SOALAN LAZIM DITANYA (FAQs) – Terkini

Berikut adalah soalan-soalan lazim ditanya mengenai Kolej UNITI.

1. Adakah Kolej UNITI merupakan IPT milik kerajaan ?

Kolej UNITI (KU) adalah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Ia milik usahawan bumiputera/Melayu sepenuhnya. Justeru, ia bukan IPT milik kerajaan atau biasanya disebut Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Ia merupakan sebuah entiti pendidikan-perniagaan sama seperti IPTS lain misalnya Kolej Yayasan Melaka (KYM), Kolej Islam Selangor (KUIS), INSANIAH, Kolej Shahputra, PTPL, Cosmopoint dan banyak lagi.

2. Bilakah ia ditubuhkan dan bagaimanakah perkembangannya selepas itu ?

Secara rasmi Kolej UNITI mula beroperasi di Kompleks UNITI (dulu Pusat Bina Semangat), Pasir Panjang, Port Dickson pada 15hb Mac 1997  setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran (ketika itu).

Pada tahun pertama, seramai 170 pelajar telah mengikuti program Pra Sains UiTM. Pada tahun berikutnya, pelajar Kolej UNITI meningkat kepada 405 orang dengan 4 program akademik. Pada tahun 2001, dengan 10 program akademik jumlah pelajar telah berkembang kepada 1110 orang. Kini Kolej UNITI telah berjaya menawarkan 13 program yang mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Semua program kecuali yang baru ditawarkan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Kini, dalam meniti usianya yang ke 16 tahun, Kolej UNITI telah mempunyai pelajar berjumlah kira-kira 2000 orang semuanya yang belajar dalam pelbagai disiplin ilmu seperti kemanusiaan, teknologi/kejuruteraan multimedia, pengurusan dan terbaru pengurusan muamalat serta pengurusan halal.

3. Adakah Kolej UNITI eksklusif untuk pelajar Melayu atau Bumiputera sahaja ?

Biar pun Kolej UNITI atau nama penuhnya Kolej Universiti Teknologi Islam milik penuh Melayu/Bumiputera, namun ia adalah sebuah IPTS yang mesra-semua kaum. Semua etnik atau kaum adalah dialu-alukan untuk memohon dan menjadi sebahagian keluarga besar Kolej UNITI.

Pendekata, tiada halangan pada bangsa dan juga agama seseorang untuk belajar di kolej yang panoramik ini.

4. Apakah peringkat pengajian tinggi yang ditawarkan di Kolej UNITI setakat ini ?

Buat masa ini, Kolej UNITI menawarkan dua peringkat pengajian iaitu peringkat diploma dan ijazah.

Bagi diploma ia terbahagi kepada dua. Pertama, program diploma yang dibangunkan Kolej UNITI. Program dalaman ini meliputi pengajian Islam (syariah dan usuludin), pengurusan perniagaan, perakaunan, pengurusan muamalat, bahasa Arab, pendidikan pra sekolah, dan computer networking.  Terdapat juga dua program yang dibangunkan secara usahasama dengan Pergaminelli Design Accademia (PDA) iaitu Graphic Design dan Product Design. Program berasaskan kreativiti dan inovasi ini adalah unik kerana mendapat sentuhan Itali.

Bagi program kedua pula, ia merupakan program diploma secara usahasama atau kerjasama dengan IPTA. Kerjasama strategik dengan IPTA telah terjalin lama bermula awal tahun 2000-an lagi iaitu dengan UiTM (Diploma Sains Komputer, Diploma Pengajian Perniaan dan Diploma Perakaunan) dan UPM (Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia).

Manakala peringkat ijazah pula Kolej UNITI menawarkan program Ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak UNITAR – iaitu satu jenama besar IPTS di Malaysia. Program ini baru ditawarkan semester lalu dan kini telah mempunyai kumpulan pelajar sulongnya seramai 14 orang. Program ini merupakan laluan mudah bagi graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah  KU, selain peluang yang terbuka luas di IPTA seperti UPSI, UMS, USM, UKM dan sebagainya.

5. Adakah KU juga menawarkan program separuh masa atau Pendidikan Jarak Jauh ?

Setakat ini semua program akademik yang ditawarkan bersifat sepenuh masa sahaja. Walaupun terdapat permintaan untuk mengikuti PJJ, namun atas sebab-sebab tertentu program PJJ masih belum boleh dijalankan. Dari segi sambutan, jumlah permohonan yang diterima masih sedikit dan belum mencapai ‘volume’ yang economical untuk kami menjalankan program seperti ini.

