan SPM 5 kredit termasuk BM. Untuk kepastian sdri boleh merujuk sendiri kepada MARA.Tidak semua program ditaja MARA. Selebihnya ditaja oleh PTPTN.

  5. salam tuan,sy berminat utk mendalami ilmu disini,dalam jurusan pengajian islam..tp msa spm sy tk ada mngmbil b.arab..pengambilan masa ad??

    • Wa’alaikumsalam sdr Syed,

      Terima kasih kerana berminat untuk menyambung pengajian dalam Diploma Pengajian Islam. Sebenarnya DPI juga terbuka kepada pelajar dari aliran bukan agama/bahasa Arab seperti sdr Syed.

      Namun syarat minima yang telah dipersetujui / dikenakan MQA ialah sekurang-kurangnya 3 kredit SPM. Dalam kes sdr hanya ada 2 kredit sahaja. Ini tentunya tidak menepati syarat yg ditetapkan.

      Jika masih berminat sdr tiada pilihan lain melainkan sdr perlu mengambil beberapa subjek SPM untuk mencukupkan 3 kredit pada masa akan datang.

      Setahu saya juga semua IPTS yg menawarkan bidang ini mempunyai syarat yg sama.

      Selamat mencuba lagi Syed.

    • Wa’alaikumsalam Wanie,

      Bahasa pengantar untuk semua program di Kolej UNITI adalah bahasa Malaysia kecuali bagi program UiTM. Jadi, DPS sebagai program dalaman menggunakan bahasa Malaysia dalam kuliah dan penyediaan tugasan ilmiah.

    • Wa’alaikumsalam Nurul,

      Pengambilan pelajar baru untuk semester Julai dan Ogos masih dibuka lagi. Jika berminat sila emailkan kepada cikgubad@gmail.com no telefon Nurul agar Perunding Akademik kami dapat menghubungi Nurul secepat mungkin.

  6. sy ingin thu brape yuran pendaftaran dan yuran sem 1..sy pelajar lepasan spm 2011,ingin memohon diploma pendidikan pra sekolah..

  7. salam alaik.saya berminat utk ambil kos pengajian islam ,, tp sy nak tau kos yuran utk 1sem brp? kalau utk sthun brape?pembiayaan tmpt tinggal?

    • Wa’alaikum Serikandimujahidah,

      Yuran pengajian adalah RM4000.00 per semester. Jika setahun RM8000.00. Jika 3 tahun RM24,000.00. Yuran tersebut sudah meliputi kos penginapan tapi tidak termasuk makan minum.

      Semasa pendaftaran, pelajar baru dikehendaki membayar RM2,600.00 (sekali bayar). Ia boleh dibayar sekali gus atau secara beransur-ansur dalam tempoh semester 1.

  8. Assalamualaikum Cikgu…saya berminat untuk mengambil fakulti diploma pendidikan pra sekolah..jadi saya ingin bertanya..apakah syarat kelayakan untuk memasuki diploma pendidikan pra sekolah di kolej uniti?..dan bagaimana pula cara untuk memohon?..terima kasih..

    • Wa’alaikumsalam Shawani,

      Syarat masuk hanya sekadar 3 kredit mana-mana subjek SPM. Sila emailkan no telefon Shawani kpd cikgubad@gmail.com. InsyaALlah Shawani akan dihubungi segera oleh Penasihat Akademik UNITI.

      Terima kasih Shawani.

  9. salam cikgu.. saya seorang lepasan spm tahun 2011.keputusan spm saya langsung tak memberansangkan…saya mmg berminat untuk mengikut diploma sains komputer sejak dlu lg…tapi saya mempunyai masalah dengan keputusan spm saya dimana addmath saya telah gagal…bahasa melayu B+,bahasa ingeris B,math D….…saya ingin mengambil diploma sains komputer….result tuh saya layak atau x?

    • Wa’alakikumsalam Shafika,

      Syarat minima utk Diploma Sains Komputer di Uniti ialah 3 kredit sahaja termasuk BM dan Matematik. Di IPTS lain mungkin hampir sama syaratnya.

      Jika berminat sila emailkan no telefon Shafika ke cikgubad@gmail.com.

    • Wa’alaikumsalam Fifie,

      KU milik penuh swasta-bumiputera 100%. Semua program akademiknya telah mendapat pengiktirafan akreditasi MQA kecuali program yang baru seperti Diploma Pengurusan Muamalat, dan Diploma Bahasa Arab.

  10. salam cikgu..

    saya seorang lepasan spm tahun 2012,keputusan saya sangat tidak memberansangkan…tapi sejak dari kecil keinginan saya untuk berbakti sebagai warga pendidik sangat mendalam…saya mempunyai masalah dengan keputusan spm saya dimana addmath saya telah gagal…bahasa melayu A,bahasa ingeris B,math C…..saya takut impian saya terkubur…saya ingin mengambil diploma pendidikan awal kanak-kanak….layakkah saya???

    • Wa’alaikumsalam Dieya,

      Syarat masuk ke program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak atau Pra Sekolah ialah hanya 3 kredit dan lulus BM. Jika sdri ada syarat ini sdri memang layak. Ini adalah syarat masuk Kolej UNITI. Tidak jauh berbeza dengan syarat IPTS lain.

      Sdri dipersilakan memohon.

  11. SALAM…SAYA INGIN BERTANYA..SAYA MENGAMBIL SPM PD THN 1999 PANGKAT 3 DAN LULUS BAHASA MALAYSIA TAPI BUKAN DENGAN KEPUJIAN..LAYAK KE SAYA UNTUK MENGAMBIL DIPLOMA PRA PENDIDIKAN KANAK2.

    • Wa’alaikumsalam Azizah,

      Syarat masuk hanyalah 3 kredit mana-mana subjek SPM. Jika sdri ada sekurang-kurangnya ada 3 kredit SPM ia sudah memadai walaupun dapat Pangkat 3. Bahasa Melayu perlu lulus sahaja.

      Silakan memohon.

  12. salam cgu bad sy may dr sabah…sy nk tny umo sy msk 27thun,dlm thun ne dn sy brminat utk msk blajar d KU sy lpasan spm thun 2002 dn 5kredit trmsok bhasa mlayu dan sains…sy nk sgt smbung blajar tp sy dh brumah tgga…ada tk pluang bg sy? dn apa ka klayakan-klayakan yg d prlukan utk mngikuti pmblajaran sesi d KU? slepas tmat blajar apa pluang pkrjaan yg sy ssuai mohon? t.kasih

    • Wa’alaikumsalam Mayahaniza,

      Dari segi kelayakan sdri sudah mencapai kelayakan minima yang mensyaratkan hanya 3 kredit SPM sahaja. Dari segi usia pula tidak juga menjadi halangan. Kolej UNITI pernah menerima pelajar berusia 26-27 tahun sebelum ini. Pelajar tersebut sudahpun bergraduat sekarang.

      Halangannya sekarang ialah sdri sudah pun berkeluarga dan tinggal pula di Sabah. Mungkin tanggungjawab sebagai seorang yang sudah berkeluarga sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran sdri kelak di Kolej UNITI melainkan masalah ini diurus dan sudah dipersetujui penyelesaiannya dengan keluarga di Sabah.

      Di Kolej UNITI sekarang pun ada pelajar yang sudah berumah tangga tapi berjaya mengurus masanya dengan keluarga dan pelajarannya.

      Mengenai peluang pekerjaan sebagai graduan Diploma Pra Sekolah, setakat ini hanyalah Tadika KEMAS dan tadika swasta sahaja. Jika sdri melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kelak di IPTA barulah sdri berpeluang mengajar di kelas pra sekolah di sekolah kebangsaan, dengan syarat sdri ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

      Selamat mencuba Mayahaniza.

    • Wa’alaikum salam Siti,

      Kelayakan masuk untuk semua program dalaman KU adalah 3 kredit sahaja bagi mana-mana subjek SPM kecuali bagi program UiTM dan UPM ia memerlukan 5 kredit temasuk Matematik dan Bahasa Inggeris (bagi UiTM).

    • Wa’alaikum salam Siti,

      Bahasa pengantar di Kolej Uniti adalah Bahasa Melayu kecuali bagi program UiTM yg menggunakan bahasa Inggeris.

  13. ASSALAMUALAIKUM..

    saya berminat untuk masuk KU dalam bidang pendidikan pra sekolah.. saya nak tahu berapa kos yuran pengajian untuk bidang ini…

  14. Assalammualaikum,

    saya nak tahu, apa bila tamat belajar dalm program diploma pra sekolah dari UNITI ini, utk.sambung program ijazah dlm program pra sekola( kos yg.sama) adakah pihak UNITI link dgn mana2 IPTA dan uruskan terus penyambungan belajar itu.Saya berminat dan ingin joint UPSI andainya ada link dgn UPSI atau mana2 IPTA.Terimakasih tuan.

    • Wa’alaikumsalam Masdiah,

      Setakat ini KU belum lagi menjalinkan kerjasama dengan mana-mana IPTA. Untuk menyambung ke peringkat ijazah ia terpulang kepada inisiatif pelajar secara peribadi. Maklumat terkini yang saya ketahui sekurang-kurang 6 orang graduan KU yang telah diterima belajar di UPSI dan UMS dalam bidang pendidikan atau berkaitan pendidikan.

  15. salam … saye minat untk jd ckg matematik … saye harap sy blh msk kolej ni , tp saya takut akan kos perbelanjaan .. adkah kolej ini menawarkan biasiswa?

    • W’salam Aiman,

      Di Kolej UNITI tiada diploma atau ijazah dlm Matematik ditawarkan. Aiman boleh memohon IPTA seperti UKM dan UM utk mencapai cita2 Aiman. Utk makluman kolej ini juga tidak menawarkan biasiswa kepada para pelajarnya. Pelajar lazimnya mendapat penajaan dari MARA atau PTPTN.

  16. SALAM..SYE NK TYE LAU NK JDIK CKGU SK RENDAH ??KNE AMEK DIP PRA SEK KEW??LAU IPG TU UNTUK LEPASAN SPM DAN MATRIK YEA??LAU UMO DH 21 LEH MHON AG KEW??

    • W’salam Siti,

      Setahu saya guru sekolah rendah kerajaan mensyaratkan seseorang itu mesti pemegang ijazah pra sekolah, pendidikan awal kanak-kanak atau pendidikan khas dari IPTA atau IPG (institut Pendidikan Guru, dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan).

      Syarat masuk ke IPG ialah SPM utk kelas persediaan atau asasi sebelum mengkhusus dlm bidang pilihan di peringkat ijazah.

      Tentang had umur ke IPG saya kurang pasti. Tetapi jika ke IPTA tiada had umur ditetapkan asalkan memenuhi syarat yg ditetapkan IPTA.

      Wallahua’lam

  17. sekiranya lepas jak tamat pengajian slama 3tahun dalam diploma pendidikan pro sekolah rasanya tak nak lagi sambung blajar ambi ijazah….di mana peluang pekerjan bagi yg memiliki diploma DPS sehaja? tolong jawab soalan ni……terima kasih.

    • Salam sejahtera Win,

      Sdr boleh berkhidmat di tadika swasta atau memohon jawatan guru tadika KEMAS dengan syarat diploma IPTS sdr telah mendapat akreditasi penuh MQA dan sdr mendapat kepujian BM SPM sdr. Buat masa ini prospek pemegang diploma pra sekolah adalah dalam bidang pendidikan secara khususnya. Namun sdr boleh juga berkhidmat di dalam sektor awam atau swasta dalam bidang pentadbiran jika ada iklan menawarkan jawatan tersebut di dalam media cetak atau elektronik.

