Senarai Penerima Insentif Kecemerlangan (Rebet) Bagi Graduan 2011


Berikut adalah senarai penuh penerima insentif (rebet) di atas.Penerima yang terpilih untuk mengambil insentif ini pada 1 April , Ahad jam 2 petang bersempena Karnival Karangkraf akan dihubungi secara personal oleh Cik Norasiah Jamhari dalam masa yang terdekat ini.

Manakala yang lain dipersilakan hadir pada hari tersebut.

Jika tidak berkelapangan penerima boleh datang ke pejabat kolej di UV mulai 2 April untuk membuat perakuan menerima dan mengambil insentif (dalam bentuk cek).

Pihak pengurusan Kolej UNITI mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya menerima insentif ini.

Klik pada imej untuk paparan imej lebih jelas.

Notis Penyerahan Ganjaran Rebat Kepada Graduan 2011


1. Adalah dimaklumkan satu majlis penyerahan ganjaran kewangan akademik (rebat) kepada graduan 2011 akan diadakan pada 01 April bersempena Majlis Karnival Karangkraf pada pukul 2 petang di Uniti Village.

2. Pelajar diwajibkan datang utk menandatangani surat penyerahan dan perakuan.

3. Bagi yangg tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, boleh mengambilnya di kaunter pejabat bermula 2 hb april.

Sekian harap maklum.

 

En. Hamdan Ikram
Timbalan Ketua Eksekutif
Pentadbiran dan Kewangan

Permohonan ke IPTA Bagi Lepasan Diploma secara Atas Talian ke UPU


Kepada semua graduan dan pelajar semester akhir Kolej UNITI anda diingatkan bahawa tarikh akhir menghantar permohonan secara atas talian ke IPTA bagi Lepasan Diploma ke UPU telah semakin hampir (April 2012).

URL bagi mengakses borang permohonan ke UPU adalah : http://upu.mohe.gov.my/  .

Pelajar Sem 6 boleh memohon menggunakan keputusan peperiksaan Sem 5 dahulu. Setelah memuktamadkan maklumat dalam borang digital dan mengirimkannya kepada UPU secara atas talian, anda juga dikehendaki menghantar menggunakan perkhidmatan POS biasa/berdaftar/Pos Laju semua salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan masing-masing secara berasingan.

Setakat ini untuk kemasukan Feb/Mac 2012, ada 4 orang graduan DPS (Konvo ke-10 Oktober 2011) yang telah diterima masuk ke UPSI dan UMS. Mereka telah memohon pada tahun lepas menggunakan keputusan Sem 5.

Anda bila lagi ?

Jawatan Kosong : Pensyarah ‘Graphic and Design’


Tawaran ini dibuka kepada calon-calon yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang rekabentuk dan grafik (graphic and design) dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf kerajaan untuk mengisi jawatan pensyarah di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan.

Sila emailkan resume anda ke : zuraini@uniti.edu.my untuk memohon secara rasmi dengan kadar segera.

Pn Zuraini Yasin
Ketua Jabatan
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan
Kolej UNITI

Bakal Graduan UNITI – Wajib Baca


Pasaran kerja hari ini menuntut graduan yang kompetitif untuk dipilih menggalas tanggungjawab di tempat kerja atau di lapangan. Antara ciri utama dan menonjol yang sangat genting ialah kemahiran insaniah (soft skills) seperti kebolehan berfikir secara kritis dan kemampuan berkomunikasi. Continue reading