Maklum Balas ke Atas Aduan Pelanggan (Terkini)

Maklum balas atau respons rasmi berikut diberikan oleh pegawai kolej berkenaan ke atas aduan yang dibuat melalui borang rasmi di ‘page’ ADUAN/KOMEN/PERTANYAAN.

Mulai sekarang pelajar dikehendaki borang aduan rasmi tersebut.

1.

Time: Saturday December 8, 2012 at 11:58 am

Nama: bb
Email (digalakkan untuk kami hubungi): –
Aduan/Maklumbalas/Pertanyaan Pelanggan: slmt mlm cikgu bad..saya nak tanya bila mula kuliah bagi semester 5…sa sangat memerlukan info ini kerana hal ini menyebabkan kami mengalami masalah untuk tempah tiket..sekian terima kasih..
Siapa saya?: Pelajar KU
No Telefon/Fax (Digalakkan untuk kami hubungi): –
Alamat (Jika perlu):

Maklum balas dari Siti Fatimah Harun, Bhgn KRP.

Saya sudah hubungi pelajar  tersebut dan memberi penerangan kepada pelajar tersebut.

2.

Time: Saturday December 8, 2012 at 7:34 pm

Nama: wal
Email (digalakkan untuk kami hubungi): –
Aduan/Maklumbalas/Pertanyaan Pelanggan: assalammualaikum cikgu bad..
sye nak tnye..kerana pasal MARA sye..
sye dapat mara.. n sye lambat antar surat maklumat mara..jd mara sye kne batal..
jadi sye kne ambil PTPTN…
jdi kalo sye nak mintak MARA balik boleh x???
Siapa saya?: Pelajar KU
No Telefon/Fax (Digalakkan untuk kami hubungi): –
Alamat (Jika perlu):

Maklum balas daripada Cik Salina Haris, Bhgn Pentadbiran

Salam..

1) Disebabkan penajaan MARA pelajar telah dibatalkan, pelajar perlu menunggu satu semester lagi bagi membolehkan permohonan yang baru dibuat.

2) Ini bermakna pelajar akan hilang tajaan selama 2 semester.

Terima kasih

3.

Time: Thursday December 13, 2012 at 9:39 am

Nama: nor azmin
Email (digalakkan untuk kami hubungi): –
Aduan/Maklumbalas/Pertanyaan Pelanggan: assalamualaikum..saya ingin tanya kenapa surat pemberitahuan pendaftaran saya masih belum saya terima lagi?..sila maklumkan saya melalui no telefon yang diberikan..sekia terima kasih..
Siapa saya?: Pelajar KU
No Telefon/Fax (Digalakkan untuk kami hubungi): –
Alamat (Jika perlu):

Maklum balas daripada : Cik Siti Fatimah Harun, Bhgn KRP

wkslam…

Bahagian KRP telah menghantar surat kepada semua pelajar yang akan naik mendaftar mgkin ada masalah tertentu yang menyebabkan surat pelajar tersebut masih belum diterima. Saya telah menelefon pelajar tersebut  dan menerangkan perkara tersebut.Terima kasih Cikgu Bad atas perkara di atas.

Terima kasih.

4. Time: Friday February 8, 2013 at 3:53 am

Nama: fadilla
Email (digalakkan untuk kami hubungi): auni_lala@yahoo.com
Aduan/Maklumbalas/Pertanyaan Pelanggan: Salam.. cikgu bad.. saya bekas pelajar KU dan wakil dari kos DKTM.. saya ada soalan.. bolehkah kami pelajar lepasan KU mendapat rebet? Ini kerana, sebelum kami menghadiri konvo di PICC tahun lepas, pihak pentadbiran ada memberitahu mengenai rebet itu dan kami layak.. jika kami layak, bilakah tempoh untuk kami mendapat rebet itu? Terima Kasih.
Siapa saya?: Pelajar KU
No Telefon/Fax (Digalakkan untuk kami hubungi):-
Alamat (Jika perlu): 102 D, JALAN BARAU 4, BATU 10, 81300 SKUDAI, JOHOR

Jawapan :

26 Februari 2013
Wa’alaikum salam Fadilla,

Maaf di atas kelewatan memberi respons ke atas kemusykilan yang telah diajukan pada 8 Feb lalu. Berikut adalah jawapan dari Bahagian Kewangan Pelajar berhubung isu yang dibangkitkan iaitu tentang rebat.

