KU bergabung dengan BondaMama


Kolej UNITI (KU) maju setapak lagi apabila mengorak langkah strategik – bergabung dengan BondaMama bagi memperkukuh penglibatan kedua-dua institusi ini dalam industri pendidikan awal kanak-kanak tanah air.

Majlis tandatangan Ku dan Bondamama antara Dekan Fakulti Pembangunan Manusia dan Pengarah Bondamama

Penjanjian antara kedua-dua institusi ini telah dimeterai secara rasmi di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan pada Jumaat lalu, tanggal 30 November. Pak Utih selaku Dekan Fakulti Pembangunan Manusia mewakili KU, manakala BondaMama pula diwakili oleh Pengarah BondaMama sendiri. Continue reading

Advertisements

JAWATAN KOSONG : Pembantu Taska & Guru Tadika


BondaMama Kids Centre adalah rangkaian taska dan tadika bumiputera di seluruh negara yang kini mempunyai lebih 70 cawangan dan terus berkembang dengan pesatnya.

Kami menawarkan jawatan kosong di seluruh negara untuk diisi seperti berikut:

PEMBANTU TASKA (20 kekosongan)
Latihan akan diberikan termasuk kursus KAAK
(Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak)
GURU TADIKA (10 kekosongan)
Latihan perguruan akan diberikan

LATIHAN AKAN DIBERIKAN | TEMPAT TINGGAL & MAKAN MINUM DISEDIAKAN

Emailkan kepada resume/cv anda kepada perjawatan@bondamama.com – Atau hubungi terus melalui telefon cawangan-cawangan BondaMama di seluruh negara.

Sila rujuk senarai di laman web www.bondamama.com.

Tarikh tutup permohonan adalah pada  30 NOVEMBER 2012.