6.  Adakah graduan dijanjikan peluang pekerjaan oleh KU ?

Tiada janji atau jaminan peluang pekerjaan kepada graduan oleh KU diberikan. Jika ada oleh mana-mana pihak ia hanyalah janji manis untuk memikat pelajar dan penjaganya supaya menerima tawaran KU.

KU hanya bertanggungjawab menyediakan kemudahan belajar dan peluang menimba ilmu. Selebihnya iaitu untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah atau mencari/meneroka peluang pekerjaan terletak di bahu para graduan sendiri. Ia adalah inisiatif peribadi pelajar, dan bukannya inisiatif KU.

Namun, di kesempatan yang ada bagi mengisi aktiviti kampus, KU ada menganjurkan seminar atau bengkel kerjaya kepada bakal graduan bagi memberikan pendedahan awal mengenai pasaran kerja di dunia realiti.

7. Apakah bahasa pengantar yang digunakan ?

Bahasa pengantar yang digunakan – sebagaimana yang diluluskan oleh MQA – ialah Bahasa Melayu kecuali bagi program usahama dengan UiTM dan Diploma Pengurusan Muamalat yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Pnp).

Manakala bagi Diploma Pengajian Islam, bahasa pengantar utama ialah Bahasa Arab.

8. Adakah graduan KU berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah di IPTA ?

Ya, kerana semua program akademik KU telah mendapat akreditasi penuh MQA (kecuali program yang baru ditawarkan 2013 dan program yang masih belum mempunyai pelajar Sem 4).

Selain itu, graduan KU juga mestilah mempunyai PNGK minima yang ditetapkan oleh IPTA. UPSI misalnya menetapkan dalam syarat amnya pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya PNGK 2.5. Pemohon juga perlu mempunyai MUET sekurang-kurangnya band 1.

Setakat yang dapat dikesan oleh Jabatan Alumni graduan KU diterima mengikuti pengajian ijazah di IPTA seperti UPM, UPSI, USM, UKM, UM, UMS, UMT, UIA dan sebagainya.

Bagi graduan DPI, sebahagian daripadanya telah menyambung ke Universiti al Azhar di Mesir, Universiti Yarmouk di Jordan dan IAIN  ar Raniry Banda Aceh di Indonesia.

9. Di manakah terletaknya kampus KU?

Kampus induk KU terletak di Pekan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dulu ia merupakan tapak Pusat Bina Semangat yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Mulai tahun 2009, kampus baru telah dibuka dan mula beroperasi di Tanjung Agas, Port Dickson berhampiran sempadan Negeri Melaka. Kampus ini dikenali sebagai Uniti Village (UV).

Kampus induk masih lagi beroperasi dan menempatkan bangunan akademik untuk program diploma di bawah Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) dan Fakulti Pengurusan dan Pengajian Islam (FPPI). Manakala kampus di UV pula khusus untuk program Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM).

Maklumat Terkini (Januari 2015) :

Sebuah lagi kampus baru dibuka iaitu di Palm Spring, kira-kira 5 km dari Kampus Induk Pasir Panjang. Kampus ini menempatkan siswa siswi Fakulti Pengurusan dan Pengajian Islam. Mereka juga tinggal di unit kediaman yang disediakan di Palm Spring.

10. Berapakah yuran pengajian yang dikenakan KU ?

Yuran pengajian sepanjang 6 semester bagi program diploma amnya berjumlah RM24,000.00. Kos ini meningkat bagi program sains kejuruteraan atau grafik kerana program ini menggunakan kemudahan makmal dan peralatan yang canggih.

Yuran ini merangkumi yuran akademik, asrama, dan lain-lain yang berkaitan.

Perlu dimaklumkan di sini bahawa yuran pengajian RM4,000.00 setiap semester tersebut TIDAK merangkumi kos bayaran untuk makan minum harian pelajar. Kos ini adalah kos yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga sepanjang pengajian pelajar di KU. Admin percaya tiada IPTS atau IPTA yang boleh menanggung makan minum harian para pelajarnya kerana ia melibatkan perbelanjaan harian yang sangat tinggi. Lagi pun ia bukan menjadi tanggungjawab sesebuah IPT. Tanggungjawab ini terletak di tangan ibu bapa atau penjaga pelajar sepenuhnya.

Adapun situasi di kolej atau pusat latihan tertentu yang dibiayai kerajaan mungkin berbeza. Pelajar bukan sahaja ditanggung makan minum bahkan mereka mendapat wang saku setiap bulan dengan kadar tertentu. Sila rujuk kepada pihak yang berkenaan untuk penjelasan lanjut.

11. Adakah biasiswa ditawarkan kepada pelajar KU ?

Konsep biasiswa telah lama tiada. Sejak sekian lama pembiayaan pengajian pelajar ditanggung oleh MARA atau PTPTN.  Sesetengah pelajar mereka dibiayai oleh dana amanah majlis agama negeri, pinjaman kerajaan negeri dan sebagainya.

Dari rekod kira-kira 80-85% pelajar KU dibiayai oleh penaja yang tersebut di atas. Oleh yang demikian, selepas tamat pengajian pelajar wajib melunaskan hutang dengan penaja pinjaman masing-masing.

Kegagalan melunaskan hutang pengajian boleh menjejaskan peluang untuk mendapat pembiayaan baru kelak. Dalam sesetengah kes pelajar boleh disenarai hitam oleh penaja dan dihalang dari pergi ke luar negeri.

Biarpun tiada lagi konsep biasiswa ditawarkan sebagaimana zaman 80-an dahulu, peluang pelajar untuk memperolehi pelepasan hutang dari penaja masih ada. Penaja seperti MARA ada menawarkan konsep ‘pinjaman boleh ubah’ di mana mana-mana pelajar yang cemerlang akademiknya boleh memohon dengan pejabat MARA untuk ditukar status pinjaman ke biasiswa penuh. Cemerlang di sini bermaksud pelajar memperolehi PNGK akhir setinggi 3.6 dan ke atas (tahap mumtaz). Setelah diluluskan oleh pejabat MARA, pelajar akan dilepaskan dari tanggungan hutang 100%.

12. Adakah pihak KU akan menguruskan permohonan pelajar untuk pinjaman MARA atau PTPTN ?

Ya, pihak kolej melalui khidmat Perunding Akademik (Education Advisor, EA) dan pegawai Unit Kewangan Pelajar akan membantu pelajar membuat permohonan pinjaman samada MARA atau PTPTN – yang mana ada atau sesuai mengikut peruntukan yang diberi – dari segi mendapatkan borang dan memajukan borang yang sudah lengkap diisi ke pejabat MARA atau PTPTN. Pelajar hanya perlu mengisi borang dengan lengkap , termasuk menyediakan salinan dokumen penting yang diperlukan sebelum ia boleh diproses dan dipertimbangkan untuk kelulusan.

13. Adakah kuasa meluluskan pinjaman MARA atau PTPTN terletak di tangan KU ?

Kuasa ini 100% terletak di tangan MARA atau PTPTN.

KU hanya membantu pelajar mendapatkan borang dan menyerahkannya setelah diisi lengkap dan disertakan salinan dokumen iringan kepada pejabat MARA atau PTPTN. Urusan ini walaubagaimanapun perlu dibuat mengikut tempoh masa ditetapkan oleh pihan penaja. Sehubungan dengan itu pelajar perlu memberikan kerjasama sepenuhnya apabila Unit Kewangan Pelajar menawarkan borang pinjaman penaja. Ini kerana ia perlu dilengkapkan dengan kadar segera agar tidak lewat sampai ke pejabat penaja pinjaman dari tarikh yang telah ditetapkan. Selain itu, kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga sangat penting bagi melicinkan proses ini.

14. Bagaimana dengan cara berpakaian, ada etika tertentu yang perlu dipatuhi ?

KU adalah sebuah IPT yang berlandaskan tradisi dan keagamaan biarpun mempunyai misi melahirkan teknokrat yang progresif. Oleh itu, gaya hidup pelajar dan juga stafnya sentiasa diikat dengan nilai dan amalan budaya bangsa. Sesuai dengan namanya Kolej Universiti teknologi Islam, maka nilai dan ajaran Islam didokong dan diberi tempat yang tinggi dalam setiap aktiviti akademik dan kokurilumnya.

Islam, dalam hal-hal yang dibenarkan oleh perlembagaan negara, mendefinisikan cara hidup pelajar. Justeru, pelajar perlu patuh kepada etika berpakaian yang menutup aurat dan menampilkan kesopanan yang selayaknya bagi seorang pelajar Muslim sepanjang mengikuti sesi Pnp dan berada di premis kolej 24/7.

