Jom masuk UNITI – Permohonan 2013 Dibuka Sekarang Untuk Ambilan Disember


Image

Kepada lulusan SPM 2012 dan tahun sebelum-sebelumnya, anda dipersilakan memohon dengan mengisi borang permohonan atas talian di sini.

Lebih daripada 10 program peringkat diploma dan ijazah mengikut kehendak pasaran negara ditawarkan. Jom masuk UNITI! Jangan bertangguh lagi. Pengambilan besar-besaran sedang berlangsung sekarang. Syarat masuk di sini.

PINDAAN TERKINI JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM UNITI SEM JULAI SESI 2013/14


Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan ke atas Jadual Peperiksaan Akhir Program UNITI sem Julai Sesi 2013/14 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pelajar dan pensyarah dikehendaki menyemak semula jadual terkini ini bagi mengelakkan berlaku kesilapan tarikh, masa dan tempat serta jadual pengawasan peperiksaan.

Jadual terkini boleh dimuaturun di sini.

 

En Azhar Zunaidak
Pen Pendaftar Akademik

Majlis Ikrar Pelajar Baru Kolej UNITI Ambilan Mei 2013


Majlis Ikrar Pelajar Baru Kolej UNITI (Ambilan Mei) telah berlangsung  pada Ahad, 19 Mei 2013 di Dewan Zaaba. Majlis ini yang merupakan acara tradisi bagi pelajar baru Kolej UNITI telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa KU sebagai kemuncak Program Ta’aruf 1.

Semoga pelajar-pelajar baru KU ini bakal menjadi modal insan yang cemerlang kelak dalam disiplin ilmu masing-masing untuk menggalas amanah agama, bangsa dan tanah air yang bertuah ini.

Aameen.

 

DSC_6167_resize

DSC_6172_resize

 

Continue reading