Majlis Ikrar Pelajar Baru Kolej UNITI Ambilan Mei 2013


Majlis Ikrar Pelajar Baru Kolej UNITI (Ambilan Mei) telah berlangsung  pada Ahad, 19 Mei 2013 di Dewan Zaaba. Majlis ini yang merupakan acara tradisi bagi pelajar baru Kolej UNITI telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa KU sebagai kemuncak Program Ta’aruf 1.

Semoga pelajar-pelajar baru KU ini bakal menjadi modal insan yang cemerlang kelak dalam disiplin ilmu masing-masing untuk menggalas amanah agama, bangsa dan tanah air yang bertuah ini.

Aameen.

 

DSC_6167_resize

DSC_6172_resize

 

Continue reading

MoU antara KU dengan ISID Gontor


Satu Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kolej UNITI PD dengan Institut Studi Islam Darussalam (ISID), Gontor telah ditandatangani pada hari ini di Pejabat Pentadbiran Uniti Village.

Kolej UNITI PD diwakili oleh CEO KU iaitu En Amir Hamzah Md Isa, manakala ISID pula diwakili oleh Rektornya iaitu Profesor Amal Fathullah Zarkasyi.

DSC_4132_resize-hdr

Perjanjian ini akan melebarkan lagi kerjasama dan jaringan dalam komuniti pendidikan tinggi antara KU dengan ISID, sekaligus mengeratkan ukhuwah antara para pendidik kedua-dua buah negara.

ISID adalah IPT yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam pendidikan tinggi peringkat ijazah dan pasca ijazah dalam ilmu Islam dan kajian oksidental (iaitu kajian ke atas budaya Barat). Manakala pesantren moden di GONTOR pula masyhur sebagai pusat pendidikan bahasa Arab di Indonesia.

DSC_4135_resize-tuned

 

 

Konvokesyen Kolej UNITI ke-11 – Pemberitahuan Awal


Diisytiharkan bahawa Jawatankuasa Konvokesyen Kolej UNITI ke-11 telah memutuskan bahawa Konvokesyen edisi ke-11 tahun ini akan diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada 30 Ogos 2012 (Khamis).

Surat jemputan kepada semua bakal graduan akan dikirim setelah senarai yang telah diluluskan oleh Senat Kolej UNITI diperolehi.

Program Pra-Diploma Kolej UNITI 2012


Program Pra-Diploma Kolej UNITI diadakan khusus untuk menyiap dan membiasakan pelajar dengan budaya akademik dan kampus. Ini akan membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik kuliah dan kehidupan di asrama menjadi lebih lancar tanpa gendala akibat daripada kejutan budaya yang sering terjadi kepada para pelajar baru kolej.

Pelajar baru telah pun mula mendaftar kira-kiran 2 minggu yang lalu. Jumlahnya akan bertambah dari hari ke hari, insyaALlah.

Berikut adalah gambaran aktiviti PPD yang telah berlangsung mulai minggu ini. Gambar-gambar yang mempamerkan keceriaan dan kemeriahan ini berikut dirakam ketika pelajar baru KU mengikuti program sukan dan rekreasi semalam di UV.

Continue reading

Berita KU Kini di Mana-mana Pun Ada !


Teknologi Maklumat (IT) memudahkan kita berhubung antara satu sama lain. Ia juga menjadi alat paling berkesan untuk berkongsi maklumat, menyebar luas iklan, memberitahu sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku, mengistiharkan sesuatu perkara dan banyak lagi.

Justeru, mengambil peluang ini, Kolej UNITI telah menyediakan dan kini mempelbagaikan lagi saluran untuk tujuan sebagai media maklumat seperti yang dinyatakan di atas agar siswa/i dan warga KU secara amnya dapat berita atau maklumat mengenai peistiwa dan perkembangan yang bersangkutan dengan KU dan yang berkaitan dengannya.