Bagi pelajar bukan Islam, mereka wajib mengenakan pakaian yang sopan menurut uruf atau kebiasaan yang difahami masyarakat berperadaban.

Penampilan beretika ini perlu dikekalkan biar pun pelajar keluar ke bandar (outing) demi menjaga nama baik kolej.

15. Adakah kemudahan bas disediakan untuk pelajar ke bandar PD ?

Mulai tahun lepas pelajar tidak lagi perlu lagi bergantung kepada teksi untuk ke bandar PD. Pihak KU telah mengambil inisiatif memohon perkhidmatan bas tempatan masuk sehingga ke perkarangan ‘Bus Stop’ di depan asrama UV untuk mengambil penumpang dari kalangan pelajar.

16. Apakah kemudahan asas yang disediakan KU ?

Antara kemudahan asas utama yang disediakan ialah asrama pelajar. Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama yang KU sediakan. Dua asrama disediakan iaitu satu di UV sendiri dan satu lagi di Ixora Permai (IP). Kedua-dua asrama ini kedudukannya berhampiran antara satu sama lain.

Selain asrama, pelajar juga disediakan kemudahan bersukan dan berekreasi di UV. Ada sebuah padang bola dan sebuah gelanggang sukan untuk futsal. Di samping itu juga disediakan gelanggang bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong.

Pelajar boleh menjamu selera di Cafe UV dengan harga berpatutan. Bagi mendapatkan barang-barang keperluan peribadi dan alat tulis pelajar boleh membelinya di Koperasi KU di UV.

Ada 2 perpustakaan untuk pelajar mentelaah dan membuat rujukan. Perpustakaan utama di bangunan pentadbiran KU. Manakala perpustakaan cawangan yang dinamakan Baitul Hikmah beroperasi di bangunan akademik UV. Waktu operasi ialah dari 8.30 pagi hingga 5.45 petang. Namun waktu operasi akan dipanjangkan apabila tiba musim peperiksaan. Perpustakaan Baitul Hikmah akan dibuka semula pada waktu malam bagi kemudahan pelajar mentelaah dan membuat rujukan.

17. Apakah syarat dan kelayakan untuk memohon program diploma atau ijazah KU ?

Secara amnya, bagi semua program diploma KU pemohon mestilah sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM. Tidak disyaratkan perlu kredit dalam BM, BI atau Matematik. Namun bagi program berasaskan sains komputer, BM dan Matematik mestilah kredit. Manakala Computer Networking cukup sekadar kredit Matematik.

Bagi program diploma secara usahasama dengan IPTA, pemohon mesti mempunyai 5 kredit termasuk BM dan Matematik/Matematik Tambahan. Khusus untuk diploma UiTM, sebagai tambahan BI mestilah kredit juga.

Program ijazah UNITAR pula mensyaratkan PNGK (CGPA) sekurang-kurangnya 2.0 atau mempunyai 2 prinsipal.

Untuk maklumat yang lebih detil sila semak di sini.

Maklumat Terkini (Januari 2015) :

Program UNITAR-UNITI telah pun ditamatkan mulai semester Januari sesi 2014/15. Oleh yang demikian tiada lagi tawaran dibuka untuk program ini.

 

32 comments on “SOALAN LAZIM DITANYA (FAQs) – Terkini

  1. assalamualaikum cg bad..saya nak tanya,saya ade dpt dri group whatsapp pasal kolej uniti..pada message tersebut tertera no.telefon pegawai perunding akademik..saya dh ws pegawai tersebut dan pegawai tu kata untuk melanjutkan pelajaran saya hanya perlu membayar Rm1000 sbg wang pendaftaran..tiada bayaran bulanan,tidak perlu membuat bayaran setiap sem,yuran asrama bil api air pengangkutan ke kampus semuanya percuma..dan saya boleh membuat pinjaman ptptn..adakah yuran pengajian saya dibayar melalui ptptn??mohon penjelasan

    • Wa’alaikum salam Izrul,

      Admin tidak boleh memberi komen dan terpaksa merujuk isu ini kepada pihak pengambilan pelajar. Boleh Izrul PM admin (CikguBad) di 011 233 80 343 untuk admin mendapatkan maklumat lanjut.

      Terima kasih Izrul kerana memberikan kerjasama.

