Program Terkini Siswa KU


Jom meriahkan dua program ini!

 

 

 

Advertisements

UPIN kini di blog dan Facebook


Kini Unit Pembangunan Insaniah (UPIN) HEP maju setapak lagi dengan pembukaan blog dan Facebook bagi memudahkan akses pelajar kepada maklumat aktiviti unit ini dalam rangka usaha membentuk sahsiah pelajar selari dengan misi dan visi Kolej UNITI.

Laman Blog dan Facebook UPIN adalah seperti berikut:-

  1. Laman Blog – www.insanuniti.wordpress.com
  2. Laman Facebook – Carian: Modal Insan UNITI

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi En Ahmad Turmizi melalui telefon bimbit (019-6073435), atau hubungi telefon pejabat HEP (06-6610511) pada waktu pejabat.

AHMAD TURMIZI BIN MOHD KHALIL
Pegawai Bahagian Pembangunan Insan,
Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI

Kediaman Asrama Semester Julai


Dimaklumkan mulai semester Julai 2011, para pelajar akan ditempatkan semula ke unit-unit kediaman oleh Unit Asrama tanpa mengikut kaedah pra-pendaftaran yang telah dibuat oleh Unit Asrama HEP pada semester lalu.

Dengan itu, unit kediaman baru akan ditentukan HANYA pada hari pendaftaran nanti.

Juga dimaklumkan bahawa Unit Asrama kini di bawah Pengarah Pentadbiran dan Akaun, dan tidak lagi di bawah HEP.

Sekian dimaklumkan.

En Hamdan Ikram
Pengarah Pentadbiran & Akaun
Kolej UNITI

Blog Kaunseling UNITI


Unit Bimbingan dan Kaunseling Kolej UNITI kini tidak lagi ‘statik’ di pejabat HEP. Pelajar dipelawa untuk melayari blog Kaunseling Uniti yang dikendalikan oleh En. Muhammad Yassin bin Omar Mokhtar, selaku kaunselor Kolej Uniti. Sila klik di sini atau cari di bahagian pautan untuk ke blog ini.

Banyak artikel, panduan, soal selidik dan pautan-pautan kepada laman sesawang dan blog yang bermanfaat kepada pelajar untuk mendapatkan bimbingan dan suluhan hidup.

Dengan maklumat di hujung jari, pelajar tidak lagi terkekang memperolehi maklumat yang sesuai untuk membantu pembelajarannya.

Kini, dengan teknologi ICT yang canggih – dengan laptop atau PDA yang ada ciri wifi built-in dan melanggan perkhidmatan jalur lebar (jika perlu) maklumat-maklumat ini boleh dicapai secara mobile.

Selamat memanfaatkan blog Kaunseling Uniti.

Misi Taekwando Uniti ke JB (Kemas kini)


Laporan/Keputusan kejohanan :

Pasukan Taekwando UNITI telah berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Kesemua pingat ini diraih oleh peserta perempuan.

Sekalung tahniah kepada pasukan taewando UNITI kerana telah mengharumkan nama Kolej UNITI.

Sumber :
En Rizal Abd Razak
Ketua Kontijen
_______________________
Continue reading

Jawatan Kosong di Uniti (Keperluan Segera)


Kepada calon yang mempunyai kelayakan Diploma Sains Sukan UiTM atau yang setaraf dengannya adalah dipelawa untuk mengisi satu kekosongan jawatan Pegawai Ko-kurikulum HEP Uniti dengan kadar yang segera.

Sila majukan permohonan anda kepada Bahagian Sumber Manusia di idayusahat@yahoo.com.my atau cikgubad@gmail.com untuk pertimbangan kami.