Penutupan Kolej Uniti kerana Wabak Flu H1N1


Mutakhir Isnin, 3 Ogos 2009

Keputusan saringan H1N1 ke atas 5 orang pelajar yang disyaki dijangkiti flu H1N1 pada minggu lepas mendapati 3 daripadanya adalah positif H1N1.

Pelajar berkenaan sedang/telah dihubungi oleh pihak hospital untuk rawatan yang sewajarnya.

Kepada semua pelajar dan staf Uniti, anda semua dinasihatkan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan seharian sepanjang tempoh bercuti agar terelak dari wabak ini.

Moga ALlah melindungi kita semua dari ujian ini.

Pengurusan Kolej Uniti

—————

Berita Jumaat, 31 Julai

Berikutan wabak flu H1N1 (selesema babi) yang disyaki melanda Kolej Uniti, maka sebagai mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan wabak ini terus merebak, pihak pengurusan kolej telah membuat keputusan untuk menutup kolej Uniti dan Uniti Village selama seminggu berkuat kuasa mulai hari ini, Jumaat 31 Julai.

Kolej Uniti dan Uniti Vilage akan dibuka semula pada 9 Ogos 2009 nanti.

Pihak yang diberi cuti untuk tempoh tersebut adalah semua pelajar dan pensyarah sahaja. Staf pentadbiran akan kekal berkhidmat sebagaimana biasa.

Namun pensyarah dikehendaki sentiasa bersedia untuk dipanggil berkhidmat (on call) pada bila-bila masa untuk menyelesaikan atau memenuhi keperluan semasa tugas-tugas akademik di Kolej Uniti apabila keadaan memerlukan.

Sebarang perkembangan yang berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pengurusan Kolej Uniti