Simulasi PNG


Ramai pelajar dari pelbagai program telah mendapat manfaat daripada kaedah simulasi PNG yang telah dibangunkan sejak 5-6 tahun lalu, sama ada melalui kes rujukan dari Ketua Program atau datang secara sukarela.

Dari kiri : Mira, Fatin dan Ika – kesemuanya DPI Sem 5 dan merupakan pelajar yang mencapai PNGK yang baik, datang secara sukarela untuk mengetahui takdir PNG paling tinggi boleh dicapai sem ini dan sem akhir nanti. Dengan sikap positif dan berani, mereka telah mengetahui dan menerima salah satu ‘takdir’ atau keputusan PNGS/K mereka sem ini dan sem akhir nanti. (Sesi 3 Ogos 2011, dari 3.30 – 5.45 ptg di bilik cikgubad)

Sekarang dalam versi terbarunya, ia lebih memudahkan lagi pelajar memahami pengiraan PNGS dan PNGKnya melalui ciri tambahan iaitu graf PNG.

Berikut adalah peta minda mengenai simulasi PNG yang meringkaskan segalanya tentang simulasi tersebut. Pelajar dan pensyarah KU boleh memberi respons terhadap nota ringkas ini demi menambah baik lagi simulasi ini pada masa hadapan.

Klik imej untuk paparan saiz yang lebih besar.

Simulasi PNGS dan PNGK : Ambil Peluang Sekarang!


Keputusan peperiksaan semester  Januari sesi 2009/10 baru sahaja diperolehi baru-baru ini. Ada yang gembira dengan keputusan yang telah diperolehi. Ada juga yang berduka kerana gagal mencapai sasaran.

Namun saya telah mengesan ramai pelajar yang tidak memahami angka-angka yang tercatat di dalam slip keputusan peperiksaan tersebut hatta yang mencapai gred dan PNG yang baik sekalipun. Hal ini agak malang kerana pelajar tidak memahami kaedah dan ukuran kognitif yang dibuat ke atas mereka di sepanjang pengajian akademik mereka di kolej.

Continue reading