Takwim Akademik Sem 1 Sesi 2012/13 – Boleh Dimuaturun Sekarang
Kepada pelajar-pelajar KU/UiTM sila muaturun takwim berikut di pautan yang diberikan di bawah :
Takwim Pelajar Lama Dalaman KU Sem 1 Sesi 2012/13
Finalis Solehah Kini Pensyarah UNITI
Sekali imbas ramai yang tidak mengenali wajah di dalam foto di sebelah ini. Individu ini kelihatan hanyalah seorang gadis biasa sehinggalah beliau menyertai program realiti popular terbitan TV al Hijrah iaitu Solehah pada Sept. – Dis. 2011 lalu.
Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Nor Shazni Tuan Muda. Penyertaan gadis kelahiran Paka Dungun, Terengganu ini dalam rancangan Solehah telah menjadikan beliau seakan ustazah selebriti untuk seketika. Namun untuk menjadi glamor dan popular adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di hatinya.
Pengalaman menjadi finalis Solehah hingga ke pentas akhir telah menjadikan Tuan Nor Shazni atau lebih mesra dengan panggilan Noni sebagai seorang yang lebih berani, berkeyakinan tinggi dan mantap jati dirinya.
Latihan dan ujian selama 3 bulan dalam madrasah Solehah mengukuhkan lagi ilmu agama dan kemahiran dakwah yang telah ditimba di Universiti Islam Antarangbangsa sebelum itu.
Sebagai graduan UIA dalam disiplin Usuludin, madrasah Solehah merupakan lapangan yang telah memberi peluang kepada Ustazah Noni menterjemahkan ilmu agama yang telah dipelajari di bilik kuliah menjadi satu bidang yang praktikal bagi menyelesaikan masalah kehidupan, baik dari sudut intelektual, mental, fizikal dan rohani. Read the rest of this entry
Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Program Dalaman Sem 2 Sesi 2011/12
Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2011/12 boleh dimuaturun di sini.
Senarai Penerima Insentif Kecemerlangan (Rebet) Bagi Graduan 2011
Berikut adalah senarai penuh penerima insentif (rebet) di atas.Penerima yang terpilih untuk mengambil insentif ini pada 1 April , Ahad jam 2 petang bersempena Karnival Karangkraf akan dihubungi secara personal oleh Cik Norasiah Jamhari dalam masa yang terdekat ini.
Manakala yang lain dipersilakan hadir pada hari tersebut.
Jika tidak berkelapangan penerima boleh datang ke pejabat kolej di UV mulai 2 April untuk membuat perakuan menerima dan mengambil insentif (dalam bentuk cek).
Pihak pengurusan Kolej UNITI mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya menerima insentif ini.
Klik pada imej untuk paparan imej lebih jelas.
Notis Penyerahan Ganjaran Rebat Kepada Graduan 2011
1. Adalah dimaklumkan satu majlis penyerahan ganjaran kewangan akademik (rebat) kepada graduan 2011 akan diadakan pada 01 April bersempena Majlis Karnival Karangkraf pada pukul 2 petang di Uniti Village.
2. Pelajar diwajibkan datang utk menandatangani surat penyerahan dan perakuan.
3. Bagi yangg tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, boleh mengambilnya di kaunter pejabat bermula 2 hb april.
Sekian harap maklum.
En. Hamdan Ikram
Timbalan Ketua Eksekutif
Pentadbiran dan Kewangan










