Temuramah Aprentis EAP Walit World – Siri 1


Program Aprentis Keusahawanan (EAP) telah dilancarkan pada semester 11 Januari 2012 lalu sebagai menyahut seruan kerajaan agar siswa IPT digalakkan menceburi dalam bidang keusahawanan.

Unit EAP di bawah Fakulti Bahasa dan Pengajian Umum, selaku pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mengurus program ini, kini sedang berusaha menerbitkan video mengenai EAP untuk menyebarluaskan lagi kepentingan dan manfaat program ini kepada siswa/i Kolej UNITI..

Video pertama yang telah diterbitkan ialah hasil temuramah dengan aprentis Walit iaitu saudari Nor Haidah bte Husin, bakal graduan DPS.

Ikuti temuramah berikut yang telah pun diupload ke Youtube baru-baru ini.

Finalis Solehah Kini Pensyarah UNITI


Sekali imbas ramai yang tidak mengenali wajah di dalam foto di sebelah ini. Individu ini kelihatan hanyalah seorang gadis biasa sehinggalah beliau menyertai program realiti popular terbitan TV al Hijrah iaitu Solehah pada Sept. – Dis. 2011 lalu.

Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Nor Shazni Tuan Muda. Penyertaan gadis kelahiran Paka Dungun, Terengganu ini dalam rancangan Solehah telah menjadikan beliau seakan ustazah selebriti untuk seketika. Namun untuk menjadi glamor dan popular adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di hatinya.

Pengalaman menjadi finalis Solehah hingga ke pentas akhir telah menjadikan Tuan Nor Shazni atau lebih mesra dengan panggilan Noni sebagai seorang yang lebih berani, berkeyakinan tinggi dan mantap jati dirinya.

Latihan dan ujian selama 3 bulan dalam madrasah Solehah mengukuhkan lagi ilmu agama dan kemahiran dakwah yang telah ditimba di Universiti Islam Antarangbangsa sebelum itu.

Sebagai graduan UIA dalam disiplin Usuludin, madrasah Solehah merupakan lapangan yang telah memberi peluang kepada Ustazah Noni menterjemahkan ilmu agama yang telah dipelajari di bilik kuliah menjadi satu bidang yang praktikal bagi menyelesaikan masalah kehidupan, baik dari sudut intelektual, mental, fizikal dan rohani. Continue reading

Infaq Ramadhan Warga UNITI Untuk Tabung Krisis Kebukuran Somalia Melalui IRM


Disalin semula dari blog Islamic Relief Malaysia :

Pada 26 Ogos 2011, pejabat IRM telah dikunjungi oleh wakil dari Kolej Uniti untuk menyerahkan dana kutipan bagi Tabung Krisis Kebuluran Somalia. Pihak IRM telah diwakili oleh Ketua Pengumpulan Dana dan Pengurusan Rakan Kerjasama, Pn Siti Fadilah . Terima kasih diucapkan kepada En. Kamal dan En. Amir dan warga Kolej Uniti yang sudi membantu usaha kami menjayakan dana ini.

——

Nota Administrator Blog KU :

Alhamdulillah sumbangan atau infaq ikhlas warga Kolej UNITI akan terus disalurkan kepada Dana atau Tabung Krisis Kebuluran Somalia melalui inisiatif kemanusiaan IRM.

Moga ALlah menjadikan kita sebagai hamba-hambaNya yang dikurniakan rezeki tetapi tidak lokek untuk membelanjakan ke jalan ALlah (fi sabillah), selain menunaikan kewajiban berzakat bagi mereka yang telah mempunyai taklif di sisi syariat.

Teruskan niat dan berinfaq di bulan Syawal dan bulan-bulan lain selepas ini agar ia menjadi amalan yang sebati mendarah daging dalam diri kita. Semoga harta kita semakin bersih dan subur melalui sifir dan keberkatan bersedeqah, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt.

Amin

Maklumat dan Pesanan Buat Bakal Graduan DPS


Berikut adalah mesej FB dari Siti Nur Ain Abd Jalil, bekas graduan pertama DPS kepada cikgu. Beliau kini sedang menuntut di Semester 1 di UPSI dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Moga maklumat dan peringatan ini dapat membantu persediaan bakal graduan DPS kelak untuk memohon ke UPSI atau ke IPTA lain yang berkaitan. InsyaALlah.

Bagi yang ingin berhubung dengan Ain, bolehlah ‘add’ FB beliau : Siti Nur Ain

Continue reading

Konsert Demimu Al-Aqsa (Mesti Tonton!)


Tangisan Gaza masih belum berhenti sejak 62 tahun lalu. Tidak banyak yang dapat kita lakukan sebagai individu selain berdoa dan menyumbang sedikit harta kita untuk memanjangkan hayat orang Palestin di bumi mereka sendiri.

Sangat ironis sekali biarpun Palestin (Gaza khususnya) di persekitaran negara umat Islam, saudara Palestin masih tidak dapat dimerdekakan dari penjajahan regim-barbarik zionis Israel.

Kerajaan-kerajaan umat Islam ini telah dilumpuhkan rasa ukhuwah dan semangat jihad yang tulen. Mereka ‘dengar dan taat’ kepada kuasa besar dunia. Mereka terlalu tegar membiarkan saudara-saudara kita ini terbiar derita. Derita ini akan terus berpanjangan jika kerajaan-kerajaan ini tidak berani bertindak atas nama ukhuwah dan amanah Islamiah.

Continue reading