    • Salam sdr Izrul,

      Berikut adalah maklum balas drpd Cik Norasiah Bte Jamhari, Unit Kewangan Pelajar (UKP) KU terhadap isu yang sdr bangkitkan.

      —–

      1. Pelajar perlu membayar RM1,000 sebagai wang pendaftaran

      Jawapan: Ya pelajar perlu bayar pendaftaran RM1,000 (berdasarkan pakej yang ditawarkan) dan terdapat juga pendaftaran RM1,300 bagi lain program (DKTM, DIGD dan DIPD)

      2. tiada bayaran bulanan, tidak perlu membuat bayaran setiap sem, yuran asrama bil air api pengangkutan ke kampus semuanya percuma.

      Jawapan:
      a) akan ada bayaran semester bergantung kepada pakej kewangan yang ditawarkan berdasarkan pada pendapatan IbuBapa (Rujuk pada pinjaman PTPTN).
      b) Yuran asrama adalah termasuk dalam pakej yang ditawarkan.
      c) pengangkutan ke kampus disediakan dan tidak dikenakan bayaran.

      3. adakah yuran pengajian dibayar melalui PTPTN?

      Jawapan: BENAR, jika pelajar memohon dan mendapat kelulusan dari PTPTN seterusnya menandatangani perjanjian pinjaman PTPTN.

      Sekian.

  2. salam, saya ingin bertanya mengenai Diploma Pengurusan Industri Halal, saya membuat semakan pada pengiktirafan MQA dan KPT untuk diploma ini, dan saya mendapati bahawasanya diploma tersebut blm mendapat pengiktirafan kedua2nya,. mohon pencerahan..

    • Wa’alaikum salam mr I,

      Terima kasih atas soalan sdr mr I. Berikut adalah jawapan daripada Pn Maziah pegawai yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

      —–

      Assalamualaikum

      Ini respon saya terhadap isu tersebut :

      1) permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan akreditasi ke mqa hanya boleh di buat apabila pelajar kohort pertama berada di semester 5 pengajian.

      2) permohonan ke mqa telahpun di kemukakan pada bln jun 2015

      3) lawatan penilaian daripada mqa ke kolej uniti telah di jlnkan pada bln oktober 2015

      4) pihak kolej telah menjawab dan menyelesaikan penambahbaikan terhadap program seperti yg dimaklumkan oleh panel penilai mqa

      5) namun kami masih ada lagi beberapa syarat pematuhan yg perlu di patuhi, dan perkara ini tlh pihak fakulti dan kolej selesaikan serta maklumkan kepada pihak MQA.

      6) kelulusan akreditasi sememangnya mengmbil masa yg agak lama. Bnyak prosedur ataupun proses serta penmbahbaikan yg perlu kami laksanakan terutama dinperingkat penilaian panel mqa

      8) mmg pada kebiasaanya setiap pro akan menerima kelulusan akreditasi penuh sebelum plajar bergraduat. Namun untuk pro dpih ini prosesnya agak panjang, dan itu telah menyebabkan kelewatan bagi mndaptkan kelulusan akreditasi.

      7) Insyaallah Dpih akan memperolehi pengiktirafan akreditasi penuh dlm tempoh terdekat ini.

      8) jika terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dgn saya untuk mndapatkan penjelasan selanjutnya.

      Harap maklum, terima kasih

      Pn Maziah Jaafar,
      Ketua Unit Pembangunan Program dan Kualiti
      KU 2016

  3. Assalam

    Saya ingin bertanya anak saya baru sahaja mengetahui keputusan semester (extend) pada Nov 2016 menunjukkan beliau telah gagal kali ketiga dalam satu paper dan dipercayai tidak dapat menamatkan kursus beliau di UiTM.

    Bolehkah beliau memohon kursus yang ada JV dengan UiTM?

    Sekian, T kasih kerana membantu.

    • Wa’alaikum salam Pn Hasnah,

      Terima kasih atas soalan yang diajukan. Setahu saya berdasarkan pengalaman lalu memang ada kes serupa. Dan pihak KU telah menerima permohonan pelajar berkenaan untuk mendaftar semula di KU bagi memulakan pengajian sem 1 UiTM di Kolej Bersekutu UiTM.

      Namun, pihak kami perlu mendapatkan kepastian drpd pihak UiTM terlebih dahulu sebelum boleh mempertimbangkan permohonan anak puan. Pihak kami sedang berhubung dengan pihak UiTM untuk mendapatkan respon mereka.

      Untuk memudahkan komunikasi antara pihak kami (Fakulti Pengurusan dan Industri Halal – program UiTM di bawah pentadbiran fakulti ini)dengan puan, boleh puan berikan nombor telefon puan kpd saya cikgubad (011 23380343).

      Kerjasama puan kami hargai.

      CikguBad
      Admin Blog KU 2016

  4. Salam.. Saya merupakan graduan Diploma Pengurusan Industri Halal.. Saya telah menyemak status MQA utk kursus tersebut, dan jawapan yg saya dapati ialah kursus tersubut belum mendapat pengikhtirafan dari MQA lagi..

    Mohon pencerahan

    • Wa’alaikum salam Cik Smile,

      Terima kasih kerana mengajukan soalan ini. Berikut saya kongsikan respon daripada Pn Maziah Jaafar daripada Unit Pembangunan Program dan Kualiti Kolej UNITI yang bertanggungjawab dalam urusan berkaitan kelulusan MQA.

      1) Permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan akreditasi ke MQA hanya boleh dibuat apabila pelajar kohort pertama berada di semester 5 pengajian.

      2) Permohonan ke MQA telahpun di kemukakan pada bulan jun 2015

      3) Lawatan penilaian daripada MQA ke kolej Uniti telah dijalankan pada bln oktober 2015

      4) Pihak kolej telah menjawab dan menyelesaikan penambahbaikan terhadap program seperti yg dimaklumkan oleh panel penilai MQA.

      5) Namun kami masih ada lagi beberapa syarat pematuhan yg perlu kami jawab dan selesaikan dalam tempoh terdekat ini

      6) Kelulusan akreditasi sememangnya mengmbil masa yg agak lama. Bnyak prosedur ataupun proses serta penmbahbaikan yg perlu kami laksanakan terutama di peringkat penilaian panel MQA.

      8)Memang pada kebiasaanya setiap program akan menerima kelulusan akreditasi penuh sebelum plajar bergraduat. Namun untuk program DPIH ini prosesnya agak panjang, dan itu telah menyebabkan kelewatan bagi mendapatkan kelulusan akreditasi.

      7) Insyaallah DPIH akan memperolehi pengiktirafan akreditasi penuh dlm tempoh terdekat ini.

      9) Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dgn saya untuk mndapatkan penjelasan selanjutnya.

      Harap maklum, terima kasih

      Pn Maziah Jaafar
      Ketua Unit Pembangunan
      Program dan Kualiti
      Kolej UNITI

    • W’slm Iqin,

      Untuk pengetahuan Iqin program DPIH adalah program baru ditawarkan KU mulai Sesi 2012/13 lalu. Batch paling senior baru berada di Semester 4. Justeru, berdasarkan peraturan MQA, program ini masih belum boleh dinilai untuk mendapat akreditasi penuh.

      Biasanya panel MQA hanya akan dipanggil apabila sesebuah program itu sudah mempunyai batch Sem 5 atau Sem 6. In shaa Allah berdasarkan track record program akademik terdahulu DPIH juga akan melalui prosedur sama dan akhirnya mencapai merit yang ditetapkan MQA untuk mendapat Akreditasi Penuh semester depan.

    • W’salam,

      Kemasukan telah bermula April lalu dan berlaku sehingga Jun. Jika ada pengambilan Ogos (selepas cuti hari Raya Puasa) akan dimaklumkan kemudian.

    • Salam Muhammad,

      Yuran kami adalah pada kadar ‘harga patut’ dan tidak jauh berbeza dengan IPTS lain kecuali IPTS di bawah kerajaan negeri kerana mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Kolej UNITI 100% milik swasta.

      Walaubagaimanapun PTPTN, MARA, Tabung Yayasan Negeri dan seumpamanya ada untuk membiayai pengajian sdr pada kadar yang tertentu. Justeru, kewangan bukanlah lagi faktor pokok untuk tidak sambung pengajian pasca-SPM.

  5. salam sy nk tanya betul ke yang sedara sy kata dia nk masuk cosmopoint n x perlu bayar apa2 selain tanggung sendiri makan dan minum??? sdara sy tu orang susah n kakak yang bg nasihat kat dy katakn yang dia x perlu bayar walau sedikit n xpayah bayar blik ptptn…

    • Wa’alaikum salam Siti,

      Maaf kami tidak dapat menjawap bagi pihak Cosmopoint kerana kami adalah Kolej UNITI. Sila rujuk kepada bahagian kemasukan Cosmopoint untuk penjelasan isu kewangan yang dibangkitkan.

    • W’salam Ain,

      Yuran pendaftaran RM2600.00. Yuran pengajian RM4,000.00 setiap semester termasuk yuran asrama.

  6. Assalammualaikum.

    Kami dari Little Jannah Integrated Kindergarten ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada para graduan Kolej Uniti untuk bekerja di tadika kami. Sila hubungi Teacher Nurul di 013-908 4000 untuk temuduga.

    ** Cikgu Bad. tolong publish di ruang kerjaya. tq 🙂

  7. Assalam…adakah berbaloi membayar yuran semahal itu? ajen yang mempromosikan kolej ini juga (xxxxxxxx) tidak mengetahui bahawasanya yuran yang dibayar tidak termasuk makan dan minum pejar.

    • Wa’alaikumsalam Amira,

      Aduan sdri 11 Okt lalu telah dipanjang kepada pihak pengurusan KU. Namun siasatan tidak dapat dibuat memandangkan sdri tidak menyertakan butiran lengkap pengadu.

      Pihak pengurusan memohon agar sdri memberikan nama penuh sdri dan nombor telefon untuk dihubungi bagi mendapatkan gambaran sebenar aduan sdri.

      Mohon kerjasama sdri sepenuhnya agar kami dapat memberikan keadilan kepada semua pihak terbabit.

      Admin ada menghubungi sdri melalui email tetapi server Yahoo tidak ‘mengenali’ email sdri lalu tidak dapat menyampaikan email tersebut kepada sdri.

      Sekian, terima kasih

  8. Assalammualaikum? cikgu bad, saya nak minta pendapat lah, saya kompius pasni nak blajar mana… sekarang saya plajar sem6 dip pra sek kat uniti, saya berminat nak sambung ke tahap yang lebih tinggi dan saya berminat jadi guru di sek krajaan, kalau boleh tak nak la mengajar hanya di pra sek shj. Apa syarat kelayakkan untuk saya menyambung ke tahap lebih tgi ye? mungkin cikgubad boleh beri pendapat ke mne hala tuju yang sesuai untuk pljr lepasan dip pra sek nie?

    • Wa’alaikum salam Rina,

      Kelihatannya sdri ingin menceburi bidang lain selepas bergraduat nanti. Sebenafnya tiada masalh utk bertukar ke bidang lain. Ada senior sdri skrg yg memilih bidang psikologi, kaunseling bahkan ada juga memilih bidang yg agak lari spt sejarah di UKM. Ini terjadi kerana baru mengenal pasti minat sebenar. Namun, ada juga dpt bidang bukan pilihan utama kerana faktor kuota telah dipenuhi. Apapun, nyata sekali DPS atau diploma lain juga menjadi batu loncatan atau tiket utk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di IPTA/IPTS.

      Cikgu harap sdri telah pun maklum setakat mjadi graduan DPS sdri takkan berpeluang menjadi guru
      prasekolah di sekolah kerajaan. Kini KPM mensyaratkan semua guru sekolah menengah dan rendah mempunyai ijazah pendidikan dari IPTA/IPTS. Jika graduan bukan pendidikan sdri perlu terlebih dahulu memohon utk mengikuti setahun pengajian KPLI atau DPLI di IPG KPM.

      Tanpa memenuhi syarat di atas sdri takkan peluang utk mengajar di sekolah kerajaan, baik peringkat prasekolah atau lebih tinggi di sekolah rendah atau menengah.

      Syarat utama utk diterima belajar di IPTA ialah PNGK wajib melepasi 3.0. Tapi cikgu lebih suka melepasi 3.50 kerana kini persaingan agak sengit utk mendapat tempat di IPTA.

      Cikgu harap sdri sudah mula serius memikirkan bidang yg sesuai dgm minat/jiwa sdri utk ijazah nanti.

      Selamat berjaya Rina.

    • Wa’alaikumsalam Rusydan,

      Polisi pihak kolej sehingga hari ini ialah semua pelajar disediakan asrama dari semester 1 hingga sem 6. Pelajar yang berhajat tinggal di luar perlukan kebenaran khas dari pihak HEP. Adalah menjadi satu kesalahan jika pelajar tinggal di luar asrama tanpa keizinan khas HEP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s