Gangguan Talian Telekomunikasi di Uniti (Terkini)


3 Julai 2009

Talian telekomunikasi di Uniti telah kembali pulih hari ini. Alhamdulillah.

Pengurusan Kolej Uniti

————

Dimaklumkan bahawa talian masuk-keluar telekomunikasi Uniti mengalami gangguan sejak semalam. Ini disebabkan oleh kejadian kecurian kabel Telekom di Pasir PaTnjang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, semua akses sama ada melalui talian telefon atau internet di Uniti tidak dapat berfungsi sebagaimana biasa.

Masalah ini menjelaskan mengapa semua pelajar yang telah cuba menelefon kolej sejak semalam gagal mendapat respons dari pegawai bertugas.

Kesulitan yang telah dialami amat dikesali. Namun ia adalah di luar kawalan pihak kolej.

Difahamkan pihak Telekom sedang  berusaha memulihkan talian telekomunikasi ini. Dijangkakan keadaan akan kembali pulih dalam beberapa hari lagi.

Harap maklum

Pengurusan Kolej Uniti

Advertisements