MUET Classes 2011


To all 2011 MUET candidates,

MUET classes will start on 8 August 2011. They will run until 8 October.

The fees are RM45per month. Any student who is interested can join these classes, and they will be held at night, twice a week and for three hours per class. However, priority will be given to those who have registered for year-end MUET in October/November this year.

If you are interested, kindlygive your name to Ms Nor Sabrina Bte Mohd Ashari (Miss Sabrina) by Friday, 5 August 2011, with the fees.

Places are limited as only two lecturers will teach these classes. Besides Miss Sabrina, Ms Monaliza Bt. Harun Chong (Miss Mona) will teach the other class.

Ahmad Khuzaimi Mohammed Hanafiah

ILMI-UNITI Menjalin Hubungan


Semalam, 25 Julai 2011  En Roslan Kamari,  Timbalan Ketua Eksekutif (HEP) dan En Badrul Hisham Ithnin, Eksekutif HEP (Unit Kaunseling dan Alumni) telah mengadakan kunjungan mesra ke atas Komandan Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI), Sirusa, Port Dickson iaitu Leftenan Kolonel Ku Ibrahim Najib bin Ku Mohamad (KAT, AMN, AMK).

Komandan ILMI, Lef. Kol. Ku Ibrahim Najib Ku Mohamad mesra melayani rombongan kami

Objektif kunjungan ini ialah untuk menjalin hubungan dua hala antara ILMI sebagai sebuah pusat latihan ilmu Islam untuk anggota tentera dengan Kolej UNITI (KU) merupakan pemain utama dalam industri IPTS bumiputera semenjak 1997 lagi.

Perbincangan meliputi peluang kepada graduan KU khasnya lepasan DPI untuk menyertai Kor Agama Tentera (KAGAT), peluang mengikuti latihan industri (LI), mengikuti kursus jati diri dan mengadakan lawatan sambil belajar pelajar KU ke ILMI.

Continue reading

Kuliah MPW1113 Bahasa Kebangsaan A


Kuliah bagi kursus MPW1113 Bahasa Kebangsaan A telah dibuka untuk pendaftaran bagi Semester Julai 2011.

Pertemuan kedua akan diadakan seperti berikut :

Tarikh       : 22 Julai 2011 / Jumaat
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Baitul Hikmah UV (Perpustakaan)

Kursus ini ditawarkan sebagai kursus/mata pelajaran wajib MQA (MPW) untuk pelajar UNITI dari sem 1 – 6 yang telah memperolehi keputusan Bahasa Melayu SPMnya dengan gred bukan kepujian iaitu 7D, 8E atau D, E.

Kegagalan mendaftar kursus wajib MQA ini boleh mengakibatkan pelajar tidak boleh dianugerahkan diploma. Dengan kata lain, pelajar tidak dapat bergraduat seperti pelajar lain.

En Mohd Shaharom bin Azmin
Pensyarah MPW1113
Semester Julai 2011

Hari Bertemu Pelanggan Kolej UNITI (Kemas Kini)


Kepada semua siswas/i dan staf Kolej UNITI, anda dipelawa untuk hadir ke program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Unit Kaunseling dan Alumni (UKA), HEP pada 27 Julai, Rabu minggu hadapan.

Tempat program adalah di BK9/BK10 di bangunan Akademik UV. Program ini akan berlangsung dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa/i dan staf Kolej UNITI untuk menyatakan secara bertulis pandangan termasuklah aduan atau komen mereka ke arah menambah baik perkhidmatan KU kepada warga KU khasnya para siswa/i.

Perkhidmatan yang boleh ‘dinilai’ siswa/i dan staf KU antara lain meliputi perkhidmatan HEA, HEP, Kewangan dan Pentadbiran, Pentadbiran Asrama, KRP, Kemudahan di KU dan UV dan sebagainya.

Kepada peserta yang menyumbang idea akan diberikan goodies sebagai ole-ole ikhlas dari UKA.

Kami di UKA mengalu-alukan kedatangan siswa/i dan staf KU agar objektif program dapat dicapai dengan jayanya.

BADRUL HISHAM ITHNIN
Eksekutif HEP (Unit Kaunseling dan Alumni)

Selamat Berkuliah


Kolej UNITI mengucapkan selamat maju jaya kepada semua siswa/i dalam semester Julai (1) sesi 2011/12 ini yang baru bermula pada hari ini, 18 Julai 2011.

Jadual pengajian masing-masing telah ditampal di papan kenyataan akademik di UV dan KU. Siswa/i juga boleh klik di sini untuk mendapatkan jadual pengajian masing-masing.

Suka diingatkan bahawa pelajar yang mendapat PNGKnya kurang daripada 2.00, anda hanya dibenarkan mengambil 12 jam kredit kursus sahaja. Gunakan peluang 2 minggu pertama ini untuk menambah/menggugurkan kursus sebagai sebahagian daripada perancangan pembelajaran anda.

Kepada yang ingin menyemak dan ‘meramalkan’ keputusan peperiksaan semester ini sila berjumpa dengan cikgubad di pejabatnya. Sila buat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan pertindihan masa temu janji.

Harap maklum.

HEA

List of MUET’s Candidate – Important


Year-End MUET 2011 candidates please check the list below to make sure your names have been registered and all your data have been correctly keyed in.

If your name is not on the list or some data about you have been wrongly keyed in, kindly inform Encik Ahmad Khuzaimi at 019-2676133 as soon as possible.

Thank you.

En Ahmad Khuzaimi Mohammed Hanafiah

Continue reading