Kursus Persediaan Praktikum DPS 2011


Pelajar semester akhir DPS yang baru sahaja menamatkan peperiksaan semester 6 mereka pada 9 Mei lalu telah menjalani kursus 2 hari persediaan latihan praktikum dari 10 hingga 11 Mei lalu. Latihan praktikum adalah sebahagian daripada keperluan kurikulum DPS. Ia melengkapkan baki 4 jam kredit sebelum boleh bergraduat sebagai pelajar diploma.

Latihan dan pemantauan kumpulan ketiga DPS ini agak mencabar kerana jumlah mereka yang relatifnya begitu besar iaitu mencecah 206 orang pelajar kesemuanya. Mereka akan menjalani latihan praktikum selama 10 minggu di tadika KEMAS dan tadika swasta di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.

InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, kumpulan ini akan menyertai graduan-graduan lain pada Majlis Konvokesyen Kolej UNITI ke-10 kelak yang dijangka berlangsung pada bulan September nanti.

Kita doakan agar para pelajar DPS ini berjaya dalam misi akhir mereka ini.

Amin

Advertisements

Sure Kids Carnival – CHESKU


Semalam 27 Oktober bertempat di kampus baru Kolej UNITI iaitu di bangunan akademik Uniti Village telah berlangsung satu lagi program mega anjuran CHESKU pada tahun ini.

Program yang dinamakan Sure Kids Carnival ini merupakan sebahagian program akademik bagi memenuhi keperluan dan syarat lulus kursus  akademik wajib yang ditawarkan kepada pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah.

Dengan kekuatan kira-kira 900 orang tenaga pelajar Semester 1 sehingga semester 6 dan gembelingan para pensyarah DPS, program ini telah berjaya dilangsungkan dengan memberi impak besar kepada kolej, program DPS dan masyarakat sekitar Tanjung Agas dan Pasir Panjang.

Continue reading

Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Telok Kemang


Pada 26 April lalu bertempat di dewan Kolej UNITI dan bilik-bilik kuliah di bangunan akademik telah berlangsung program HARI POTENSI KANAK-KANAK KEMAS peringkat Parlimen Telok Kemang 2010.

Program besar yang bermula dari 8.00 pagi hingga 2 petang ini ini adalah anjuran KEMAS dengan kerjasama CHESKU, Kolej UNITI.

Semua kanak-kanak Tabika KEMAS dari kawasan Parlimen Telok Kemang telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang mencungkil potensi dan bakat mereka seperti kemahiran bercerita, bernasyid, menari, melukis gambar dan sebagainya.

Program ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Bibi Sharliza Mohd. Khalid, isteri kepada Datuk Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato’ Hj. Abd Samad.

Program ini telah berjaya menggembeling hampir keseluruhan kekuatan pelajar-pelajar DPS dan bahagian pembangunan kolej.

Kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih.