Pengesahan JPA ke atas Program Kolej UNITI


Awal pagi Isnin lalu saya dihubungi oleh salah seorang graduan sulong DPS.

Beliau menyampaikan berita yang menggembirakan saya. Katanya beliau telah dipanggil untuk ditemuduga pada Rabu, 25 Mei oleh Fakulti Pendidikan UKM. Beliau akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas.

Continue reading

MQA di Uniti


Pada 29-30 September lepas MQA telah selamat menilai dua program akademik iaitu DPI (untuk memperbaharui akreditasi yang akan tamat tempoh) dan DPS (bagi mendapatkan akreditasi penuh kali pertama).

Kita mengharapkan agar pihak MQA dapat memberikan kelulusan terhadap kedua-dua program tersebut tanpa ada masalah atau kerumitan yang besar memandangkan Uniti telah sedaya upaya menunjukkan keupayaan dan komitmennya menjalankan program ini mengikut kehendak-kehendak dan standard ditetapkan MQA  insyaALlah.

Berdasarkan rekod lalu semua program yang telah dan sedang ditawarkan sekarang telah mendapat akreditasi penuh. DPI sendiri telah memperbaharui akreditasinya kira-kira 5 tahun lalu.

Berikut beberapa foto semasa ‘Exit Meeting’ antara MQA dan wakil Uniti.

DSC_8334_resize

DSC_8342_resize

DSC_8340_resize

DSC_8364_resize

DSC_8372_resize-e1