    • Wa’alaikumsalam Akis,

      Jika Akis lepasan SPM 2010, pencapaian 3 kredit dan lulus BM sudah memadai untuk Akis memohon program diploma pendidikan awal kanak-kanak atau pra sekolah di IPTS. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut peluang pengajian di Kolej UNITI, sila emailkan no telefon bimbit Akis ke cikgubad@gmail.com.

      Terima kasih Akis.

  18. salam. saya ira baru berumur 18tahun. baru jer habis spm. saya hanya mempunyai 2krd. adakah saya layak untuk meneruskan pelajaran ?

    • Wa’alaikumsalam Ira,

      Syarat memohon utk mengikuti pengajian diploma di IPTS lazimnya minima 3 kredit. Justeru, Ira tidak melepasi syarat minima tersebut. Namun, Ira masih boleh meneruskan pengajian di pusat kemahiran kerajaan seperti ILP, ADTEC atau GiatMara.

      Ira tidak perlu rasa rendah diri dan berputusasa kerana kejayaan tidak semestinya dalam akademik tetapi juga dalam bidang kemahiran. Dan ramai yang telah berjaya dalam kerjaya selepas tamat pengajian di pusat kemahiran tersebut.

      Selamat berjaya Ira.

    • Wa’alaikumsalam Mie,

      Cikgu andaikan yg Mie maksudkan ialah bidang pra sekolah. Bidang ini terbuka utk perempuan dan lelaki. Jadi, Mie berpeluang utk memohonnya.

  19. saya berminat untuk mengikuti proram di KU. umur saya 25 tahun dan sedang bekerja sebagai pembantu pengurusan murid di karak, pahang. ada x program separuh masa?

    • Wa’alaikumsalam Nazifah,

      Setakat ini KU belum lagi menawarkan program separuh masa termasuk diplomA prA sekolah. Tentang umur sdri tiadfa masalah utk sdri diterima sbg pljr

  20. Assalamualaikum…

    Saya berminat untuk mengikuti DPS ini. Tetapi umur saya sekarang 28 tahun. SPM 6 kredit. Adakah saya layak? Jika saya diterima, saya akan tamat pengajian pada umur 31 tahun. Adakah saya sudah terlambat untuk diterima bekerja sebagai guru prasekolah? Untuk pengetahuan cikgu, ramai memberitahu fizikal saya kelihatan seperti berumur 23-24 tahun (alahai tak ada harapan ke…). Terima kasih atas jawapan yang akan diberikan nanti.

    • Wa’alaikumsalam Nadia,

      Dengan kelayakan 6 kredit, sdri memang layak menyambung pengajian dalam bidang DPS di KU.

      Tentang soalan kedua, untuk menjadi guru pra sekolah di sekolah kebangsaan, seseorang itu perlulah memiliki ijazah dalam pra sekolah atau pendidikan awal kanak-kanak dari IPTA tempatan atau IPG. Kelayakan diploma tidak mencukupi untuk diterima sebagai guru pra sekolah.

      Ini adalah syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, jika tidak silap ingatan saya.

      Jika Nadia berminat untuk menyambung pengajian diploma pra sekolah KU kami sangat berbesar hati untuk menerimanya.

      Selamat maju jaya Nadia.

  21. Salam,

    Saya berminat untuk menjadi guru pra dan sekarang saya mengikuti pengajian Diploma Eksekutif Pendidikkan dan Perkembangan Awal kanak-kanak di uum layakkah untuk menjadi guru pra dan bagaimanakah caranya? atau perlu belajar lagikah? di uniti untuk diploma Pra sekolah

    Harap cik Nur boleh bantu terima kasih

  22. Saya mempunyai Diploma in Quantity Surveyor, sekiranya sy ingin menjadi guru pra sekolah adakah dimestikan untuk mengambil kursus pra sekolah. kaalau ya bagaimanakah caranya?

