Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Telok Kemang


Pada 26 April lalu bertempat di dewan Kolej UNITI dan bilik-bilik kuliah di bangunan akademik telah berlangsung program HARI POTENSI KANAK-KANAK KEMAS peringkat Parlimen Telok Kemang 2010.

Program besar yang bermula dari 8.00 pagi hingga 2 petang ini ini adalah anjuran KEMAS dengan kerjasama CHESKU, Kolej UNITI.

Semua kanak-kanak Tabika KEMAS dari kawasan Parlimen Telok Kemang telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang mencungkil potensi dan bakat mereka seperti kemahiran bercerita, bernasyid, menari, melukis gambar dan sebagainya.

Program ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Bibi Sharliza Mohd. Khalid, isteri kepada Datuk Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato’ Hj. Abd Samad.

Program ini telah berjaya menggembeling hampir keseluruhan kekuatan pelajar-pelajar DPS dan bahagian pembangunan kolej.

Kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih.