SEMINAR KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN SISWA 2012


 

Diumumkan (peringatan) bahawa semua pelajar Semester 5 dan 6 daripada semua program akademik di KU dan UV WAJIB hadir sebagai peserta seminar ini.

Pihak HEA juga telah memutuskan bahawa kuliah untuk Semester 5 dan 6 pada 18 Julai dibatalkan untuk memberi laluan kepada program high-impact ini yang ditaja oleh KFC dan Ayamas.

Pembatalan kuliah ini tidak dikuatkuasakan kepada kuliah Semester 1 hingga 4. Justeru, kuliah bagi pelajar-pelajar Semester 1 – 4 berjalan seperti biasa.

Kehadiran akan diambil 2 kali iaitu semasa pendaftaran dan di akhir seminar.

Hanya yang kehadirannya penuh sahaja akan diberikan sijil oleh penganjur.

Makanan akan disediakan secara percuma oleh KFC/Ayamas untuk sarapan pagi dan makan tengahari kepada semua peserta.

Antara yang akan membentangkan kertas kerja ialah Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd iaitu orang kuat bagi karya Upin Ipin dan Tuan Hj Jamaludin Ali, Pengarah Urusan QSR Brands Berhad/KFC Holdings  (Malaysia) Bhd.

Kepada semua peserta seminar diucapkan selamat berseminar dan mengambil manfaat yang banyak dari pengisian seminar.

NOVEMBER 2012 MUET EXAMINATION -UPDATED


NOVEMBER 2012 MUET EXAMINATION

 

THE REGISTRATION FOR THE ABOVE-MENTIONED EXAMINATION IS NOW OPEN UNTIL 20/7/2012. THOSE WHO ARE INTERESTED NEED TO DO THE FOLLOWING:

  • BUY AN MEC PIN (COSTS RM100) AT BANK SIMPANAN NASIONAL AND KEEP THE BANK SLIP
  • MAKE COPIES OF YOUR IC AND BANK SLIP
  • WRITE YOUR HANDPHONE NUMBER AND ENGLISH GRADE IN SPM ON THE PAPER
  • GIVE THE REGUIRED ITEMS ABOVE TO EN AZHAR/EN KHUZAIMI (AT KU) AND MS SABRINA (AT UV)

THE WRITTEN TEST WILL BE HELD ON 10 NOVEMBER 2012 AND THE SPEAKING TESTS ARE ON 15, 16, 17, 18 OCTOBER 2012.

IF YOU HAVE ANY QUESTION, KINDLY CALL EN AZHAR AT 019-6815102, EN KHUZAIMI AT 019-2676133 OR MS SABRINA AT 013-3536605.

Ketahui ‘Takdir’ PNG Anda


Semua pelajar lama (semester ke-2 dan ke atas) dipelawa membuat temujanji dengan Cikgu Bad untuk mengetahui makna dan meramal ‘takdir’ di sebalik keputusan peperiksaan semester lepas.

Seeloknya sesi ini diadakan pada awal semester sementara pelajar masih lapang dan tidak disibukkan dengan pelajaran dan tugasan ilmiah. Maklumat lanjut mengenai simulasi PNG ini boleh dilihat di sini.

Berikut adalah contoh simulasi mengira PNG mengikut semester dan secara kumulatif.

Tawaran Kerja Kosong Kepada Graduan DPS daripada Andra DayCare


Kepada graduan DPS Kolej UNITI, berikut adalah tawaran menarik daripada Andra DayCare yang beroperasi di Nilai Negeri Sembilan. Kepada yang masih mencari-cari kerja sebagai guru tadika mungkin ini adalah peluang anda. Sila hubungi Pengarah Urusan Andra DayCare iaitu En Samrizat Sazli untuk pertanyaan lanjut.

Selamat mencuba.

——————–

Assalamu’alaikum kepada graduan DPS Kolej UNITI,

Kami merupakan sebuah pusat asuhan dan pendidikan kanak-kanak berlesen yang berpusat di Nilai Impian. Alhamdulillah setelah baru beroperasi selama 8 bulan, kami sedang membuka cawangan kami yang ke-2 dan dijangka beroperasi bermula pada Ogos 2012 akan datang.

Oleh itu, kami sedang mencari beberapa potensi untuk mengisi kekosongan jawatan di cawangan kami yang baru tersebut.

Tawaran yang kami berikan adalah seperti berikut:

Elaun asas : RM600 – RM950 (1-2 bulan percubaan)
Kenaikan: 25% – 45% selepas tempoh percubaan
Kemudahan:

1. Elaun lebih masa
2. Makan dan tempat tinggal disediakan oleh pihak syarikat
3. Kemudahan penggunaan kenderaan (kereta) syarikat
4. Elaun mengajar
5. Elaun PTPTN

6. Elaun perubatan

SAMRIZAT SAZLI
Pengarah Urusan

Andra Daycare
5, Jalan Nilai Impian 4, Laman Jasmin,
Nilai Impian, 71800, Nilai, Negeri Sembilan.

Tel/Fax:
HP: +6019-2989800, +6019-6641400