Pemberian rebat akan dilakukan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Buat masa ini proses pengiraan rebat sedang dilakukan dan berada di peringkat penyemakan semula di Unit Kewangan Pelajar.

Unit kewangan masih menunggu ‘lampu hijau’ dari bahagian pengurusan untuk membuat pembayaran kepada graduan yang layak. Pengumuman lanjut akan dibuat kemudian.

Cik Salina Mohd Haris
Ketua Pentadbiran dan Kewangan
Kolej UNITI PD

 

5.Time: June 16, 2013 at 6:55 am

Nama: Safura
Email (digalakkan untuk kami hubungi): –
Alamat (Jika perlu):
Siapa saya?: Pelajar KU
Program Akademik (jika pelajar KU): Diploma Pengajian Perniagaan UiTM-UNITI
Semester: Sem 1
No Telefon/Fax (Digalakkan untuk kami hubungi): –
Kategori aduan/komen/pertanyaan: Hal Ehwal Pelajar
Aduan/Komen/Pertanyaan Pelanggan: adakah pelajar perempuan islam,wajib memakai tudung sewaktu belajar?

Jawapan :

Wa’alaikum salam Safura,

Polisi dan peraturan samada akademik, hal ehwal pelajar, dan kehidupan sepanjang berada berada dalam premis kolej dan asrama digubal agar selari dengan kehendak syariat. Cara hidup ini meliputi semasa pelajar mengikuti kegiatan akademik (lebih-lebih lagi) dari 8.30 – 5.45 petang. Justeru pelajar muslim dan muslimah wajib memakai pakaian yang menjaga aurat mereka. Selain pakaian tersebut melambangkan kesopanan dan etika seorang pelajar, ia adalah kewajiban di sisi hukum agama. Ia bukan semata-mata pakaian yang dituntut peraturan atau etika berpakaian kolej.

Wajib bermakna sebagai hambaNya, kita tiada pilihan melainkan patuh kepada tuntutan ini. Sama seperti menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.

Wallahua’lam

2 comments on “Maklum Balas ke Atas Aduan Pelanggan (Terkini)

  1. My name is Pn Serena Low. On 15/6/2014, my husband & myself & my son attended your counselling & interview session @ Shah Alam. On that same day, we paid a deposit of rm 200 for my son who was interested to study a diploma course on “Pengurusan Perbankan Muamalat”. Somehow later because of financial constrained we could not allow our son to further his studies. More ever the other caused of our cancellation were some feedback & info that were given wrongly thus we were suspicious of the management of Uniti Kolej.
    I have texted to Pn Hafiza twice on the request & our plead to return the rm200 deposit to us. We needed the money. She did not promise but she said that she will try to help with the refund. After 2 months now, I still did not hear from her and I’m taking for granted now that our rm200 deposit has been forfeited. Nevertheless, here are some questions that I would like to ask the management of Uniti College & I hope to get some honest answers from you guys.
    Prior to our visit & interview session @ Shah Alam on 15/6/2014. I had called Pn Hafiza and we spoke & discussed about the course that my son was interested. She had advised & suggested for my son to take & study for Dip Pengurusan Perbankan Muamalat, a programme she said under UTM(Uni Teknologi Malaysia) but study in Uniti Kolej, Port Dickson.
    My questions here are:-
    1) The programme “Diploma Pengurusan Perbankan Muamalat” is a programme from Uniti Kolej itself and not from UTM so why did she told me a different thing? Is this a gimmick?
    ……

    • Salam Pn Serena Izzah Low,

      Admin blog mohon puan emailkan no telefon peribadi puan ke cikgubad@gmail.com agar pihak berkenaan dapat segera menghubungi puan untuk mendapatkan info lanjut berhubung aduan puan.

      Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s