    • Salam Normala,

      Saya mengandaikan sdri maksudkan guru pra sekolah di Sekolah Kebangsaan di bawah KPM. Setahu saya semua guru terlatih untuk kelas pra sekolah ini mestilah berkelulusan ijazah dalam bidang pra sekolah atau pendidikan awal kanak-kanak dari IPTA/IPG.

      Oleh itu, sdri mestilah menyambung beberapa tahun lagi pengajian dalam bidang yang disebutkan tadi di IPTA sepeti UM, UPSI atau USM. Ramai dari lulusan ijazah pra sekolah UPSI misalnya berasal dari latar belakang diploma bukan pra sekolah, sebaliknya ramai dari bidang diploma pertanian, grafik dan rekabentuk, sains komputer dan seumpamanya.

      Peluang ke IPG pula setakat ini dibuka hanya kepada lepasan SPM dan matrikulasi.

      Tetapi jika sdri ingin menjadi guru KEMAS atau di tadika swasta, kelulusan sdri – walau pun bukan bidang – masih boleh dipertimbangkan.

      Selamat mencuba.

      Wallahua’lam

    • Wa’alaikumsalam Nana,

      Syarat minima 3 kredit perlu dipatuhi utk layak memohon program dalaman KU. Mungkin Nana boleh mencuba pusat latihan atau kemahiran. Jangan putus asa dlm mengejar impian.

      Semoga NaNa berjaya. Amin

    • Wa’alaikumsalam Nor,

      Setakat ini tiada had umur tertentu dikenakan sebagai syarat untuk menjadi pelajar KU. Pelajar paling berumur yang pernah mendaftar ialah 25 tahun untuk program Pra-Sekolah.

    • Salam Farisha,

      Sdri perlu ada sekurang-kurangnya 3 kredit SPM untuk layak memohon semua program akademik KU KECUALI program UiTM dan UPM yang mensyaratkan 5 kredit termasuk BI dan Matematik.

  23. assalamualikum..
    saya asmah..
    saya ni x ada pengalaman dlm mengajar ni..tapi blhka saya memohon
    utk buat diploma pendidikan ni..
    blh x klau saya ambil PJJ..

    • Wa’alaikumsalam Asmah,

      Jika sdri mempunyai kelayakan 3 kredit dalam SPM, sdri layak memohon dan ditawarkan untuk belajar dalam bidang ini di Kolej UNITI. Tapi program ini digubal untuk format 3 tahun sepenuh masa, dari sem 1 hingga sem 6.

      Setakat ini kami belum lagi menawarkan secara separuh masa atau PJJ.

  24. salam ckgu..saya arfira nak ambil DPS..mcm mana nak memohon??
    klau boleh sya nak msuk utk thun hdpn..tp umor sya dh pun 22 thun utk thun dpn..masih layak ke??sya bkelulusan stpm..boleh ke??

    • Wa’alaikumsalam Arfira,

      InsyaALlah hasrat sdri itu tiada masalah. Yang penting ada kelayakan dan komitmen utk belajar. Mohon Arfira emailkan no telefon rumah/peribadi ke : cikgubad@gmail.com agar Penasihat Akademik Kolej UNITI dapat menghubungi sdri secepat mungkin untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai peluang belajar di Kolej UNITI.

      Terima kasih Arfira.

    • Wa’alaikumsalam Yuni,

      Mohon kerjasama Yuni utk emailkan no telefon personal/rumah ke : cikgubad@gmail.com.

      InsyaALlah Yuni akan dihubungi segera oleh Penasihat Akademik Kolej UNITI bagi membantu urusan permohonan ke bidang akademik yang bersesuain di Kolej UNITI.

      Terima kasih.

    • Wa’alaikum salam Maryam,

      Ya sdri layak utk memohon (andaian sy sdri maksudkan IPTS seperti Kolej UNITI) kerana BI bukan syarat kemasukan ke program dalaman UNITI kecuali program Diploma Pengurusan Muamalat.

      Jika ada persoalan lanjut sila emailkan kepada saya : cikgubad@gmail.com

      Selamat memohon Maryam.

Leave a reply to farisha Cancel reply