Simulasi PNG

Salam buat semua pelajar Kolej Uniti,

Sila aturkan temujanji anda dengan saya untuk mendapatkan khidmat bimbingan ‘Mengira PNG dan Ramalan Keputusan Peperiksaan Anda’. Anda boleh menghubungi saya di talian hayat saya atau berjumpa terus di pejabat saya untuk mendapatkan masa temu janji.

Pemahaman kaedah pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) anda boleh membantu persediaan menghadapi peperiksaan. Maklumat daripada sesi ini berguna untuk membuat perancangan akademik untuk semester semasa dan akan datang.

Sesi ini telah membantu pemahaman penilaian akademik dan perancangan  pembelajaran sebilangan pelajar Uniti sebelum ini dari berbagai program terutamanya DPI, DBS dan DIA.

Justeru, pelajar-pelajar khasnya pelajar baru adalah sangat digalakkan untuk mengikuti sesi 30 – 60 minit ini supaya anda semakin celik bahawa takdir yang baik (keputusan peperiksaan) boleh dirancang dengan izin ALlah dengan kaedah simulasi PNG (excel-based)  yang saya bangunkan.

Untuk memudahkan sesi pembelajaran ini, pelajar perlulah membawa salinan struktur atau format program masing-masing. Jika tiada sila dapatkan satu daripada ketua program anda. Maklumat daripada dokumen ini penting untuk kita mengetahui jumlah kursus dan jam kredit mengikut semester dan keseluruhan pengajian.

Bagi pelajar senior anda mesti – sebagai tambahan – membawa SEMUA salinan slip keputusan peperiksaan  semester lalu.

Maklumat-maklumat tertentu dari dokumen ini akan menjadi input atau data penting untuk dimasukkan ke dalam program simulasi mengira PNGS & PNGK.

Mesin kira (calculator) boleh dibawa jika ada. Anda juga boleh belajar dengan membuat kiraan sendiri secara praktikal. Belajar melalui pengalaman lebih berkesan.

BADRUL HISHAM ITHNIN aka Cikgu Bad
Perunding Akademik Pelajar
Kolej UNITI

Advertisements

10 comments on “Simulasi PNG

  1. Pingback: Simulasi PNGS dan PNGK : Ambil Peluang Sekarang! « Blog Kolej UNITI

  2. cikgu bg pandangan dr segi subjek yg patut sy ambk sem dpn boleh x? sy akan senaraikan subjek nyer…

    kebarangkalian utk pergi ke universiti jauh kerana sy di johor dan universiti di penang…kbykkan kelas sy sc online…

    harap cikgu dpt membantu…

  3. terima kasih cikgu bad, dlm slip saya ada tulis taraf akademik T1. cikgu tau apa maksudnya x?

    bagaimana utk sy susun strategi subjek2 apa yg perlu sy ambil pd sem depan… pd ms ini sy masih lg dlm proses nk kaji apa major & minor sy…keliru dgn keputusan yg ingin dbuat…

    • Maaf Ariffin simbol atau huruf yg digunakan adalah berbeza antara IPT. Sdr mesti merujuk kpd buku panduan akademik IPT sdr utk kepastian atau bertanyakan pensyarah atau pegawai di bahagian akademik utk menjelaskannya.

      Apapun saya pasti T1 bermaksud status atau taraf kognitif (intelektual) sdr dalam keadaan lemah. Ia ‘tidak sihat’ dan perlukan rawatan pembetulan yg segera. Jika tidak ‘kesihatan intelek’ sdr akan menjadi lebih kritikal apabila mata kumulatif di bawah 1.50.

      Cuba berbincang dgn pensyarah atau penasihat akademik sdr (jika ada) utk membantu perancangan akademik sem akan datang. Saya percaya beliau boleh menasihatkan secara objektif cara belajar yg betul, termasuk memilih kursus-kursus sem depan. Antaranya memilih kursus yg mudah dulu dan jgn lupa utk mengulang kursus yg gagal. Jgn terikut-ikut dgn kwn lain yg melepasi mata kumulatif 2.00. Ukur baju di badan sendiri..

      Cikgu tidak boleh membantu lebih drpa ini kerana sdr di luar capaian atau lingkungan cikgu. InsyaAllah pensyarah di IPT sdr masih boleh membantu sdr dgn lebih efektif lagi.

      Tiada yg mustahil atau sukar bagi yg ingin terus mencuba dengan kaedah baru. Semoga sdr berjaya.

  4. Saya pelajar PJJ utk kursus pengurusan, sy br melepasi semester 1 dan pointer yg br sy dpt ialah 1.67.. bagaimana utk sy merancang utk mendpt keputusan yg lebih baik,, maaf sy dh lama meninggalkan dunia belajar jd utk memulakan semula byk benda yg sy tak tau.. sy harap tuan dapat membantu, sekiranya tuan perlukan maklumat2 lain yg berkaitan sy akn berikan…

    sekian, terima kasih,

    wassalam

    • Salam Ariffin,

      Pointer atau mata sdr adalah agak rendah dan berada pada tahap percubaan / amaran. Biasanya dgn keputusan / status lemah ini dekan/pengarah program tidak akan membenarkan sdr mengambil lebih dr jumlah kredit biasa. Di kolej saya, pelajar spt ini dihadkan tidak boleh melebihi 12 jam kredit. Ini utk mengelak pelajar dr menerima bebanan yg tidak mampu ditanggungnya hingga boleh menjejas pungutan mata terus di bwh paras 2.00. Jadi Ariffin kena ikut araahan akademik ini.

      Antara strategi utk mendapat mata lulus 2.00 ialah betulkan cara atau pendekatan belajar. Pelajar kdg2 bukannya tidak pandai tetapi salah pendekatan belajar menyebabkan kemampuan inteleknya tidak diasah, dikembang dan dioptimumkan. Saya mencadangkan sdr berubah kepada cara pembelajaran yang aktif spt banyakkan bertanya pensyarah, menjawab soalan sem lepas, berdiskusi dgn rakan yg lbh arif dll.

      Jika sdr masih terus dgn kaedah pasif spt menghafal, asyik membaca tanpa menguji minda, kurang bertanya dll keputusan sama akan terus diulangi hingga akhirnya sdr diberhentikan. Utk lebih jelas ttg pembelajaran smart sila layari blog atau web berkaitan yg banyak terdapat di internet ini. Blog personal saya juga ada menyiarkan tulisan motivasi pembelajaran utk panduan sdr. Klik di sini dan cari di bahagian label/tag motivasi.

      Selamat mencuba Ariffin

    • Salam Shukri,

      Sila berhubung dengan Ketua Program sdr untuk kita dapat kumpulan yg lebih besar. Ini untuk perkongsian yg lebih efisyen dan efektif dengan melibatkan lebih ramai pelajar mengikut program masing-masing.

  5. Pingback: Kelas Bimbingan Kefahaman PNG (Kaedah Simulasi) « Blog Kolej UNITI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s