Kini berita dan maklumat tersebut boleh diikuti di jaringan sosial berikut :

Facebook : http://www.facebook.com/kolej.uniti.pd

Twitter : KolejUnitiPD

Blog KU : uniti.wordpress.com

Blog KAJI HEP : kajiuniti.wordpress.com

Laman sesawang : http://www.uniti.edu.my

Ka, administrator jaringan sosial di atas mengharapkan pelajar dapat menjadi ‘follower’ kepada jaringan tersebut dengan melanggan melalui email (untuk blog), klik  ‘like’ (Facebook) dan ‘add’ atau klik ‘follow’ di laman twitter.

Dengan melanggani jaringan sosial ini siswa/i misalnya dapat mengetahui mengenai jadual peperiksaan dan dapat memuaturun jadual tersebut tanpa perlu lagi merujuk ke papan notis, notis pinjaman PTPTN dan MARA dari Unit Kewangan Pelajar dan banyak lagi berita semasa untuk diikuti.

Maklumat kini hanya di hujung jari anda sahaja. Manfaatkanlah kemudahan ini agar anda tidak ketinggalan.

Lagu WARISAN untuk siswa/i KU


Konvokesyen Kolej UNITI kali ke-10 2011 yang telah berlangsung dengan jayanya semalam, 8 Oktober 2011 di Klana Resort Seremban telah mencatatkan sejarah yang tersendiri.

Selain menganugerahkan jumlah graduan paling ramai setakat ini iaitu 492 graduan, konvokeseyen kali ini juga – buat pertama kalinya – memperdengarkan lagu kolej Uniti bertajuk Warisan kepada para hadirin.

Melalui inisiatif Ketua Eksekutif KU iaitu Tn Hj Jamal Mohd Amin, lagu ini dijangka mencetus fenomena baru ke atas para siswa/i Kolej UNITI khasnya dalam menyuntik kesedaran dan tanggungjawab sebagai pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan negara ini satu hari nanti.

Kepada anda siswa/i KU, hafal dan fahamilah maksud tersurat dan tersirat di sebalik lirik lagu ini.

Kenangan Semalam Yang Bermakna


Untuk tatapan para siswa/i Kolej UNITI dan pengunjung blog ini – beberapa gambar yang sempat dirakam lensa kamera cikgubad. Semoga kenangan ini memberi motivasi kepada kalian untuk berjaya seperti mereka, para graduan semalam.

Gambar selebihnya akan dimuatnaik kemudian. Nantikan makluman kemas kininya.

Antara graduan lelaki DPS yang sedikit (golongan minoriti)

Kembar Farah dan Ain (DPS). Salah satu daripada sekurang-kurangnya 4-5 pasangan kembar dalam program DPS yang berjaya menamatkan pengajian.

Graduan DPI-PJJ UNITI-PERDAUS (Singapura) mengatur langkah dalam perarakan graduan ke dewan konvokesyen.

Khusyuk dan tawadhuk memohon restu dan kesejahteraan dari Yang Esa.

Barisan pensyarah yang patriotik. Saat ketika lagu Negaraku dikumandangkan.

Continue reading

Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya


Buat semua warga pelajar KU, khasnya pelajar-pelajar baru Kolej UNITI berhentilah sejenak dari aktiviti yang sedang kalian lakukan untuk membaca  ‘warkah’ budi, harapan dan doa – lahir dari nurani seorang ibu yang baru melepaskan anaknya ke jagaan Kolej UNITI.

Saya menerima ‘warkah’ ini hari ini, 14 April yang dikirim sebagai komen ke atas entri saya bertajuk ‘Kolej UNITI (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupakah’ Ia?’ bertarikh 27 April, 2009 dalam blog personal saya. Saya menyalinnya semula di sini untuk dikongsi dengan semua pengunjung blog ini.

Saya juga menyalin reply saya terhadap ‘warkah’ ibu yang bernama Faridah bte Ibrahim ini.

Titipan yang sarat kasih sayang ini begitu luhur maksudnya. Bacalah untuk anda sendiri memahaminya. Kisah ini ada tersuratnya kasih – dari seorang ibu kepada anaknya.

Moderator Blog

Continue reading