Pengumuman Majlis Konvokesyen ke-10 Kolej UNITI 2011


Dengan ini dimaklumkan dengan rasminya bahawa Majlis Konvokesyen ke-10 Kolej UNITI akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh       : 8 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi (masa berkumpul utk perarakan masuk ke dewan)
Tempat : Grand Ballroom, Klana Resort, Seremban

Maklumat terperinci boleh dilihat dalam surat jemputan di bawah.

Surat jemputan ini dan dokumen lain berkaitan sedang dalam proses pengiriman ke alamat tetap/surat menyurat graduan. Namun tanpa perlu menunggu surat di atas, pelajar boleh memuaturun surat dan dokumen penting iaitu Lampiran A – pengesahan kehadiran dan Lampiran C – Borang pendaftaran Alumni di sini. (sila klik)

Kedua-dua lampiran tersebut hendaklah diposkan ke Sekretariat Konvokesyen Kolej UNITI ke-10 (guna alamat biasa Kolej UNITI) dengan kadar segera untuk tujuan rekod dan persediaan, penempahan jubah graduan dan sebagainya.

Bakal graduan juga boleh emailkan dokumen tersebut (dengan syarat ia diimbas (scan) dan ditukar ke format Jpeg atau format PDF ke : pestakonvouniti@gmail.com.

Menyedari bahawa surat mungkin akan tiba lewat ke rumah bakal graduan, maka Pengarah Konvokesyen telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan Lampiran A dan C iaitu dari 14 Sept. (asal) ke ke 21 Sept.

Bayaran yang perlu dilunaskan bakal graduan ialah RM200.00 dalam bentuk WANG POS sahaja atas nama KOLEJ UNITI SDN BHD. Ia hendaklah diposkan bersama dengan Lampiran A dan C.

Pelajar juga boleh memilih untuk menyerahkan wang pos tersebut semasa mengambil jubah pada 6 atau 7 Oktober nanti kepada Sekretariat Konvokesyen yang bertugas pada masa itu.

Jika bakal graduan mempunyai sebarang persoalan berhubung dengan dokumen-dokumen di atas, sila berhubung terus dengan Cik Haslin Hamzah di talian 0176879454 dengan kadar yang segera.

Kepada bakal graduan Kolej UNITI, pihak Sekretariat Konvokesyen Kolej UNITI ke-10 mengucapkan tahniah dan dan Selamat Berkonvokesyen.

Cik Norsyahidah binti Ahmad
Pengarah Konvokesyen Kolej UNITI
ke-10 2011

Alumni UNITI


Mutakhir 26 Mei 2009

Kerana ada yg bertanya dan mungkin ‘terasa hati’ dengan senarai tak lengkap kumpulan graduan Uniti yang dinyatakan di dalam posting asal di bawah, maka suka saya jelaskan di sini bahawa Alumni Uniti terbuka untuk semua bekas-bekas pelajar Uniti – selain yang telah saya senaraikan – termasuk bekas pelajar Asasi Sains Universiti Malaya dan Matrikulasi Sains Universiti Putra Malaysia.

Kesilapan menyenaraikan kumpulan graduan Uniti adalah tidak disengajakan.

Harap maaf.

—————————————

Kepada yg emailkan borang keahlian Alumni Uniti diharap dapat mengepilkan sekali (copy and paste) foto bersaiz pasport di bahagian yg telah ditandakan pada borang tersebut.

Kerjasama anda sangat dihargai.

21 Mei 2009

—————

Setelah begitu lama tertangguh kini pihak HEP Kolej Uniti sedang mengambil inisiatif menubuhkan Alumni Uniti.

Kini idea yang pada mulanya di atas kertas sedang diterjemahkan ke dalam bentuk praktikalnya.

Sebagai langkah permulaan pihak HEP kini berusaha mengumpulkan maklumat semua bekas pelajar Kolej Uniti iaitu lepasan sijil pra-UiTM, diploma Uniti atau UiTM atau UPM dan ijazah UPM-Uniti, bertujuan untuk mewujudkan pengkalan data Alumni Uniti.

Justeru, kepada semua bekas pelajar Uniti yang masih ’sudi dan punya hati’ kepada kolej yang tidak sepertinya ini, sila muat turun ‘Borang Keahlian Alumni Uniti 2009′ di My Shared..box di bahagian atas kanan blog ini.

Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah difakskan kepada Pn Noraida bte Muner, pegawai HEP di talian : 06 6619022 atau emailkan ke : nisrin_ns@yahoo.com.

Marilah sama-sama merealisasikan hasrat murni ini sebagai tanda kecintaan kepada kolej ini.

‘Apapun status anda sekarang, ianya bermula di Uniti’.

Moga Allah memberkati usaha ini.

Selamat beralumni.